Salam Aidilfitri Dan Salam Sejahtera
Hari Raya Aidilfiti bakal berakhir beberapa hari lagi... Yang pulang ke kampung untuk bersama keluarga meraikan bulan mulia ini, rata-rata semuanya telah kembali ke bandar untuk urusan harian iaitu hadir di tempat kerja, sambung kuliah, hantar anak-anak sekolah, berniaga dan bermacam-macam lagi urusan di bandar.
Semuanya memerlukan kita bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain untuk menyelesaikan urusan harian tersebut. Kita bergerak menggunakan kenderaan awam, atau pun memandu sendiri. Tentulah lebih mudah memandu sendiri daripada menggunakan kenderaan awam yang memerlukan kita untuk berjalan lebih jauh ke stesen berkenaan. Ia mudah saja bagi pemilik kenderaan yang mempunyai lesen memandu yang sah. Namun masih terdapat juga mereka yang berani memandu tanpa lesen. Terdapat seramai lebih kurang 1.2 juta rakyat Malaysia yang memandu kenderaan tanpa lesen di rekodkan oleh JPJ pada tahun 2016. Fakta ini telah dilaporkan oleh Berita Astro Awani di laman mereka.
Memandu tanpa lesen adalah kesalahan besar yang akan mengakibatkan pemandu terus didakwa dan dihadapkan ke mahkamah. Kesalahan berat ini telah diambil tindakan tegas dengan keseluruhan pasukan penguatkuasa JPJ atau PDRM untuk sentiasa melakukan sekatan jalan raya baik di jalan raya yang sibuk mahupun di lorong-lorong kecil.
Pemandu-pemandu yang tidak mempunyai lesen kebiasaannya akan menggunakan aplikasi lalu lintas untuk mengesan lokasi-lokasi yang terdapat operasi sekatan jalan raya. Jadi mereka menggunakan laluan alternatif. Kadangkala mereka terlepas. Namun, dengan kemodenan teknologi terkini pihak penguasa juga telah dapat menyembunyikan lokasi operasi mereka daripada di kesan oleh sebarang aplikasi mudah alih. Apabila anda tertangkap, tiada lagi bual bicara atau belas kasihan. Anda akan terus diberi tarikh naik ke mahkamah dan didakwa serta merta. Manakala kenderaan yang dinaiki tersebut akan terus disita dan dikenakan kompaun untuk melepaskan kenderaan terbabit.
Oleh itu, segeralah mendapatkan lesen memandu yang sah dari mana-mana sekolah memandu yang bertauliah. Lakukan hari ini kerana proses bagi mendapatkan lesen memandu tidaklah semudah mendapatkan lesen pada 10 tahun yang lalu. Proses siap lesen juga memakan tempoh masa. Jadi jangan buang waktu lagi. Segeralah mendaftar !!
Kami di SAFE DRIVE bersedia menjawab persoalan anda. Lokasi kami ialah sekitar Petaling Jaya.
Cikgu Nurul 019-3878009 call/whatsap/msg atau
Hantarkan persoalan anda di Facebook : belajar memandu pj
Terima kasih kerana melawati laman blog kami.
No comments:
Post a Comment