Assalamualaikum dan selamat bercuti...
Lebuh raya utama ke utara mahupun ke selatan kembali sesak pada setiap hujung
minggu. Destinasi percutian popular seperti Bandar Melaka, Cameron Highland,
Pulau Pinang dan banyak lagi destinasi pilihan rakyat Malaysia kini sedang menerima kunjungan
pelancong begitu banyak sekali.
Dalam kesesakkan jalan raya tiba-tiba ada pula beberapa buah lori di jalan yang sama. Terus
hati kecil kita bersuara 'kenapa lah ada lori dalam sesak begini'. Iya tak? Apa
yang sebenarnya kita rasakan ialah perasaan tidak selesa kerana kenderaan
tersebut mempunyai saiz yang 2 kali ganda malah ada yang 4 kali ganda lebih
besar dari saiz kereta biasa. Ia menghalang pandangan kita dan membuat kita merasa bimbang dan
tak keruan. Apatah lagi berita-berita kemalangan yang biasa kita dengar melibatkan lori
kebanyakkannya ialah kes kemalangan jiwa yang menyayat hati. Ini menyebabkan
kita merasa tidak tenang dan tidak selesa berkongsi ruang jalan dengan
lori-lori yang lain.
Namun hakikatnya disebalik lori-lori besar tersebut mereka juga ialah manusia biasa
seperti kita yang tidak lepas dari melakukan kesalahan di jalan raya. Untuk
mewujudkan persefahaman ini mari kita lihat dari sudut pandang yang lain pula.
TAHUKAH ANDA BAGAIMANA PEMANDU-PEMANDU LORI INI MENDAPATKAN LESEN
MEREKA?
Mereka wajib memiliki Lesen Kereta Manual (CDL)
yang melebihi 1 tahun sebelum layak memohon lesen lori (E). Yang masih
mempamer sticker P (kereta) masih belum layak ye....
Mereka wajib menjalani Kursus KPP 02 (kursus
penyelenggaraan kenderaan, keselamatan jln raya, undang-undang dan etika
pemanduan). Dengan menduduki kursus tersebut mereka akan memperoleh Lesen
L yang akan digunakan hanya untuk latihan belajar memandu lori
iaitu Latihan Praktikal di litar memandu. Selepas cukup
latihan dan layak diuji, mereka akan menduduki ujian praktikal oleh Pegawai
JPJ.
Bagi pemandu kereta lazimnya pemandu wanita (yg paling ramai takut dgn
lori). Kita menganggap semua pemandu lori adalah sama, mereka boleh memandu apa
jenis lori pun. Anggapan ini salah. Kerana ia tidak semestinya
begitu. Ini kerana lori yang juga dipanggil kenderaan perdagangan ini
memerlukan lesen yang berbeza untuk memandu mengikut jenis lori yang berbeza
muatan dengan berbeza tujuan. Maknanya seorang pemandu lori tidak semestinya
memiliki setiap lesen utk memandu pelbagai jenis lori.
Sebagai contoh:
Ahmad bekerja sebagai pemandu lori ais (3 tan). Beliau berusia 21 tahun.
Apakah jenis lesen yang Ahmad perlu miliki?
Lesen kereta CDL (yg dimiliki lebih 1 tahun) dan lesen GDL (Goods Driving License ) <--- inilah jawapannya.
Goods disini merujuk kepada barangan. Barangan itulah AIS yang nak dibawa Ahmad di dalam lorinya tadi kan...
Jadiiiiiiiiii nak memohon GDL, Ahmad perlu LULUS medical check
up, menghadiri kursus dan LULUS ujian bertulis objektif. Dan paling
penting, Ahmad telah berusia 21 tahun (syarat ambil GDL). Setelah lulus dan
mendapat GDL (D) maka... kerjalah Ahmad sebagai pemandu lori
ais yang sah disisi undang-undang.
Ahmad kini pemegang lesen :D (CDL) - kereta
GDL (D) - lori yang bawa barangan bawah 3 tan
.
.
.
.
Setelah 1 tahun berlalu, Ahmad telah bosan menjadi pemandu lori ais, Ahmad mula mengintai peluang untuk berniaga. Iaitu menjadi pembekal ayam dan itik (hidup) menggunakan lori ayam (lebih 3 tan). Apakah Ahmad boleh terus membawa lori ayam tersebut dengan menggunakan lesen sedia ada ? TIDAK BOLEH!
Ahmad perlu memohon Lesen E(lori) terlebih dahulu. Ahmad perlu menghadiri Kursus KPP 02 yang disediakan oleh Institut memandu, setelah selesai kursus tersebut barulah Institut Memandu boleh menguruskan lesen belajar memandu lori. Setelah mendapat lesen belajar, Ahmad perlu menjalani latihan praktikal selama 8jam (belajar memandu dan mengendali lori) dan sekiranya Ahmad LULUS ujian praktikal JPJ. Barulah Ahmad layak mendapat Lesen E(lori). TIADA UJIAN UNDANG-UNDANG(komputer) lg sebab Ahmad sudah memiliki lesen D untuk kereta.
Bagaimana pula dengan lesen GDL yang telah dimilikinya
sebelum ini? Adakah ia memadai kerana GOODS di sini merujuk kepada barangan itu
ialah ayam/ itik. Jawapannya, masih tidak memadai.
Ahmad perlu memohon untuk menaik taraf lesen GDL(D) nya
kepada GDL (E) iaitu KEJUR. Untuk melalui prosedur ini Ahmad
hanya perlu LULUS medical check up dan menduduki
kursus. TIADA UJIAN bertulis objektif lagi. Proses ini
kita namakan naik taraf (upgrade) kelas GDL (D) kepada GDL
(E). Setelah selesai kursus Ahmad akan memperolehi GDL (E).
Ahmad kini pemegang lesen :D (CDL) - kereta
GDL (E) - lori yang bawa barangan (KEJUR)
Lesen E - lori yang bawa muatan lebih dr 3 tan
.
.
.
.
Setelah 2 tahun berlalu, ekonomi tidak begitu cantik maka perniagaan
Ahmad merudum. Ahmad telah ditawarkan bekerja sebagai pemandu lori semula. Kali
ini lori pasir. Sekali lagi soalan saya, adakah lesen yang telah
dimilikinya melayakkan Ahmad memandu lori pasir di sisi undang-undang?
Jawapannya BOLEH.
Bagaimana pula jika Ahmad ingin membawa lori kontena
NOZOMI@EVERGREEN contohnya...
Jawapannya TIDAK BOLEH.
Ahmad perlu upgrade lesen GDL (E) KEJUR kepada Lesen
GDL (E) - SENDI.
Ahmad perlu sekali lagi LULUS medical check up, menghadiri
kursus dan LULUS ujian bertulis objektif . Selepas itu Ahmad perlu
menjalani latihan praktikal memandu lori bersendi (lori
kontena) dan LULUS UJIAN PRAKTIKAL oleh JPJ. Ahmad kini pemegang lesen :
D - kereta
GDL (E) - lori yang bawa barangan (KEJUR)
Lesen E - lori yang bawa muatan lebih dr 3 tan
GDL (E) - lori yang bawa barangan (SENDI)
.
.
.
.
Setelah 3 tahun berlalu, Ahmad tidak lagi berminat membawa lori pasir dan kontena. Ahmad ingin membawa bas persiaran pula. Membawa penumpang-penumpang ke destinasi yang mereka ingin lawati. Jadi adakah Ahmad layak membawa bas persiaran dengan lesen-lesen yang telah dimilikinya di sisi unang-undang?
Jawapannya MASIH BELUM LAYAK
Ahmad kini pemegang lesen :
D - kereta
GDL (E) - lori yang bawa barangan (KEJUR)
Lesen E - lori yang bawa muatan lebih dr 3 tan
GDL (E) - lori yang bawa barangan (SENDI)
PSV - bawa penumpang
**keputusan medical check up sah untuk tempoh 3 bulan sahaja.
Jelas disini menunjukkan tidak mudah untuk menjadi seorang pemandu lori.
Mereka melalui pelbagai peringkat ujian oleh JPJ untuk mengembangkan lagi
kerjaya mereka. Sama seperti kita yang mempunyai profession sebagai guru atau
pekerja kilang. Kita melalui ujian2 di sekolah atau pun di kilang untuk
kenaikan pangkat dengan peluang gaji yang lebih selesa. Bezanya pemandu lori
bekerja di atas jalan raya sepenuh masa yang mendedahkan dirinya kepada bahaya
kemalangan yang sangat tinggi. Maka ujian2 yang diatur oleh JPJ dan kursus yang
disediakan telah mengambil kira faktor-faktor tersebut.
Namun kemalangan jalan raya yang melibatkan lori masih menghiasi di dada akhbar. Tetapi adakah wajar kita meletakkan 100% kesalahan kepada kenderaan berat ini ?
Bagaimanakah kita dapat mengatasi keadaan ini ?
Sila ikuti entry seterusnya....