HELLOO PETALING JAYA.
HELLO TO EVERYONE.
ASSALAMUALAIKUM TO ALL MUSLIMS.
THE TITLE ITSELF SOUNDS TEMPTATION, RIGHT?
The question is it possible or not?
The question is it possible or not?
Well its all depends on where is your training centre.
If you’re saying KL or Selangor….well, unmost likely
KERANA.
Bandar yang padat ramai penduduk, ramai anak muda, ramai warga asing,ramai orang bekerja,ramai pelajar sekolah (16 tahun ke atas) semua nak ambil lesen. Kesemua golongan ini memerlukan lesen kenderaan sebagai satu keperluan hidup masa kini. Malangnya semua aktiviti di litar memandu terhenti sama sekali di dalam tempoh PKP tahun lalu.
Sekarang apabila aktiviti perniagaan telah rancak sepenuhnya dan kita di dalam tempoh pandemic ke fasa endemic barulah semua berpusu-pusu menyambung kembali dan ‘masuk beratur’ semula untuk menghabiskan proses lessen memandu masing-masing. Manakala bagi pelanggan yang baru hendak mendaftar selepas tempoh PKP pula bertanyakan soalan paling popular.
“Di sini boleh dapat lessen cepat tak? ‘
Jawapan kami TIDAK BOLEH.
Di sini bukanlah tempat untuk dapat lesen cepat, laju atau gerenti lulus.Cuba bayangkan semua orang membuat permintaan nak cepat. Dengan pelbagai alasan kecemasan. Kami sangat faham urusan kecemasan itu memanglah emergency. Tetapi kita cuma ada 8 jam urusan rasmi dokumentasi dalam sehari. Kita cuma ada 6 hari jadual dalam seminggu untuk latihan memandu. Dan 2 hari ujian memandu dalam seminggu. Manakala pelanggan yang nak cepat ada limaratusduaribuempat%$#@!&%$#
Tak lojik kan?
Perkara ini harus saya tegaskan di sini kerana apabila mindset yang ingin cepat ingin cepat (tapi tindakan sendiri lambat) ini telah banyak menimbulkan masalah di kemudian hari. Banyak salah faham berpunca dari kemarahan apabila proses lambat kerana ‘saya mahu cepat’
Tahukan anda gagal hadir untuk 1 kelas sahaja memberi impak
besar kepada keseluruhan tempoh belajar. Dan bermulalah episode salah
menyalahkan pihak sekolah memandu yang dikatakan tidak memberi makluman itu dan
ini. Walhal semua telah jelas diberitahu lebih awal dan pelbagai nota tambahan
diberikan lagi di talian whatsap masing-masing.
Perlu juga saya nyatakan di sini belajar memandu dan proses
mengambil lessen pada masa kini telah lama jauh berbeza dari dahulu. Tolong
tanamkan di minda separa sedar atau sepenuhnya di minda anda bahawa pengambilan
lessen memandu adalah perkara serius yang memerlukan komitmen yang tinggi dari
anda.
Sebagaimana anda serius dan bersikap penuh tanggungjawab semasa tempoh ini adalah memainkan peranan yang penting bagaimana sikap anda sebagai pengguna jalan raya selepas memiliki lessen penuh nanti. Pesan saya kepada yang masih berkira-kira di dalam kepala untuk memiliki lessen memandu pada ‘suatu hari nanti’…….JANGAN TUNGGU LAGI.
Terus bertindak hari ini. Daftar dan ikut proses lessen anda dengan teratur dan sistematik. Tidak perlu terburu-buru pun kerana anda telah bertindak lebih awal. Dan anda telah bersedia dengan perbincangan jadual belajar dan sebagainya.
Kami di Belajar Memandu PJ sentiasa ingin semua calon lulus
dan memperolehi lessen memandu secepat mungkin. Kami berusaha pelbagai cara
untuk memastikan semua calon tidak ketinggalan dari jadual pembelajaran
masing-masing. Namun Kerjasama dari kedua belah pihak harus ada. Bukan kerana
duit segalanya berjalan lancar tapi kerana sikap toleransi dan komunikasi dapat
membuat urusan apa pun menjadi mudah.
Bersikap baik. Berwaspada di jalan raya.
Hubungi admin di pejabat untuk pendaftaran.
Hubungi Cikgu Nurul untuk ptanyaan berkaitan.
Terima kasih