Salam Merdeka untuk semua.
Pandemic Covid19 memberi impak besar dalam kehidupan kita pada hari ini. Tua atau muda, miskin atau kaya, semuanya terkesan.
Selepas pembukaan ekonomi pada Julai lalu, permintaan terhadap lesen kenderaan kereta dan motosikal terutamanya masih sama. Tetapi proses belajar memandu mestilah mengikut SOP yang ditetapkan oleh Institut Memandu.
- Semua aktiviti terhad tidak boleh berkumpul lebih 30 orang dalam satu-satu kursus.
- Amalan penjarakan sosial.
- Pengambilan suhu badan.
- Penggunaan pelitup muka semasa pemanduan dan semasa berada di kawasan Institut Memandu.
- Penggunaan surau yang terhad dalam satu masa.
- Pembersihan kenderaan dibuat setiap kali pertukaran pelajar.
- Penggunaan sarung tangan dan pen penunjuk utk amali di litar rutin pemeriksaan kenderaan (RPK).
Ini bermakna proses mendapatkan lesen lebih lama berbanding sebelum Covid 19 kerana kebanyakan aktiviti terhad kepada jumlah tertentu dalam satu-satu masa.
Kami sedia maklum semua calon ingin mendapatkan lesen secepat yang boleh. Tetapi dengan penyesuaian Norma Baharu ini, adalah mustahil proses lesen dapat dibuat dalam tempoh yang singkat.
Kami harap semua pihak dapat memberi kerjasama.
Sekian, terima kasih.