Menawarkan kelas memandu untuk PENDAFTARAN BARU KELAS MEMANDU atau kelas tambahan untuk 'REFRESHER'. Hubungi kami di talian : 03 - 7772 5523 (Pejabat) 016 - 916 3009 (Whatsap only) 014 - 384 8009 (Whatsap & Call) 016 - 453 7979 (Whatsap & Call) 019 - 387 8009 (Cikgu Nurul)
Sunday, 9 April 2017
Tips-tips Lulus Ujian Komputer KPP01 : Bahagian I
Assalamualaikum...
Tahniah kepada calon-calon bulan Mac yang menduduki ujian computer dengan keputusan LULUS. Maknanya lepas ni bermulalah kelas memandu anda ye...
Calon yang ingin mengambil lesen kenderaan wajib LULUS Ujian Komputer KPP01 dengan markah minimum 42/50. Masa menjawab diberikan ialah 45 minit. Sekiranya anda mendapat kurang dari markah 42 tesebut, anda boleh buat ulangan dengan bayaran ulangan sebanyak RM30 setiap kali. Sehingga anda LULUS.
Soalan : Berapa banyak kali boleh ambil ujian computer sekiranya gagal?
Jawapan : Tiada had maksima tetapi mesti di dalam tempoh tidak melebihi 1 tahun dari tarikh kehadiran kursus KPP01.
Sepanjang pengalaman kami mengendalikan pelajar-pelajar sekolah memandu bukannya satu perkara yang asing sekiranya calon gagal di dalam ujian computer untuk kali pertama. 12 kali ambil periksa pun ada. Yang penting anda tidak berputus asa. Kerana memiliki lessen memandu adalah sangat penting dan ia telah menjadi perkara asas di dalam kehidupan masa kini tidak kiralah anda memiliki kereta sendiri atau pun tidak.
MAKA.......
Kami akan gariskan tips-tips untuk kita berdepan dengan soalan-soalan sebanyak 50 bilangan itu. Hmmm...apa yang susah sangat ye sehingga ujian computer begitu ditakuti. Hinggakan ada yang menyerah sebelum kalah? Mari kita kaji sama-sama.
8 soalan untuk rabun warna
15 soalan untuk papan tanda di jalan raya
25 soalan untuk panduan berhemat ( mencegah kemalangan)
10 soalan untuk Akta undang-undang dan system demerit
JADI.....
berdasarkan maklumat di atas. Perkara pertama ialah kita sasarkan bahagian mana yang kita terror. Yakin itu penting ye adik-adik. Perasan sikit takpe...
Katakanlah kita yakin pada mata kita memang 'super crystal clear' kata orang putih. Maka, jangan langsung melakukan kesalahan di bahagian rabun warna. So, dah 8 markah full mark di situ.
Atau kita jenis yang suka pada grafik, symbol atau apa-apa yang bergambar. Maknanya otak kita cepat menangkap kalau tengok gambar daripada ayat yang meleret-leret. Maka, dah full mark 15 markah di situ.
ATAU... kita jenis yang suka matapelajaran sejarah, maka kita tentu akan score di bahagian Akta undang-undang jalan raya dan fakta-fakta mengenai perundangan jalan raya di Malaysia. Dah full mark 10 markah bahagian ini.
Tinggal lagi 25 markah untuk soalan-soalan panduan berhemat (defensive driving).Yang bahagian ini adalah kebiasannya soalan-soalan panjang, soalan mengenai pencegahan kemalangan dan agak susah. Kerana ia sedikit megelirukan. Jadi peruntukkan lebih masa di bahagian ini untuk memahami betul-betul soalan yang diberikan. Memang tiada petua lain untuk bahagian ini selain KENA BACA !!!! KENE BUAT LATIHAN BERULANG KALI. KALAU TAK BACA DAN TIADA LATIHAN CONFIRM AKAN GAGAL. CONFIRM!!!
Ha.. Nampak tak penekanan tu.
' kitorang nak buat latihan kat mana, kak? '
Kat mana lagi adik-adik oii. Kat dalam buku latihan yang diberikan tu. Di dalam buku itu telah siap dengan jawapan sekali. TINGGAL FAHAMKAN DAN HAFAL AJE LAGI.
' kami nak buat latihan yang sebijik-sebijik sama macam keluar dalam ujiam computer JPJ nanti kak '
Ohh ada... 99.9% sama seperti ujian computer JPJ kelak.
Klik pautan ni ---------> http://jpjkpptest.com/
Ada lagi soalan?
' kami nak buat latihan dalam handphone. Maklumlah telefon kami canggih-canggih'
Ada.... Dalam handphone korang ada google play/ apple store kan? Type KPP Test. Pilih yang version lama atau baru. Lebih kurang aje. Download.
Sila buat latihan berulang kali sampai yakin. Tak susah pun. Baca dan klik-klik je sambil duduk atas katil, sambil makan chips pun boleh.
Telah banyak tips-tips yang diberikan oleh cikgu-cikgu di sekolah memandu anda, tips di dalam blog-blog/fb/insta atau dari kawan-kawan. But the most tips of all tips is 'No pain No gain' . Tiada usaha maka susah lah nak berjaya.
Buat adik-adik yang telah mendaftar dengan kami dan akan menduduki ujian computer minggu hadapan. Good Luck ! Begitu juga selamat maju jaya kepada adik-adik di sekolah memandu yang lain.
Salam sayang
- Cikgu Nurul Amir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebelum ambil ujian komputer berapa hari kena tunggu?
ReplyDelete2 minggu.
ReplyDeleteHampir 7 kali cuba still gagal.give up rasa
ReplyDeleteada download apps 'KPP 01" di hp? Hope dah and keep do exercise sehingga hp terjatuh di muka ( sehingga bawa tido buat latihan )...and dah memohon ujian bertulis objektif di ibu pejabat JPJ? Hope info kami belum terlambat untuk memohon...in sha Allah bole lulus dengan syarat terus buat ulangkaji. Teruskan usaha ye, Jangan putus asa !!! caiyok, senyum...
ReplyDeleteTempoh untuk ambil ujian tu ada limit ke ya ? Kiranya selepas ceramah, ada had tempoh untuk kita ambil ujian komputer ? Sama ada minggu atau bulan ?
ReplyDeleteKalau harini dah buat ceramah, tarikh untuk buat ujian komputer tak kisah bila bila ? Berbulan berminggu pun tak pe ke ?
ReplyDeleteKalau harini dah buat ceramah, tarikh untuk buat ujian komputer tak kisah bila bila ? Berbulan berminggu pun tak pe ke ?
ReplyDeleteKalau harini dah buat ceramah, tarikh untuk buat ujian komputer tak kisah bila bila ? Berbulan berminggu pun tak pe ke ?
ReplyDeleteKalau gagal ujian komputer nk jawap balik kne buat appointment kt rakan ehsan atau gi terus yew?
ReplyDeletetisp luluh ujian komputer
ReplyDeleteTisp lulus ujian komputer
ReplyDeleteBahagian 1
ReplyDelete