Friday, 11 August 2017

APA KELAYAKKAN UNTUK MENDAPAT LESEN MEMANDU GDL dan PSV ??

Assalamualaikum abang-abang, kakak-kakak...


Tahun 2017 ini kami menyaksikan begitu ramai yang mendaftar untuk lesen Kelas E, PSV dan GDL. Seronok mendengar antara mereka ada yang akan membawa muatan jualan telur, berniaga selipar, jual bawang, food truck dan pelbagai lagi.
Namun dari sesi pertanyaan dan persoalan sebelum pendaftaran dibuat, ramai lagi yang masih keliru akan peraturan yang ditetapkan dalam proses pengambilan lesen-lesen ini.

SYARAT PERMOHONAN LESEN VOKASIONAL INI (PSV & GDL)
  1. Mempunyai lesen memandu D-CDL
  2. Berumur 21 tahun ke atas.
  3. Sihat tubuh badan yang disah kan oleh doctor melalui pemeriksaan kesihatan (medical check-up). Perlu isi borang JPJ L8A ini dan perlu ditandatangan dan cop oleh doctor yang memeriksa kita di 3 bahagian di dalam borang ini. WAJIB. Boleh download borang JPJ L8A di sini.
  4. Warganegara Malaysia dan penduduk tetap.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

  1. Borang medical
  2. Resit bayaran Klinik/Hospital( original)
  3. Salinan kad pengenalan
  4. Salinan lesen sedia ada

Nota : kos rawatan pemeriksaan hendaklah dibayar sendiri oleh calon direct kepada klinik/hospital berkenaan


Antara soalan-soalan dan pertanyaan yang kami terima....

Kes 1 :Abang Prime Mover
'Saya HANYA mempunyai lesen kereta *(D-CDL) sahaja. Di masa akan datang saya dikehendakki untuk membawa lori jenis 'prime mover'. Bolehkah saya memohon untuk mendapatkan Lesen GDL -(bersendi) untuk tujuan tersebut?

Jawapan : PERTAMA, anda mesti memohon kelas lesen E terlebih dahulu. Selepas memiliki lesen E anda boleh memohon lesen GDL sendi.

Kes 2 :Bakal Pemandu Berhemah Bas Persiaran
'Saya HANYA mempunyai lesen kereta *(D-CDL). Kini saya dikehendakki memandu bas persiaran. Bolehkah saya memohon Lesen PSV?

Jawapan : Boleh. Tetapi anda mesti  memohon lesen kelas E terlebih dahulu kerana bas persiaran mempunyai berat tanpa muatan melebihi 7500kg. Dan kemudian barulah boleh memohon untuk lesen PSV.

Nota :D-CDL - maknanya bukan lagi memegang lesen kategori (L) dan Percubaan (P)

                ............................................................................

Okay, sebelum semua orang pun pening dengan flow dan kelayakkan mengambil lesen lori,van, bas, teksi, traktor dan sebagainya ini. Marilah kita kenali dahulu jenis kenderaan ini tergolong di dalam  kategori lesen apa.. ??


GDL - Good's Driver License
             Maksudnya apa?
                  Maksudnya Lesen Kenderaan Barangan. (bawak BARANG shj)
                  Contohnya : Lori kargo, Lori tangki, Loader, Timber Jinker, Lori kontena, Lori
                  Minuman Botol, Lori Poe Type, Lori Refrigerated, Lori Sampah, Lori Simen Mixer,
                  Lori Membawa Kenderaan dan Lori Najis.

PSV - Public Services Vehicle
                Maksudnya Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam. (bawak MANUSIAAAAA shj)
                Contohnya : Teksi, kereta sewa, teksi mewah(limousine),bas berhenti-henti(jarak
                tambang tidak lebih 32km),bas ekspress, bas kilang, bas mini,bas persiaran, bas 
                sekolah, kenderaan pekerja.



Okay, faham tak sampai sini?
Yang kita bincang kat atas ni tadi ialah JENIS lesen, kan? Terdapat 2 jenis Lesen Vokasional iaitu GDL dan PSV , betul? 
OK betul.
Now kita nak bincang pulak pasal KELAS-KELAS lesen.

KELAS-KELAS LESEN SELAIN LESEN D,B2 DAN LAIN-LAIN ADALAH SEPERTI BERIKUT :
Kelas E - Motokar BTM melebihi 7500kg [KEJUR/SENDI]
Kelas E1- Motokar BTM tidak melebihi 7500kg
Kelas E2 - Motokar BTM tidak melebihi 5000kg
Kelas F - Jentera Bergerak Ringan (Beroda) BDM tidak melebihi 5000kg eg: forklift
Kelas G - Jentera Bergerak Ringan (Berantai) BTM melebihi 5000kg eg: steamroll
Kelas H - Jentera Bergerak Berat (beroda) BTM melalui 5000kg eg: traktor
Kelas I - Jentera Bergerak Berat (berantai) BTM melebihi 5000kg eg: escavator

Seperti yang kita dapat lihat di sini Berat Tanpa Muatan (BTM) sesebuah kenderaan dan jenis kenderaan adalah sangat penting untuk kita peka di sini. Di mana ia menentukan kelayakkan permohonan bagi lesen tambahan yang kita mahukan.

Perbezaan GDL [Kejur] & [Sendi]
Kejur ialah kenderaan yang kepala dan badan lori membawa 1 nombor plate yang sama
Sendi ialah kenderaan yang mempunyai nombor plate yang berbeza pada badan dan kepala lori.



12 comments:

  1. Cara mengambil lesen E1 Kelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM 1400 lesen kelas E. Bawa gambar. salinan IC dan segala lesen y encik telah ada. bawa bayaran pertama rm600 untuk kami proses sijil and lesen L kelas E sebelum mula latihan memandu lori

      Delete
  2. Saya nak bawak lori Tayar 6 (3000kg @ 3 ton) jadi lesen apakah yang perlu saya ambil? Mohon pencerahan, saya harap pihak Tuan/ Puan dapat membantu saya dalam memperjelas isu yang saya kaitkan. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Jika telah ada lesen D (kereta) sudah bole memohon lesen GDL maximum 3ton. syarat lain telah berusia 21 tahun dan lesen D bukan lagi lesen P. Encik perlu buat medical check up terlebih dahulu untuk memohon. Download borang medical permohonan baru JPJL8A untuk dilengkapkan oleh pegawai perubatan. Pastikan serah resit bayaran klinik original disertakan pada borang tersebut ketika mendaftar di sekolah memandu selepas borang lengkap.

    ReplyDelete
  4. Kami cadang ke klinik berhampiran pejabat kami kerana harga yang berpatutan.

    ReplyDelete
  5. Bos qu,nak tnya,klu sdh mempunyai lesen PSV bas mini/van,GDL E-full, kejur, bersendi,lps tu kini sy nak upgrade lesen bas,perlu ka sy kena ikut ujian lg,tau ujian praktikal

    ReplyDelete
  6. Hai cekgu nak daftar lesen E GDL sendi berapa harnga

    ReplyDelete
  7. Bos kalau saya nk ambik lesen e.. Gdl kejur brp smu

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.Saya ada lesen D PDL. Lagi satu bulan habis PDL. Bagaimana untuk saya dapatkan lesen E sendi. Teringin nak bawak Lori kontena.

    ReplyDelete
  9. Asslmmlkm,saya ada lesen D GDL utk 3 Ton..Adakah saya boleh bawa lori 5 ton.
    Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  10. Hi tuan,saya mau bawa lori kontena.lesen D. Saya perlu ambil lesen E dengan GDL total berapa harga ya?terima kasih

    ReplyDelete
  11. Tak sabarnya saya nak ambil lesen E selepas saya dapat lesen D nanti, kerana saya nak pandu lori tangki Petronas...

    ReplyDelete