Tuesday, 4 July 2023

HARGA LESEN GDL & PSV DAN PROSES

 Berikut ialah harga LESEN GDL & PSV TERBARU 2023.

Menyedari ramai yang telah mula berminat untuk berniaga sendiri atau mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk diri sendiri. Lesen GDL & PSV ialah satu lesen yang mula mendapat tempat di hati anak-anak muda yang semakin ramai yang berkebolehan dalam pelbagai bidang.

Hari demi hari pertanyaan tentang Lesen GDL & PSV mendapat perhatian. 

Ramai yang ingin tahu tentang harga lesen, syarat pengambilan lesen dan proses lesen ini.

Khusus bagi yang berminat dengan Lesen GDL & PSV , sila ikuti penerangan di bawah :

πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ


LESEN GDL : πŸš›πŸš›πŸš›
Harga Rm 180 
✅ Telah mempunyai lesen kelas D atau E ( CDL ) 
πŸš›1x kursus (7.30am- 5pm) - πŸ—“date by JPJ


LESEN PSV πŸš•πŸš–πŸš•
Harga Rm 150 
✅ Telah mempunyai lesen kelas D/DA
πŸš– 1x kursus (7.30am- 5pm) - πŸ—“date by JPJ



πŸ“š Exercise & references books inclusive.

Kelayakan Memohon :
✅ Pemilik lesen PDL tidak boleh memohon
✅ Berusia 21 tahun ke atas
✅ Lulus medical check up πŸ’ŠπŸ¨

Cara Memohon :
❇️ Ambil borang JPJ L8A ( download/ JPJ berhampiran/ office kami )
❇️ Buat medical check up 
❇️ Serah borang medical lengkap dipejabat kami berserta salinan IC dan Lesen dan bayaran

Proses Lesen :
πŸ’ Selepas lulus exam,sila proses lesen di JPJ dan bayar rm20/setahun (bawa gambar) - pergi sendiri
 

*Jika tak hadir kursus yang telah ditetapkan tarikh oleh JPJ, penalty rm70.



For More Info : 
☎️ 0377725523 / 0169163009
πŸ“ž Cikgu Ku Nurul Amir 0193878009
πŸ“¨safedrive.ent@gmail.com
www.belajarmemandupj.blogspot.com
fb & ig : Belajarmemandupj 
πŸ“belajarmemandupj 😁

Monday, 3 July 2023

HARGA LESEN 2023 - basic pakej (mulai Julai 2023)

 Assalamualaikum & Hi 

To all.


πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


πŸ’š BASIC  PACKAGE :

D (manual) RM1,150 (16hrs training)
DA (auto ) RM1,250 (16hrs training )
B FULL (superbike ) RM900 (16hrs training)

*Term and Condition*
- Only for Malaysian 
- Full payment 
- PROCESS : Minimum 1 year
- Training ONLY on Wednesday 
- L license not inclusive 


πŸ’š AFFORDABLE  PACKAGE :

D (manual) RM 2,099 (18hrs training )
DA (auto) RM 2,199 (18hrs training )
B FULL (superbike) RM 1500 ( 16hrs training )
B2 > 250cc RM 850 (16hrs training )

*Term and Condition*
- 2 TIMES PAYMENT
- 1st payment registration
- 2nd payment within 3 months 
- L license inclusive ( 6 months )
- - PROCESS : 6-8 month maximum


πŸ’š PREMIUM  PACKAGE :

D (manual) RM2,600 (18hrs training)
DA (auto) RM 2,800 (20hrs training)
BFULL (superbike) RM 1,700 (16hrs training)

*Package Inclusive*
Computer retest
- 3 times free
QTI retest
- 2 times free
JPJ retest
-1 time free

*Term and Condition*
- Full payment 
- L license inclusive (3 months )
- PROCESS : Less than 4 months 


πŸ’š AFFORDABLE COMBO PACKAGE :

D (manual) + B2 RM 2,600 (16hrs + 16hrs)
DA (auto) + B2 RM 2,900 ( 16hrs + 16hrs)
D (manual) + BFULL RM 3,000 ( 16hrs + 16hrs )
DA (auto)+ BFULL RM 3,199 ( 16hrs + 16hrs )

*Term and Condition*
 2 TIMES PAYMENT
- 1st payment registration
- 2nd payment within 3 months 
- L license for 6 months inclusive
- PROCESS : 6 - 8 months


πŸ™‹ UNTUK PENDAFTARAN : 

016 - 916 3009 (whatsapp)

03 - 7772 5523 (pejabat 10 pagi -5 ptg Isnin-Jumaat)

019 - 387 8009 (Cikgu Nurul - whatsapp)



Thursday, 12 January 2023

2023 TAHUN SEMANGAT BARU


 

Assalamualaikum and hi to everyone.

Kita semua telah melangkah ke satu lagi tahun baru iaitu 2023.

Terasa 2022 begitu cepat meninggalkan kita. 

Ini beerti sekiranya kita alpa dan lalai dalam mengejar sesuatu cita-cita, ia akan tinggal menjadi unaccomplished mission for us. Dan untuk bermula semula tentulah ia mengambil bukan sedikit tenaga dan wang ringgit.

Jadi untuk 2023 ini mari kita bersemangat untuk menghabiskan proses lesen yang masih tertangguh dari tahun lalu. Pada yang masih berbaki jam belajar yang belum dihabiskan, luangkan masa, ambil cuti sekiranya perlu dan fokus pada proses lesen hingga selesai.

Semakin hari semakin banyak dugaan untuk kita. Saya sangat memahami keadaan calon-calon yang perlu datang kelas atau yang mengambil ujian di litar. Rata-rata yang telah bekerja sukar mendapatkan cuti dari majikan atau mencari pengganti di tempat kerja. Adapun dugaan kesihatan juga paling kerap menimpa kita di kala ini. Ditambah pula dugaan bencana alam yang mendatang pada hari yang tidak terduga.

Namun ini semua adalah perkara di luar kawalan dan di luar jangkaan kita. Jika kita boleh berusaha mengubah walau sekecil benda, buatlah perubahan yang baik. Perubahan yang membawa kita kepada persediaan lebih awal contoh pada jadual masing-masing agar kita tidak terlepas jadual kelas dan sentiasa bersama-sama Sekolah Memandu untuk mendapat lesen dalam tempoh yang kita harapkan.

Saya di Belajar Memandu PJ serta semua warga kerja di pejabat mahupun di litar ingin mengucapkan selamat tahun baru 2023 kepada semua student-student kami dan para pendaftar yang berniat ingin mendaftar bersama kami. 

Sila telefon/ whatsapp ke nombor 019-3878 009 untuk pertanyaan lanjut.

Terima kasih.




Friday, 3 June 2022

Branding : Cikgu Nurul Belajar Memandu PJ

Assalamualaikum and Hi to everyone.

 Bila tiba Hari Guru, doa dan ucapan terima kasih saya terima dari student-student saya dan juga dari orang yang mengenali kerjaya saya yang memang bermula sebagai Instraktor Memandu.

Pada 20 tahun yang lalu selepas tamat Ijazah di sebuah IPT tempatan, saya mencari peluang pekerjaan tanpa begitu terlalu selektif. Saya membeli surat khabar dan memulakan pencarian. Saya terlihat jawatan kosong sebagai instraktor memandu. Saya tertarik mencuba peluang pekerjaan ini yang di lihat sebagai ‘pekerjaan orang-orang tua’ at least pada zaman itu.

Namun ia menarik minat saya untuk mencuba. Saya hadir ke temuduga dan ditemuduga oleh Bos di situ. Saya diterima bekerja secara sambilan dan tidak lama selepas itu saya serius bekerja sepenuh masa pula. Waktu bekerja dari awal pagi hingga lewat petang adalah perkara biasa. Dan dalam masa yang sama saya juga menjaga ibu saya yang sakit terlantar. Walau bagaimana pun saya tetap memberikan komitmen yang tinggi sepanjang tahun. Hinggalah pada akhirnya saya berjumpa Bos dan menyatakan niat saya untuk berhenti.

Beliau kaget seketika. Namun saya bertekad untuk berhenti dan memulakan perniagaan sendiri di bidang yang sama. Selepas mendengar alasan untuk saya berhenti, Bos saya itu tanpa halangan menyokong niat saya. Beliau adalah seseorang yang saya kagumi hingga ke hari ini. Semangat jati diri dan kebaikan beliau menjadi sumber inspirasi untuk saya contohi.

Kini telah 18 tahun saya menguruskan perniagaan saya sendiri. Rasa seperti baru semalam segalanya bermula. Sering saya menjawab panggilan telefon….

 

‘‘Hello ini Cikgu Nurul?”

  Ya saya Cikgu Nurul.

 

Saya juga tidak tahu dari mana mereka kenal nama ini. Setelah berbual seketika rata-rata mengatakan mereka direkomendasi oleh jiran mereka, oleh kawan sepejabat, oleh anak saudara, oleh kawan kepada kawan….and this route continuously going from somewhere to somewhere really. Semakin ramai yang mengenali nama Cikgu Nurul. Semakin saya berpesan pada diri sendiri lakukanlah yang terbaik untuk pastikan semua pelanggan yang mendaftar mendapat info yang betul terlebih dahulu. Kemudian berkomunikasi yang jelas untuk mengelakkan salah faham. Kemudian telus dan jujur dalam setiap urusniaga.

Saya berterima kasih pada ramai pelanggan yang percaya pada khidmat saya. Penghargaan saya kepada ramai pelanggan-pelanggan lama especially yang berhubung kembali untuk mendaftar anak yang seterusnya. Ada pula yang menghubungi saya semula setelah berbelas tahun untuk pasangannya pula mendaftar lesen memandu. Mereka masih ingat saya dan mencari saya  kerana saya masih di tempat yang sama for all this years pun. Saya bukanlah sempurna tetapi saya suka membuat sesuatu hingga habis!





Saturday, 28 May 2022

NAK CEPAT DAPAT LESEN MEMANDU

HELLOO PETALING JAYA.

HELLO TO EVERYONE.

ASSALAMUALAIKUM TO ALL MUSLIMS.

THE TITLE ITSELF SOUNDS TEMPTATION, RIGHT?




The question is it possible or not?

The question is it possible or not?

Well its all depends on where is your training centre.

 

If you’re saying KL or Selangor….well, unmost likely

 

KERANA.

Bandar yang padat ramai penduduk, ramai anak muda, ramai warga asing,ramai orang bekerja,ramai pelajar sekolah (16 tahun ke atas) semua nak ambil lesen. Kesemua golongan ini memerlukan lesen kenderaan sebagai satu keperluan hidup masa kini. Malangnya semua aktiviti di litar memandu terhenti sama sekali di dalam tempoh PKP tahun lalu.

Sekarang apabila aktiviti perniagaan telah rancak sepenuhnya dan kita di dalam tempoh pandemic ke fasa endemic barulah semua berpusu-pusu menyambung kembali dan ‘masuk beratur’ semula untuk menghabiskan proses lessen memandu masing-masing. Manakala bagi pelanggan yang baru hendak mendaftar selepas tempoh PKP pula bertanyakan soalan paling popular.

 

“Di sini boleh dapat lessen cepat tak? ‘

Jawapan kami TIDAK BOLEH.

Di sini bukanlah tempat untuk dapat lesen cepat, laju atau gerenti lulus.Cuba bayangkan semua orang membuat permintaan nak cepat. Dengan pelbagai alasan kecemasan. Kami sangat faham urusan kecemasan itu memanglah emergency. Tetapi kita cuma ada 8 jam urusan rasmi dokumentasi dalam sehari. Kita cuma ada 6 hari jadual dalam seminggu untuk latihan memandu. Dan 2 hari ujian memandu dalam seminggu. Manakala pelanggan yang nak cepat ada limaratusduaribuempat%$#@!&%$#

 

Tak lojik kan?

Perkara ini harus saya tegaskan di sini kerana apabila mindset yang ingin cepat ingin cepat (tapi tindakan sendiri lambat) ini telah banyak menimbulkan masalah di kemudian hari. Banyak salah faham berpunca dari kemarahan apabila proses lambat kerana ‘saya mahu cepat’ 

Tahukan anda gagal hadir untuk 1 kelas sahaja memberi impak besar kepada keseluruhan tempoh belajar. Dan bermulalah episode salah menyalahkan pihak sekolah memandu yang dikatakan tidak memberi makluman itu dan ini. Walhal semua telah jelas diberitahu lebih awal dan pelbagai nota tambahan diberikan lagi di talian whatsap masing-masing.

Perlu juga saya nyatakan di sini belajar memandu dan proses mengambil lessen pada masa kini telah lama jauh berbeza dari dahulu. Tolong tanamkan di minda separa sedar atau sepenuhnya di minda anda bahawa pengambilan lessen memandu adalah perkara serius yang memerlukan komitmen yang tinggi dari anda.

Sebagaimana anda serius dan bersikap penuh tanggungjawab semasa tempoh ini adalah memainkan peranan yang penting bagaimana sikap anda sebagai pengguna jalan raya selepas memiliki lessen penuh nanti. Pesan saya kepada yang masih berkira-kira di dalam kepala untuk memiliki lessen memandu pada ‘suatu hari nanti’…….JANGAN TUNGGU LAGI. 

Terus bertindak hari ini. Daftar dan ikut proses lessen anda dengan teratur dan sistematik. Tidak perlu terburu-buru pun kerana anda telah bertindak lebih awal. Dan anda telah bersedia dengan perbincangan jadual belajar dan sebagainya.

Kami di Belajar Memandu PJ sentiasa ingin semua calon lulus dan memperolehi lessen memandu secepat mungkin. Kami berusaha pelbagai cara untuk memastikan semua calon tidak ketinggalan dari jadual pembelajaran masing-masing. Namun Kerjasama dari kedua belah pihak harus ada. Bukan kerana duit segalanya berjalan lancar tapi kerana sikap toleransi dan komunikasi dapat membuat urusan apa pun menjadi mudah.

 Kepada yang ingin membuat pendaftaran kami ucapkan selamat datang ke Belajar Memandu PJ. Semoga semua yang mendapat lessen kenderaan mereka dengan kami adalah orang-orang yang berkhemah tinggi di jalan raya dan bertanggungjawab memastikan sifar risiko kemalangan jalan raya.

 

Bersikap baik. Berwaspada di jalan raya.

 

Hubungi admin di pejabat untuk pendaftaran.

Hubungi Cikgu Nurul untuk ptanyaan berkaitan.

 

Terima kasih









Thursday, 11 February 2021

OPERASI INSTITUT MEMANDU DIBENARKAN


 ...............................DENGAN SOP KETAT.

Hi & Assalamualaikum Everyone.

Ini adalah berita baik !!

Oh, sebelum itu kami semua di Belajar Memandu PJ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Cina kepada semua pelajar-pelajar, calon memandu, instruktor dan semua viewers and readers blog ini yang menyambut perayaan ini.

Dengan ucapan semoga bergembira bersama keluarga terdekat, disamping itu jangan lupa.......

Kekalkan bersabar, kekalkan SOP, kekalkan menjaga kebersihan diri dan kekalkan sikap tanggungjawab kepada masyarakat walau di mana anda berada. Ini kerana sikap yang betul mampu mengubah perkara yang tidak betul.

Kita berharap tahun 2021 ini terus di mulakan dengan vibe yang positif. Dan ini adalah salah satu darinya apabila kerajaan telah memberikan kebenaran kepada Institut Memandu untuk beroperasi mulai hari ini.

What a great news πŸ™Œ

Seperti yang semua telah tahu. Sepanjang tempoh PKP 2.0 ini aktiviti belajar memandu terhenti sama sekali.
Ini kerana kami mengikut arahan dan saranan kerajaan supaya kita semua kekal berada di rumah sahaja kecuali essential services sahaja.

Namun kini kita diberi peluang sekali lagi. Jadi ayuh, jangan buang masa lagi. Kepada mereka yang masih dalam proses pengambilan lesen kenderaan. Ini masanya untuk bertindak. Jangan berlengah lagi dan bertangguh lagi. Fokuskan kepada proses lesen anda mengikut aturan sehingga selesai.

Luangkan waktu sedapat mungkin untuk sentiasa bersedia dengan tarikh ujian, tarikh QTI, tarikh belajar yang telah dipersetujui bersama antara calon dan pihak kami.

Ini bukannya masa untuk sewenangnya membatalkan sessi pembelajaran anda dengan alasan yang mampu anda atasi dari awal lagi sepatutnya.

Dalam sehari kita hanya ada 10 jam maksimum untuk belajar di litar, mengambil ujian atau menghadiri kelas. Sekiranya anda gagal hadir, giliran anda akan bermula dan berbaris dari belakang kerana calon-calon yang mengambil lesen adalah ramai yang juga terhenti sewaktu PKP dan semua orang mahukan penyambungan proses dengan cepat.

Jadi bagaimana sekiranya anda sendiri yang melambatkannya sedangkan kita semua berada dalam keadaan yang sama-sama sukar?

Fikirkan.

Bertindak segera.





Monday, 18 January 2021

LESEN MEMANDU - NORMA BAHARU (Part II)

Assalamualaikum.

Hi Hi To All...

Entry ini khas untuk semua calon-calon yang sedang dalam proses mendapatkan lesen memandu dan terutamanya pada calon-calon yang mendaftar dengan kami di Belajar Memandu PJ. Yang kenal saya, Cikgu Nurul, assistant saya Cik Mina, Cik Aishah dan tak lupa guru-guru memandu yang lain semua say  'Hi uolss.....how are you holding up?'

Dengan ucapan ' Cikgu Nurul sayang kamu semua, sila bersabar' πŸ˜€πŸ˜€ SOP jaga dik....

Harap semua sihat ya..

Begitu ramai yang stressed out akibat perjalanan lesen memandu yang tersangkut-sangkut kerana pandemik Covid19 ini. Ujian tergendala, latihan memandu terpaksa reschedule dan macam-macam lagi. Saya sangat memahaminya. Pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang ini, tak sedikit curhat (curahan hati) yang menerpa ke corong telefon atau membanjiri email kami dengan masalah yang sebenarnya hampir-hampir sama setiap orang. Rupanya masalah kebanyakkan dari kita bukan lah rare sangat pun. Yang bermaksud tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian.

At the end of the day biarpun ia mengenai isu Covid atau apa isu sekali pun, ia berbalik pada attitude dan cara kita berfikir towards the problem that we are dealing with. Saya bersyukur di dalam tempoh PKP 2.0 ini saya dapat ruang untuk kembali menulis dan bertegur sapa di dalam blog melalui penulisan ini. Dapatlah saya menjelaskan sedikit sebanyak kepada semua apa persediaan mental dan fizikal yang diperlukan bagi para calon yang sedang dalam proses mendapatkan lesen memandu norma baharu. 

Begitu sibuknya saya dengan jadual yang padat setiap hari bagi memastikan semua calon yang mendaftar dengan kami supaya tidak ada seorang pun yang tercicir, nah hasilnya blog saya bersawang 😁. Tiada masa langsung untuk menulis sebelum ini.

Jadi saya gunakan waktu PKP ini untuk masih bekerja secara effisyen di rumah saja. Baiklah shall we start? (rupanya baru intro yang panjang-panjang tadi)

Siapa yang ambil lesen motor? Angkat tangan.

Awak, ya awak.

Awak ambil lesen motorsikal tak kira B2 atau big bike (B)...

Kalian always fikir L valid for 2 years always got much time... sedangkan proses mengambil lesen kini semakin sukar. Tempoh masa diperlukan lebih lama berbanding 10-15 tahun dahulu. Sebelum isu Covid lagi. Ini terjadi kerana banyak faktor selain peningkatan jumlah pendaftaran, syllibus pembelajaran juga lebih efektif dengan penambahan masa jam belajar bertujuan meningkatkan kemahiran penunggang sekaligus mensasarkan pengurangan kadar kemalangan. 

Bila saya renung-renungkan, perubahan ini termaktub kepada semua jenis lesen memandu dari kenderaan ringan seperti motosikal hingga kenderaan jenis jentera berat. Semuanya mengalami perubahan yang begitu ketara. Peningkatan jumlah kenderaan di atas jalan raya setiap tahun, harga kenderaan mampu milik dan kemudahan pinjaman kenderaan oleh pihak bank atau agensi lain begitu mudah sekarang ni. Semua sekali telah di ambil kira oleh pihak berwajib JPJ terutamanya, untuk mengeluarkan set sistem pembelajaran pemanduan yang baharu bagi calon yang mengambil lesen kenderaan kini. Dan dari pengalaman saya pihak JPJ akan terus melakukan pembaharuan dari semasa ke semasa.

Tahun 2020 yang lalu, satu lagi pembaharuan untuk kita semua. Satu dunia in fact

Itulah COVID19. Boleh ke kita lari? Tak, kannnn...?

SO, WE ADAPT :

  • GUNA FACE MASK SEMASA CLASS.
  • SCAN QR CODE. Saya malas Cikgu. Ok nanti JPJ buat spotcheck awak bayar denda 1k ye.
  • HAND SANITISED.
  • SOCIAL DISTANCING. Dalam kereta nak jarak macam mana Cikgu?
  • SELF AWARENESS. Terasa nak demam, sakit tekak, selesema, badan tak sihat jangan datang belajar. Pergi jumpa Doktor dulu.
  • ONLINE PAYMENT. 
  • FOCUS IN CLASS. Saya banyak benda nak tanya cikgu ni. Ok, whatap/email/call. Direct conversation yang penting saja. Banyak bukak mulut banyak la kuman masuk dalam mulut. Itu point pakai mask tutup mulut kan?
Ok SOP all done here.
Macam mana pulak dengan flow lesen kita??

Flow lesen masih seperti biasa seperti mana anda diberi penjelasan sewaktu mendaftar. Tapi ingat, kan saya ada beritahu di atas tadi, JPJ akan terus buat pembaharuan dari semasa ke semasa. 
Jadi kebiasaannya bagi calon yang sentiasa ikut jadual datang ke kelas dan rajin buat follow up dan mengambil berat akan proses lesen beliau, tiada masalah. They are up to date and well informed akan situasi semasa.

Yang menjadi masalahnya ialah bagi calon yang tenggelam timbul. Apabila dia buat comeback after months/year dia berharap keadaan masih sama tidak berubah. Itu adalah expectation yang paling sedih. Kerana ia di luar bidang kuasa kami untuk mengawal keadaan tersebut. Kami perlu mengikut undang-undang semasa yang ditetapkan. 

Therefore, talk to us when you have something came up in the middle of.
Talk to us when u changed your contact number.
Don't go silent and suddenly came to us and blame everyone.
Because we did our part to follow up and blast with messages and calls but with no reply, we can't do anything about it until its too late.

Kami cuba sedaya -upaya untuk memberi kefahaman ,penjelasan dan sentiasa bertoleransi akan setiap permasalahan yang dihadapi oleh calon-calon. Pihak JPJ juga berusaha agar semua pihak dapat memberi penyelesaian terbaik dalam tempoh sukar ini. 
Jadi untuk menjawab persoalan di atas tadi - 'Macam mana pulak dengan flow lesen kita??'

PLEASE DO FOLLOW UP.
Dengan kami.
Sekiranya ada jawapan dan penyelesaian, kami akan mencadangkan mengikut kes dan setiap masalah.
Sekiranya terdapat keadaan yang memerlukan tindakan dari pihak JPJ , kita tunggu dan bersabar.

BE PATIENT.
Kerana kita semua bukan terikat dengan sistem komputer 100%. Kita bukan robot yang sentiasa cepat non-stop. Sekiranya semua adalah robot maka jalan selesai untuk satu-satu hal akan lebih kejam kerana tiada empathy dan toleransi, ia sistem komputer kan? bukan manusia.
Jadi selagi mana ia dikendalikan oleh tenaga 4 kerat dan bermain dengan emosi setiap hari dan ihsan maka kita masing-masing perlu menjaga kerjasama ini so we don't loose each other.  
Kita boleh tidak bersetuju dalam kedamaian dan cari penyelesaian untuk win-win kerana kita takkan pernah menang semua perkara. 

Sewaktu Covid19 ni datang, dia tak ketuk pintu dulu pun untuk minta izin masuk. Tiba-tiba dia merempuh masuk dan tak nak balik-balik pulak tu. Jadi semua pihak tidak bersedia. Baik kerajaan, baik individu, baik orang kaya, miskin...semua orang tidak bersedia. Satu dunia huru-hara. Sedang kan Itali negara kaya lagi moden tu pun lumpuh seketika.
Tapi ada jalan penyelesaian seketika untuk kita semua.
Kita semua sedang cuba 'hidup' bersama Covid dan 'menghalaunya' perlahan-lahan. Do or Die orang Jawa kata. 
We fight!
We always fight back!
Jangan pernah mengalah.

Jumpa lagi di post akan datang.




LESEN MEMANDU - NORMA BAHARU (Part I)

Assalamualaikum.

Hi Guys...

Moga semuanya sihat selalu di samping keluarga tercinta. Khusus untuk yang boleh bekerja seperti biasa selamat menjalankan tugas namun sila jaga ketat SOP, tingkatkan kendiri agar kita sama-sama dapat putuskan rantaian COVID 19. Jika anda frontliner ... terima kasih kerana terus berjuang dan berkorban demi kami.

Bagi pihak kami di sini, Belajar Memandu PJ masih teruskan perniagaan di talian telefon dan online seperti biasa. Sebarang pertanyaan dan soalan boleh ajukan terus melalui whatsap/call 019 -3878 009 atau email di safedrive.ent@gamil.com.

PKP 2.0 kali ini melibatkan 6 buah negeri bermula 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021. Meskipun hanya untuk 2 minggu sahaja tetapi cukup memberi tekanan bagi mereka yang akan tamat Lesen L Bahagian 1 dan untuk mereka yang punya pelbagai isu dalam proses pengambilan lesen memandu.

Pada bulan Jun 2020 yang lalu di fasa Pembukaan Ekonomi Baru semua aktiviti perkhidmatan dan jualan bermula kembali dengan perlahan melalui PKPP (PEMULIHAN). Dengan harapan COVID19 akan beransur pulih. Tetapi rupanya panas tidak hingga ke petang, bila hujan di tengahari. Malangnya kita terpaksa menempuh fasa PKP sekali lagi kerana angka jangkitan semakin membimbangkan.

Jadi apakah sikap kita dalam menangani waktu-waktu yang unpredictable ini?

Mudah sahaja jawapannya.

BUANG SIKAP MENANGGUH (DELAYING) SESUATU KERJA YANG INGIN DIBUAT. HARGAI WAKTU DAN GUNAKAN WAKTU SEBAIKNYA.

Kerana sekiranya kita punya banyak wang sekalipun, kita takkan dapat membeli waktu yang telah terlepas.

Justeru itu, bekerja sama lah dengan pihak sekolah memandu dan guru memandu anda untuk merancang sebaiknya perjalanan proses lesen anda. Kerana sekiranya negara mengumumkan apa-apa jenis kawalan pergerakkan sekalipun, we have been followed the flow. Tanpa menyalahkan mana-mana pihak. Tetapi sekiranya kita sendiri yang 'bermain-main' dengan waktu pabila tiba masanya time's up!. Itu bermakna tambah duit, tambah lagi masa dan tambah lagi tenaga bukan saja di pihak anda tapi juga di pihak kami sebagai service provider.

Jadi inilah NORMA BAHARU. Banyyakkan bersabar dan jangan delay setiap proses yang anda perlu buat. Ikut giliran masing-masing, ikut flow yang ditetapkan. InsyAllah akan ada jalan penyelesaian. For those yang tempoh lesen L masih baru... ambil PENGAJARAN jangan bertangguh, selesaikan seberapa segera proses lesen meskipun selepas tamat PKP 2.0 nanti keutamaan semestinya akan diberi kepada kes-kes seperti di atas dan mereka yang telah mendapat tarikh ujian lebih awal sebelum arahan henti operasi.

Sekian dulu. Akan bersambung di post akan datang untuk banyak lagi topik berkaitan lesen memandu norma baharu.





Monday, 31 August 2020

Belajar Memandu - New Normal

 


Salam Merdeka untuk semua.

Pandemic Covid19 memberi impak besar dalam kehidupan kita pada hari ini. Tua atau muda, miskin atau kaya, semuanya terkesan.

Selepas pembukaan ekonomi pada Julai lalu, permintaan terhadap lesen kenderaan kereta dan motosikal terutamanya masih sama. Tetapi proses belajar memandu mestilah mengikut SOP yang ditetapkan oleh Institut Memandu.

  • Semua aktiviti terhad tidak boleh berkumpul lebih 30 orang dalam satu-satu kursus. 
  • Amalan penjarakan sosial. 
  • Pengambilan suhu badan. 
  • Penggunaan pelitup muka semasa pemanduan dan semasa berada di kawasan Institut Memandu. 
  • Penggunaan surau yang terhad dalam satu masa. 
  • Pembersihan kenderaan dibuat setiap kali pertukaran pelajar. 
  • Penggunaan sarung tangan dan pen penunjuk utk amali di litar rutin pemeriksaan kenderaan (RPK).

Ini bermakna proses mendapatkan lesen lebih lama berbanding sebelum Covid 19 kerana kebanyakan aktiviti terhad kepada jumlah tertentu dalam satu-satu masa.

Kami sedia maklum semua calon ingin mendapatkan lesen secepat yang boleh. Tetapi dengan penyesuaian Norma Baharu ini, adalah mustahil proses lesen dapat dibuat dalam tempoh yang singkat.

Kami harap semua pihak dapat memberi kerjasama.

Sekian, terima kasih. 












Friday, 7 August 2020

E - HAILING


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perkhidmatan E - Hailing mula berkembang di Malaysia sejak 4, 5 tahun yang lalu.

Apa maksud E - Hailing ?

E-Hailing adalah satu sistem tempahan kereta sewa secara di dalam talian melalui sistem aplikasi menggunakan media elektronik.

Perkhidmatan E-Hailing mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di bandar- bandar yang kebanyakkan mempunyai sistem trafik yang sibuk.

E Hailing mempunyai sistem operasi yang menarik.
Setiap pengguna dan pemandu mempunyai ID akaun masing-masing. Bagi penumpang maklumat penting yang diperlukan seperti jenis dan nombor kereta boleh dilihat melalui sistem ini.
Bagi pemandu pula, maklumat mengenai penumpang yang akan di ambil boleh dilihat melalui profile penumpang di dalam sistem.

Penumpang dan pemandu boleh memberi rating kepada satu sama lain.
Bermakna untuk menerima penumpang atau untuk memilih pemandu, kita bebas memilih berdasarkan rating yg diberi.

Kini sangat mudah untuk kemana-mana dengan adanya E -Hailing sekarang.
Semudah memesan makanan !


HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT :

019 - 3878 009