Assalamualaikum.
Hi Hi To All...
Entry ini khas untuk semua calon-calon yang sedang dalam proses mendapatkan lesen memandu dan terutamanya pada calon-calon yang mendaftar dengan kami di Belajar Memandu PJ. Yang kenal saya, Cikgu Nurul, assistant saya Cik Mina, Cik Aishah dan tak lupa guru-guru memandu yang lain semua say 'Hi uolss.....how are you holding up?'
Dengan ucapan ' Cikgu Nurul sayang kamu semua, sila bersabar' 😀😀 SOP jaga dik....
Harap semua sihat ya..
Begitu ramai yang stressed out akibat perjalanan lesen memandu yang tersangkut-sangkut kerana pandemik Covid19 ini. Ujian tergendala, latihan memandu terpaksa reschedule dan macam-macam lagi. Saya sangat memahaminya. Pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang ini, tak sedikit curhat (curahan hati) yang menerpa ke corong telefon atau membanjiri email kami dengan masalah yang sebenarnya hampir-hampir sama setiap orang. Rupanya masalah kebanyakkan dari kita bukan lah rare sangat pun. Yang bermaksud tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian.
At the end of the day biarpun ia mengenai isu Covid atau apa isu sekali pun, ia berbalik pada attitude dan cara kita berfikir towards the problem that we are dealing with. Saya bersyukur di dalam tempoh PKP 2.0 ini saya dapat ruang untuk kembali menulis dan bertegur sapa di dalam blog melalui penulisan ini. Dapatlah saya menjelaskan sedikit sebanyak kepada semua apa persediaan mental dan fizikal yang diperlukan bagi para calon yang sedang dalam proses mendapatkan lesen memandu norma baharu.
Begitu sibuknya saya dengan jadual yang padat setiap hari bagi memastikan semua calon yang mendaftar dengan kami supaya tidak ada seorang pun yang tercicir, nah hasilnya blog saya bersawang 😁. Tiada masa langsung untuk menulis sebelum ini.
Jadi saya gunakan waktu PKP ini untuk masih bekerja secara effisyen di rumah saja. Baiklah shall we start? (rupanya baru intro yang panjang-panjang tadi)
Siapa yang ambil lesen motor? Angkat tangan.
Awak, ya awak.
Awak ambil lesen motorsikal tak kira B2 atau big bike (B)...
Kalian always fikir L valid for 2 years always got much time... sedangkan proses mengambil lesen kini semakin sukar. Tempoh masa diperlukan lebih lama berbanding 10-15 tahun dahulu. Sebelum isu Covid lagi. Ini terjadi kerana banyak faktor selain peningkatan jumlah pendaftaran, syllibus pembelajaran juga lebih efektif dengan penambahan masa jam belajar bertujuan meningkatkan kemahiran penunggang sekaligus mensasarkan pengurangan kadar kemalangan.
Bila saya renung-renungkan, perubahan ini termaktub kepada semua jenis lesen memandu dari kenderaan ringan seperti motosikal hingga kenderaan jenis jentera berat. Semuanya mengalami perubahan yang begitu ketara. Peningkatan jumlah kenderaan di atas jalan raya setiap tahun, harga kenderaan mampu milik dan kemudahan pinjaman kenderaan oleh pihak bank atau agensi lain begitu mudah sekarang ni. Semua sekali telah di ambil kira oleh pihak berwajib JPJ terutamanya, untuk mengeluarkan set sistem pembelajaran pemanduan yang baharu bagi calon yang mengambil lesen kenderaan kini. Dan dari pengalaman saya pihak JPJ akan terus melakukan pembaharuan dari semasa ke semasa.
Tahun 2020 yang lalu, satu lagi pembaharuan untuk kita semua. Satu dunia in fact.
Itulah COVID19. Boleh ke kita lari? Tak, kannnn...?
SO, WE ADAPT :
- GUNA FACE MASK SEMASA CLASS.
- SCAN QR CODE. Saya malas Cikgu. Ok nanti JPJ buat spotcheck awak bayar denda 1k ye.
- HAND SANITISED.
- SOCIAL DISTANCING. Dalam kereta nak jarak macam mana Cikgu?
- SELF AWARENESS. Terasa nak demam, sakit tekak, selesema, badan tak sihat jangan datang belajar. Pergi jumpa Doktor dulu.
- ONLINE PAYMENT.
- FOCUS IN CLASS. Saya banyak benda nak tanya cikgu ni. Ok, whatap/email/call. Direct conversation yang penting saja. Banyak bukak mulut banyak la kuman masuk dalam mulut. Itu point pakai mask tutup mulut kan?
Jumpa lagi di post akan datang.
No comments:
Post a Comment