Adakah anda telah memiliki lesen memandu kereta tetapi masih tidak boleh memandu kerana faktor-faktor tertentu?
Jangan bimbang. Kini anda boleh memandu semula dengan mengikuti 'Kelas Memandu Semula' atau yang dipanggil 'refresher' khusus untuk mereka yang sudah lama tidak memandu, fobia (ketakutan melampau) untuk memandu atau tidak yakin untuk memandu lagi.
Kami menyediakan seorang guru wanita yang berkemahiran dalam mengendalikan pelbagai permasalahan calon memandu selama 15 tahun pengalaman di dalam bidang ini. Dengan usaha dari pihak puan-puan dan tuan-tuan sekalian bersama tenaga pengajar yang bersedia membantu di sini. Insyaallah objektif untuk memandu semula akan menjadi kenyataan.
Pelan pembelajaran bagi Kelas Memandu Semula adalah mengikut keberanian dan kecekapan calon mengendalikan kereta dengan selamat. Tempoh masa yang disyorkan ialah minima 2 jam kelas memandu. Di mana anda boleh menggunakan kereta sendiri atau menggunakan kereta pihak kami iaitu kereta Axia.
Berikut adalah harga Kelas Memandu Semula :
1 jam = RM 70.00 menggunakan kereta kami (Axia Auto)
1 jam = RM 60.00 menggunakan kereta kami (Axia Manual)
1 jam = RM 60.00 menggunakan kereta kami (Axia Manual)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete