Pada suatu hari, seseorang telah menelefon ke pejabat kami. Saya memanggilnya Encik B.
Encik B : Hai, Assalamualaikum.
Kami : Hai, Waalaikumussalam. Ya, ada apa-apa saya boleh bantu?
Encik B : Ini Belajar Memandu PJ?
Kami : Iya betul.
Encik B : Saya nak bertanya ni. Apa benda CDL,PDL dan LDL tu...
Kami : Oh... begini, CDL tu ialah Lesen Memandu Kompeten. Lesen penuh tu lah encik. Yang kita pegang selepas dapat lesen P selama 2 tahun tu..
Encik B : Lesen Memandu Kompeten? Habis tu kenapa CDL?? Kenapa bukan LMK?
Kami : 😅 [jemm sekejap]
Encik B : Lepas itu yang GDL, PSV, SENDI, KEJUR tu apa pulak ??
Kami : Oh, macam ini encik biar saya terangkan.
(Perbualan berakhir selama 45 minit 😆)
Encik B : Sekarang baru saya faham semua shortforms ni...
Kami : Jadi Encik B berminat untuk ambil lesen yang mana satu?
Encik B : Saya tak mahu ambil apa-apa lesen pun. Saya nak tanya sahaja.
Kami : Baik encik 😁
..............................
Lain padang lain belalang
Lain orang lain ragamnya
Mujurlah ada Encik B yang menelefon ke pejabat kami. Maka itulah saya tahu masih ada orang awam di luar sana yang keliru dengan singkatan- singkatan yang juga popular di dalam set ujian komputer JPJ ini.
Jadi, mari kita sama2 lihat apakah makna disebalik semua shortforms ini :
LDL - Lesen Belajar Memandu
PDL - Lesen Memandu Percubaan
CDL - Lesen Memandu Kompeten
GDL - Goods Driving License
PSV - Public Services Vehicle
IDP - International Driving Permit
RPK - Rutin Pemeriksaan Kenderaan
RSM - Rutin Sebelum Memandu
CITO - Cermin,Isyarat,Titik buta,Olah Gerak
PTP - Pelan Tindakan Pemanduan
POWDER - Panduan Pemeriksaan Komponen
KEJARA - Sistem Keselamatan Jalan Raya
*sila klik untuk link-link berkaitan
No comments:
Post a Comment