Assalamualaikum
And Helloo...
Oh! 2019 sudah pun memasuki bulan ke-empat iaitu bulan April bagi tahun ini.
Sekarang ialah tempoh masa yang sangat sesuai bagi anak-anak muda dan pelajar sekolah yang menunggu untuk memasuki ke IPT pilihan masing2 untuk belajar memandu kereta dan motor.
Di mana-mana sekolah memandu sekarang ini penuh dengan pendaftaran dari anak-anak muda lepasan SPM,STPM atau yang sedang bercuti semester.
Di tempat kami juga, jadual belajar memandu, jadual ceramah, jadual peperiksaan dan jadual QTI semakin sibuk.
Hampir semua dari kita mengejar waktu. Dengan harapan kita memiliki lesen yang sah pada waktu yang kita harapkan.
Namun, dengan pelbagai cabaran dan rintangan akhirnya kita dapat memiliki lesen kenderaan sendiri dengan sabar dan toleransi dengan banyak pihak.
Seperti yang kita tahu, proses untuk mendapatkan lesen pada masa kini tidak semudah 10-20 tahun yang lalu. Banyak pembaharuan dan pembaikan yang dilakukan oleh pihak berkuasa khususnya JPJ seiring dengan peningkatan bilangan kenderaan, bilangan kemalangan, bilangan calon dan banyak faktor lagi.
Maka kami sebagai 'service provider' turut sama perlu akur dengan syarat2 dan garis panduan yang disediakan oleh pihak berkuasa.
Selama 17 tahun dalam bidang ini, pengalaman saya bermula sebagai guru memandu pada usia yang muda. Pada masa itu kebanyakkan guru memandu rata-rata berusia 40 tahun ke atas. Saya pula baru tamat pengajian di universiti.
Kerana minat dalam bidang education[my own definition 😀) saya teruskan kerjaya sebagai guru memandu.
Masih ingat lagi... calon pertama saya ialah seorang budak lelaki. Saya telah mengajar beliau selama hampir 2 bulan hingga ke akhir. Setelah selesai hingga lulus ujian JPJ,... saya di datangi oleh seorang perempuan di pertengahan usia, beliau mendaftarkan anak lelakinya dengan saya. Rupanya calon yang baru mendaftar ini ialah adik kepada calon yang telah lulus pada hari yang sama. Barulah saya tahu mereka ini adik beradik. Selepas beberapa lama adik bongsu mereka pula datang mendaftar.
Begitulah cara perniagaan saya berkembang. Kebanyakkannya 'from mouth to mouth'. Dari recommendation mulut ke mulut. Dari jiran kepada jiran, dari rakan sekerja kepada rakan sekerjanya, dari keluarga ke kaum keluarga yang lain, dari anak pertama hingga anak kelima belajar dengan kami juga ☺.
Sekarang sudah ada internet, sudah ada kemudahan capaian maklumat di mana-mana2.. contoh nya blog ini.
17 tahun berlalu dengan penuh pengisian.
17 tahun yang lalu saya mengajar di Asia Jaya, Petaling Jaya. Hingga kini saya masih mengajar di tempat yang sama di sini.
Kini saya dibantu oleh beberapa tenaga pengajar yang lain dan kami membuka pejabat untuk urusan pendaftaran di Petaling Jaya. Pelajar-pelajar datang dari seluruh Klang Valley.
Saya sendiri dan seluruh anggota kerja di bawah SAFE DRIVE PJ ingin mengucapkan seribu penghargaan terima kasih kepada semua yang percaya kepada servis kami.
Terima kasih kerana berusaha bersama-sama kami untuk saling memahami proses-proses yang diperlukan sepanjang pembelajaran pemanduan ini.
Terima kasih atas sokongan dari pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan agama yang pernah menerima servis kami dan memperkenalkan kami kepada rakan-rakan yang lain.
Visi kami hanya satu :
MELAHIRKAN PEMANDU BERHEMAH DI JALAN RAYA.
Kerana, nyawa kita bernilai.
No comments:
Post a Comment