Saturday 9 December 2017

SIKAP PEMANDU DAN CARA PEMANDUAN

Assalamualaikum Salam Maulidurrasul..

Musim cuti sekolah ini jalan raya penuh dengan kenderaan, pasar raya juga sesak, membeli coconut shake juga kena beratur, hendak membeli baju sekolah anak pun sering kehabisan size.
Sebagai manusia biasa apabila kita berhadapan dengan begitu banyak perkara dalam satu-satu masa sememangnya memenatkan. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk menguruskan kerja harian menuntut kita agar terus fokus semasa pemanduan di jalan raya.

Begitupun, mengawal emosi dengan baik semasa memulakan pemanduan bukanlah agenda utama kebanyakkan pemandu dan pengguna di jalan raya. Malah ketika memandu kita meluahkan perasaan yang marah dan kekecewaan terhadap rakan sekerja di pejabat, menghamburkan perasaan tidak puas hati atau menghempas perasaan kecewa kita kepada seseorang. Tanpa sedar rupanya kita telah melepaskan semua emosi negatif ketika sedang memandu di atas jalan raya. Habis semua kenderaan di hadapan kita marah dgn penuh emosi. Semua kenderaan kita tak puas hati. Baik si kancil, baik si kenari, baik dak almira, dak ford, dak city, abg lori, mat motor habis semua kita leterkan. Yang terhegeh2 keluar parking, yang salah lorong, yang tak bagi signal, yang lambat bagi signal, .. kita boleh pin point kan setiap kesalahan mereka. KERANA KITA YANG PALING BETUL.
Tapi yang kita bawa kereta macam orang hilang arah dan tak keruan itu, ada tak sesiapa bagitau kita?

Tahun 2017 semakin meninggalkan kita. Welcome 2018!!
Malaysia terus maju dengan infrastruktur yang berlingkar-lingkar pembangunannya. Kini LRT dan MRT berada di mana-mana. Sky bridge, cross bridge, tunnel, longest bridge... semuanya kita telah milikinya di Malaysia ini. Semuanya maju dan moden. Cuma yang masih tinggal untuk dimajukan ialah pemikiran kita. Ini kerana masih lagi ada mereka yang gemar memberi stigma (anggapan) terhadap kumpulan-kumpulan pemandu tertentu.

Antara stigma-stigma yang kita berikan kepada pengguna jalan raya yang lain ialah :

1) Lady Driver
- Mereka ini tidak tahu memandu dengan betul. Slow!

2) Lory Driver
- Mereka ini ganas dan tidak peduli akan kenderaan lain. Reckless driver!

3) Mat Motor
- Mereka ini hanya tahu nak berlumba sesama sendiri. Unethical!

4) Mat Kereta Mewah
- Mereka ini dikatakan berlagak dan tidak takut kepada undang-undang. Selfish!


Benarkah?
Tanpa kita sedari dengan 'pelekat-pelekat dahi' yang kita tampalkan pada golongan-golongan ini secara tidak langsung akan memberi tindak balas kepada tindakan yang akan kita ambil semasa kita memandu.
Sebagai contoh, Lady Driver tadi yang kita anggapkan tidak tahu memandu dengan betul. Maka dengan garangnya kita memintas keretanya dengan deruman enjin yang cukup kuat. Kerana terkejut dengan tindakan kita, beliau telah terlanggar seorang penunggang motosikal yang lain.

Contoh lain lagi, golongan Lory Driver. Kita menganggap mereka ini ganas dan tidak peduli. Maka semasa kita memandu dekat dengan sebuah lori, kita memintas dengan laju kerana takut dihalang oleh lori tersebut. Lori itu pula tidak sempat menekan brek kerana brek lori adalah brek angin. Ia memerlukan lebih masa untuk lori memperlahankan kenderaannya daripada kenderaan biasa. Akibatnya.....berlaku kemalangan yang sangat tragis disebabkan tindakan 'kecil' yang kita ambil.

Oleh itu adalah sangat penting untuk kita educate diri sendiri setiap kali kita akan memulakan pemanduan. Berfikirlah dengan jelas dan berupaya membayangkan apa yang akan berlaku sekiranya kita bersikap semata-mata tidak mahu mengalah semasa berada di jalan raya.

Kita sedia maklum sebuah bas yang panjang atau lori yang besar tentu akan mengalami impak yang besar sekiranya berlaku kemalangan walaupun dengan hanya sedikit pergeseran.
Apakah tindakan yang boleh diambil untuk mengelakkan kemalangan yang melibatkan kenderaan besar seperti lori dan bas ??

1) Pastikan jarak kenderaan yang selamat. Lebih jauh lebih selamat.
2) Beri masa dan laluan kepada lori/bas yang akan/sedang memotong
3) Sentiasa amalkan Peraturan Memotong 12 saat
4) Jangan memperlahankan kenderaan sekiranya lori/bas betul-betul berada di belakang kenderaan anda.
6) Kerap melihat cermin pandang belakang dan cermin sisi untuk memastikan kenderaan kita berada jauh dari jangkaan bahaya
5) Alert kepada kenderaan atau jentera berat yang berada bersama anda ketika di jalan raya.
Sekiranya anda alert maka secara automatisnya anda akan amalkan langkah-langkah di atas.

BE SAFE GUYS!