Wednesday 17 October 2018

Harga Lesen Kenderaan Terkini !!!

Assalamualaikum to all.

Kita nak update jadual harga terkini yang sangat berbaloi-baloi.
Check it out below :


OK macam mana kita nak tengok jadual harga ni..???

Ada banyak harga, ada banyak jenis. Ada single price ada package price.
Pertama sekali, sekarang kita dah pun tahu lesen kereta telah wujud lesen kereta automatik untuk mereka yang rasa sangat tak confident untuk membawa kereta manual. Memang senang pun guna kereta automatik. In fact sekarang ni nak jumpa kereta manual pun dah susah. Sesuai lah dengan kehidupan di bandar yang traffic jamed ada di mana-mana.

Tapi awas, bagi mereka yang ada cita-cita untuk mengambil lesen GDL di masa akan datang. Mana lah kita nak tahu kadang-kadang hari ini rasa macam nak jadi supervisor di mall atau di kilang. Tiba-tiba satu hari kita rasa nak jadi pemandu lori syarikat besar pulak. Trip lagi banyak gaji lagi besar. Pada masa tu lesen automatik tak lakuuuuu ye adik kakak sekelian sebagai syarat kelayakkan ambil lesen GDL. Kena jugak ada lesen manual (D) baru layak ntuk ambil lesen GDL.

Jadi pada sesiapa yang dah ada lesen automatik tu kena lah ambil semula lesen manual. Duduki balik ujian komputer, ujian JPJ dan sebagainya from scratch hingga lulus dapat lesen manual. 

Maka, apa yang kita nak bagitau disini ialah....semasa pemilihan pengambilan lesen kenderaan manual atau atutomatik fikirlah semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.

OK, so....adakah anda belum memiliki lesen? Nak ambil lesen kereta?
Dah boleh bawak kereta atau tak tahu langsung?

Bagi yang dah boleh bawa kereta manual , maybe mak ayah dah ajar kat rumah. So korang boleh ambil harga :

            Lesen manual (basic driving) = RM1150 sahaja
sebab? 
korang dah boleh drive. So 10 jam dah cukup untuk mereka yang dah boleh driving. Jadi semasa kelas belajar nanti cikgu akan tekankan peraturan yang calon kena ikut semasa ujian JPJ nanti dan syllibus yang akan diuji oleh pegawai JPJ. Dan....menjaga 'pantang larang' iaitu kebiasaan yang pemandu kereta selalu buat seperti :

menyilang tangan semasa membawa kereta sewaktu memusingkan stereng = adalah HARAM ye semasa kita diuji oleh JPJ nanti. Harap maklum.


SO same goes to lesen kereta automatik contohnya. Agak-agak memang tak reti bawak kereta langsung, then ambil lah option 16 jam :

Lesen automatik = RM1798 sahaja
sebab? 
korang kan tak reti bawak kereta. Jadi latihan belajar memandu perlulah lebih masa.

Bagi yang berminat dengan lesen motosikal SAHAJA..motor kecil RM699 dan lesen motor besar (motobike) RM1199 (Tiada dalam jadual). Untuk yang nak ambil lesen motor dan kereta sekali harung adalah lebih jimat dengan harga dalam jadual di atas mengikut jam belajar kereta yang mana yang korang pilik ok? Jadi anda boleh buat pilihan dari jadual di atas mengikut keperluan masing-masing.

Apa-apa pertanyaan boleh hubungi Cikgu Nurul 019-3878009.