Wednesday 27 May 2015

TENTANG KAMI

Kami ialah sebuah syarikat latihan memandu 100% bumiputera. Berpengalaman lebih daripada 12 tahun dalam bidang perkhidmatan pembelajaran pemanduan. Menyediakan tenaga pengajar lelaki dan perempuan yang terlatih, berpengalaman dan berpengetahuan tinggi di dalam bidang ini.

Kami bukan sekadar mengajar calon-calon yang ingin mengambil lesen kenderaan, kami juga menyediakan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan dan penyediaan insurans bermotor. Kami mengalu-alukan setiap pendaftaran baru atau tambah kelas lesen, sila berkunjung ke pejabat Safe Drive Enterprise   ( waze belajarmemandupj ) untuk maklumat lanjut. Semua informasi untuk menghubungi kami terletak dalam blog kami.

Kami amat komited mengendalikan latihan pemanduan yang paling baik bersesuaian dengan saranan kerajaan dalam menuju matlamat kemalangan sifar dan menurunkan statistik kemalangan jalan raya di negara kita. Bersama Kita Pandu Cekap dan Berhemah Tinggi.