Tuesday 31 March 2015

FORMULA PARKING


1. Rapat kiri lurus, selarikan tiang nombor dengan bahu.
2. Pusing habis kiri, reverse hingga punggung kereta selari dengan penjuru petak parking cermin sisi kanan.
3. Pusing 2 kali kanan, reverse hingga tayar menyentuh gariss putus-putus.
4. Pusing habis ke kanan, reverse dan hati-hati lihat cermin sisi kiri dan belakang. Jangan langgar petak parking.
5. Gear 1, pusing habis kiri maju ke depan luruskan kereta dalam petak parking.
6. Pusing dua kali kanan luruskan tayar.
7. Angkat tangan.
8. Pusing habis ke kiri, reverse dan hati-hati.
9. Pusing habis ke kanan CITO, keluar petak parking hati-hati

RUTIN SEBELUM / SEMASA MEMANDU (RSM) & RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK)



  1. Masuk duduk, memastikan brek tangan ditarik.
  2. Melaraskan tempat duduk.
  3. Menentukan kedudukan tangan pada stereng.
  4. Melaraskan cermin pandang belakang dan sisi.
  5. Memastikan semua petunjuk pada instrument panel meter berfungsi dengan baik.
  • Tolok bahan bakar (meter petrol)
  • Tolok suhu enjin (temperature meter)
  • Lampu amaran handbrake
  • Lampu amaran tekanan minyak enjin
  • Lampu amaran bateri
  1. Memastikan gear bebas 
  2. Start enjin dengan tekan brek/clutch 
  3. Memastikan peralatan berfungsi dengan baik
  • Lampu isyarat (signal)
  • Lampu hadapan rendah, tinggi, beam
  • Horn
  • Hazard light
  • RPM Takometer
  1. Pakai tali pinggang keledar  *sebelum pakai tali pinggang keledar dulu untuk memastikan tali pinggang berfungsi dengan baik.

RSM - CITO

C - Cermin / Mirror
I - Isyarat / Signal (Indicator)
T - Titik buta / Blinspot
O - Olahgerak / Manover


P - Petrol
O - Oil
W - Water
D - Damage
E - Electrical
R - Rubber