Sunday 9 December 2018

UNDANG-UNDANG ATAU KEMANUSIAAN



   
  


Tentu anda telah melihat video ini. 

Video yang berdurasi 2 minit ini akan mengejutkan sesiapa sahaja yang menontonnya. Sayu hati kita melihat sebuah keluarga yang saling berpegangan tangan akhirnya dalam sekelip mata dipisahkan oleh tragedi yang menyayat hati.

Jika di adili video ini, itu bukanlah tempat untuk pejalan kaki berjalan kaki. Nyata sekali ia sebuah jalan raya yang lebar. Yang bermaksud semua kereta di dalam had laju yang tertentu.

Tidak sepatutnya terdapat pedestrian di situ. But it happened. And they were there. Kemudian lalu sebuah kereta dan melanggar habis semua pejalan kaki tersebut.

Pemandu berada di jalan yg betul. Pedestrian tidak berada di tempat yang betul.

Pemandu dikatakan menggunakan telefon bimbit semasa memandu hingga tidak perasan akan sekumpulan manusia di tepi jalan tersebut, lalu telah memandu lurus di lorong beliau dan telah melanggar dan menyeret kumpulan manusia tersebut.

What are you going to say about this???

Adakah ia tidak disengajakan?
Ya.
Adakah pemandu itu salah?
Ya. Kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu adalah salah di sisi undang- undang.

Semua orang mampu menjawab persoalan mudah ini. Tapi adakah kita mampu mengubah sikap kita?

Technology were supposed to help people. To make the world better place to live. Not to be  one 'selfish'.

Please educate ourselves guys. Cheers~




TITIK BUTA



Beri masa pada titik buta.

Orang yang berpengalaman memandu pun masih mengalami situasi titik buta ini. Apatah lagi bagi mereka yang baru setahun jagung memandu.

Jangan buat hal! Buruk padahnya.

Apabila ingin memotong atau menukar lorong , anda akan melihat cermin sisi dan cermin pandang belakang bukan? Setelah laluan clear, maka anda bergerak untuk memotong atau pindah lorong. Tiba-tiba sebaik sahaja anda ingin bergerak ke laluan tersebut, lalu sebuah kenderaan betul-betul berada di sisi kereta anda. Nyaris tak berlanggar!  detik hati kita. Padahal sebentar tadi anda telah lihat tiada kenderaan yang akan menghalang laluan anda melalui cermin sisi dan cermin pandang belakang. Terus kita melepas nafas lega dan syukur tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Mengapakah situasi ini berlaku?
Inilah situasi titik buta. Di dalam buku teks titik buta diistilahkan sebagai :

TITIK BUTA ADALAH DUA KAWASAN DI KIRI KANAN KENDERAAN YANG TERLINDUNG DARIPADA PANDANGAN MATA PEMANDU KENDERAAN. IA JUGA TERLINDUNG DARI PENGLIHATAN SECARA TERUS ATAU MELALUI PANDANGAN CERMIN SISI DAN CERMIN PANDANG BELAKANG.

Sebuah kereta pun boleh tidak dilihat oleh cermin pada titik buta, apatah lagi untuk sebuah motosikal yg bersifat kecil,laju dan ringan.

Oleh itu sgt penting untuk kita memberikan beberapa saat pada titik buta sebelum bertukar lorong .  Jika dalam istilah pemanduan berhemah kita mengamalkan CITO ( cermin ,isyarat, titik buta, olehgerak) namun istilah mudah untuk kita senang faham  titik buta tu ( TOLEH ) iaitu memusingkan kepala ke kiri atau ke kanan untuk melihat apa yang tidak dapat dilihat dari cermin sisi dan cermin pandang belakang jika terdapat sebarang kenderaan di kawasan ini.

Please apply it in your daily driving routine. 
You will not regret this. 
Unless you don't. 
You might regret it.

Happy driving everyone~