Monday 9 July 2018

Jaga Jarak Jaga Jarak Jaga Jarak

Kenapa kita kena jaga jarak?
Kenapa jaga jarak itu penting?
Benarkah jarak yang selamat dapat mengelak daripada kemalangan?

Jika menjaga jarak ini tidak penting, tentulah syllibus ini tiada dalam sukatan pelajaran di dalam kelas latihan memandu. Tajuk syllabus itu ialah Peraturan Jarak.

JARAK MENGEKORI
Jarak diantara kenderaan yang dipandu dengan kenderaan yang berada di hadapan di panggil jarak mengekori.
Peraturan yang paling selamat diamalkan semasa mengekori sesebuah kenderaan adalah dengan tidak mengekori terlalu rapat dengan kenderaan yang berada di hadapan.
Semua kenderaan memerlukan masa dan jarak untuk berhenti. Oleh itu jumlah jarak berhenti adalah jarak yang diambil dari mula bertindak untuk berhenti dan jarak mula membrek untuk berhenti.

KAEDAH 2 SAAT
Bagi mengelakkan kemalangan sewaktu mengekori kenderaan di hadapan, satu kaedah yang dikenali sebagai Kaedah 2 saat boleh diamalkan.

Kaedah untuk mengamalkan adalah seprti berikut :
- lihat kepada kenderaan yang sedang bergerak di hadapan
- pilih satu objek yang tidak bergerak seperti tiang lampu
- sebaik sahaja kenderaan di hadapan melintas tiang lampu,mulakan mengira dengan 'SATU RIBU SATU, SATU RIBU DUA'
(masa yang diambil untuk menyebut perkataan di atas adalah lebih kurang menyamai masa dua saat)

Sekiranya sebutan satu ribu satu,satu ribu dua belum habis dikira, sedangkan pada masa itu kenderaan yang sedang anda pandu itu sudah melepasi tiang lampu, ini menunjukkan jarak mengekori adalah terlalu rapat. Tindakan mengurangkan kelajuan hendaklah diambil supaya dapat menjauhkan jarak mengekori dengan kenderaan di hadapan.

JARAK MEMBREK
Jarak yang diambil untuk memberhenti daripada mula pedal brek ditekan.
Jarak berhenti bagi kenderaan yang menggunakan brek angin (cth: lori) memerlukan masa yang lebih lama dan jarak berhenti yang lebih jauh jika dibandingkan dengan kenderaan yang menggunakan brek hydraulic.

Kesimpulannya, lebih laju kenderaan yang dipandu, lebih jauh jarak yang diperlukan untuk memberhentikan sesebuah kenderaan.