Friday 18 August 2017

ERTI MERDEKA ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sempena Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos 2017 nanti, tentu ramailah yang akan mencari erti kemerdekaan bagi konteks yang berbeza-beza. Di kedai-kedai pula telah mula berkibar bendera Malaysia bagi meraikan hari yang penuh bersejarah dan penuh emosi sambutan yang dilakukan pada tahun 1957 yang lalu. Hanya mereka yang bejuang, hanya mereka yang melakukan pengorbanan dapat merasai keperitan dan kepayahan dalam membebaskan negara kita dari belenggu penjajahan bangsa luar terhadap Malaya (pada ketika itu). Mereka itulah pahlawan bangsa, mereka itulah pemimpin bertauladan dan mereka itulah rakyat yang setia.

Kini,  setelah 60 tahun kita bebas membentuk pemikiran dan haluan kita sendiri. Adakah kita benar-benar menyedari hakikat kebebasan itu datang bersama satu tanggungjawab ? Setiap individu menggalas satu tanggungjawab. Tidak kira itukah orang melayu, atau orang cina atau india atau kaum-kaum yang lain nya. Kerana rakyat itu sendiri yang membawa keharmonian negaranya. Rakyat yang bertanggungjawab akan membentuk sistem. Itulah sistem pendidikan, sistem perumahan, sistem perniagaan dan lain-lain tidak terkecuali sistem jalan raya.

Saban tahun kita meraikan 31 Ogos. Kita melihat kalendar untuk mengetahui pada hari apakah 31 Ogos bakal jatuh pada... agar mudah kita merancang percutian, merancang kenduri, merancang aktiviti, merancang ke luar negara dan sebagainya. Tidak ada salahnya. Tetapi jangan lupa kemerdekaan yang harus disantuni terlebih dahulu ialah bermula dari diri kita sendiri adakah telah kita laksanakan? Adakah kita telah memastikan anak cucu kita, adik kakak kita, suami/isteri kita telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengguna jalan raya ?

Memastikan lesen memandu sentiasa dihidupkan adalah tanggungjawab individu.
Memastikan kita membawa kenderaan dengan kelas-kelas lesen memandu mengikut kenderaan yang dipandu adalah tanggungjawab individu.
Memastikan lesen kenderaan yang diperolehi adalah sah disisi undang-undang adalah tanggungjawab individu
Memastikan tiada denda, penalti atau saman dari pihak berkuasa semasa menggunakan jalan raya adalah tanguungjawab individu.

KESEMUA DI ATAS ADALAH TANGGUNGJAWAB SETIAP INDIVIDU ITU SENDIRI.
KITA BEBAS MENENTUKAN DESTINASI YANG DITUJUI  TETAPI TANPA TANGGUNGJAWAB, KITA MASIH BELUM MERDEKA

Seperti mana kemerdekaan negara kita diperjuangkan bukan dalam masa sehari. Begitu juga kita sendiri tidak mudah dalam memperjuangkan sesuatu. Pengorbanan masa kini dari segi masa, wang ringgit dan keringat adalah faktor utama untuk menjadi seorang individu yang bertanggung jawab. Namun kita telah aman pada hari ini. Kita jauh lebih bertuah dari negara lain yang bergolak, kita bertuah kerana anak-anak kita bebas bermain tanpa risau dibedil bom pihak musuh. Kita bebas makan semahunya apabila dalam masa yang sama ada insan-insan kecil yang berebutkan sekeping roti keras lagi kotor di jalanan. Kita bertuah negara ini subur dan hijau dengan hujan dan panas yang berganti-ganti apabila ada insan lain yang mati kekeringan dan kehausan tanpa air.

Maka apa yang kita perjuangkan ?
Pengorbanan itu tidak diukur besar kecilnya. Tetapi nilainya.
Masa, wang dan keringat menjadi faktor kesulitan di dalam pengorbanan kita. Adakah ia benar?
Atau sebenarnya ia adalah kerana ATTITUDE ??

..........................................................................................................................................................

Kami mengucapkan  'Selamat Hari Merdeka Yang ke 60'
Sila berhati-hati memandu di jalan raya. Semoga selamat sampai ke desrinasi ditujui.

Ikhlas dari semua warga kerja Safe Drive Enterprise
Safe Live & Drive Smart
Love,
Cikgu Nurul, Cikgu Efa, Cikgu Rahmat & Aishah




Friday 11 August 2017

APA KELAYAKKAN UNTUK MENDAPAT LESEN MEMANDU GDL dan PSV ??

Assalamualaikum abang-abang, kakak-kakak...


Tahun 2017 ini kami menyaksikan begitu ramai yang mendaftar untuk lesen Kelas E, PSV dan GDL. Seronok mendengar antara mereka ada yang akan membawa muatan jualan telur, berniaga selipar, jual bawang, food truck dan pelbagai lagi.
Namun dari sesi pertanyaan dan persoalan sebelum pendaftaran dibuat, ramai lagi yang masih keliru akan peraturan yang ditetapkan dalam proses pengambilan lesen-lesen ini.

SYARAT PERMOHONAN LESEN VOKASIONAL INI (PSV & GDL)
  1. Mempunyai lesen memandu D-CDL
  2. Berumur 21 tahun ke atas.
  3. Sihat tubuh badan yang disah kan oleh doctor melalui pemeriksaan kesihatan (medical check-up). Perlu isi borang JPJ L8A ini dan perlu ditandatangan dan cop oleh doctor yang memeriksa kita di 3 bahagian di dalam borang ini. WAJIB. Boleh download borang JPJ L8A di sini.
  4. Warganegara Malaysia dan penduduk tetap.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

  1. Borang medical
  2. Resit bayaran Klinik/Hospital( original)
  3. Salinan kad pengenalan
  4. Salinan lesen sedia ada

Nota : kos rawatan pemeriksaan hendaklah dibayar sendiri oleh calon direct kepada klinik/hospital berkenaan


Antara soalan-soalan dan pertanyaan yang kami terima....

Kes 1 :Abang Prime Mover
'Saya HANYA mempunyai lesen kereta *(D-CDL) sahaja. Di masa akan datang saya dikehendakki untuk membawa lori jenis 'prime mover'. Bolehkah saya memohon untuk mendapatkan Lesen GDL -(bersendi) untuk tujuan tersebut?

Jawapan : PERTAMA, anda mesti memohon kelas lesen E terlebih dahulu. Selepas memiliki lesen E anda boleh memohon lesen GDL sendi.

Kes 2 :Bakal Pemandu Berhemah Bas Persiaran
'Saya HANYA mempunyai lesen kereta *(D-CDL). Kini saya dikehendakki memandu bas persiaran. Bolehkah saya memohon Lesen PSV?

Jawapan : Boleh. Tetapi anda mesti  memohon lesen kelas E terlebih dahulu kerana bas persiaran mempunyai berat tanpa muatan melebihi 7500kg. Dan kemudian barulah boleh memohon untuk lesen PSV.

Nota :D-CDL - maknanya bukan lagi memegang lesen kategori (L) dan Percubaan (P)

                ............................................................................

Okay, sebelum semua orang pun pening dengan flow dan kelayakkan mengambil lesen lori,van, bas, teksi, traktor dan sebagainya ini. Marilah kita kenali dahulu jenis kenderaan ini tergolong di dalam  kategori lesen apa.. ??


GDL - Good's Driver License
             Maksudnya apa?
                  Maksudnya Lesen Kenderaan Barangan. (bawak BARANG shj)
                  Contohnya : Lori kargo, Lori tangki, Loader, Timber Jinker, Lori kontena, Lori
                  Minuman Botol, Lori Poe Type, Lori Refrigerated, Lori Sampah, Lori Simen Mixer,
                  Lori Membawa Kenderaan dan Lori Najis.

PSV - Public Services Vehicle
                Maksudnya Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam. (bawak MANUSIAAAAA shj)
                Contohnya : Teksi, kereta sewa, teksi mewah(limousine),bas berhenti-henti(jarak
                tambang tidak lebih 32km),bas ekspress, bas kilang, bas mini,bas persiaran, bas 
                sekolah, kenderaan pekerja.



Okay, faham tak sampai sini?
Yang kita bincang kat atas ni tadi ialah JENIS lesen, kan? Terdapat 2 jenis Lesen Vokasional iaitu GDL dan PSV , betul? 
OK betul.
Now kita nak bincang pulak pasal KELAS-KELAS lesen.

KELAS-KELAS LESEN SELAIN LESEN D,B2 DAN LAIN-LAIN ADALAH SEPERTI BERIKUT :
Kelas E - Motokar BTM melebihi 7500kg [KEJUR/SENDI]
Kelas E1- Motokar BTM tidak melebihi 7500kg
Kelas E2 - Motokar BTM tidak melebihi 5000kg
Kelas F - Jentera Bergerak Ringan (Beroda) BDM tidak melebihi 5000kg eg: forklift
Kelas G - Jentera Bergerak Ringan (Berantai) BTM melebihi 5000kg eg: steamroll
Kelas H - Jentera Bergerak Berat (beroda) BTM melalui 5000kg eg: traktor
Kelas I - Jentera Bergerak Berat (berantai) BTM melebihi 5000kg eg: escavator

Seperti yang kita dapat lihat di sini Berat Tanpa Muatan (BTM) sesebuah kenderaan dan jenis kenderaan adalah sangat penting untuk kita peka di sini. Di mana ia menentukan kelayakkan permohonan bagi lesen tambahan yang kita mahukan.

Perbezaan GDL [Kejur] & [Sendi]
Kejur ialah kenderaan yang kepala dan badan lori membawa 1 nombor plate yang sama
Sendi ialah kenderaan yang mempunyai nombor plate yang berbeza pada badan dan kepala lori.