Tuesday 17 October 2017

Lesen Memandu Kini

Industri pendidikan permotoran khususnya dalam proses pengambilan lesen kereta dan motor telah mengalami perubahan yang sangat besar sejak dari tahun 50-an hingga kini. Pada masa dulu sekolah memandu masih tidak wujud. Bermakna untuk mendapatkan lesen memandu, calon hanya perlu ke Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menjalani ujian pemanduan. Manakala latihan memandu hanya menggunakan kereta sesiapa yang mempunyai kenderaan pada ketika itu. Harganya pula cuma RM20.

Apabila jalan raya mula dipenuhi kereta dan kenderaan-kenderaan lain, kerajaan mula mengambil inisiatif untuk mewujudkan Sekolah Memandu yang bertujuan untuk melatih lebih ramai calon yang ingin mengambil lesen kenderaan. Hanya itu yang dilakukan oleh sekolah memandu pada ketika itu. Melatih dan mengajar calon untuk menggunakan kenderaan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ.

Kini peranan Sekolah Memandu telah mengalami perubahan sejajar dengan kepesatan ekonomi yang menuntut lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki lesen memandu. Sehingga ia tidak lagi merupakan kehendak tetapi keperluan bagi setiap orang. Seawal umur 16 tahun, pelajar sekolah telah memiliki lesen motor dan pada umur 17 tahun telah ramai yang mula mendaftar untuk lesen kereta.

Jadi sudah tentulah peranan Sekolah Memandu lebih besar daripada setakat mengajar dan melatih.
Sekolah memandu dilantik oleh pihak JPJ untuk melatih dan menyediakan fasiliti pusat latihan.
Di mana hanya melalui Sekolah Memandu, calon boleh mendapatkan lesen mereka. Orang awam tidak dibenarkan lagi membuat lesen secara 'direct' dengan JPJ. Sekolah Memandu kini membuat semua proses permohonan lesen memandu dari pendaftaran hinggalah ke proses ujian akhir bersama JPJ. Pihak JPJ hanya manjalankan sessi ujian dan meluluskan pemohon yang layak.


Modul Pembelajaran untuk lesen memandu kereta kini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :

i) KPP01
   Ceramah & Ujian undang-undang

ii) KPP02
     RPK & RSM (Mengenali kenderaan, komponen dan penyelenggaraan)

iii) KPP03
     Ujian litar
          - Ramp(auto), bukit, parking, 3 penjuru, S course, Z course
    Ujian Jalan Raya

>
>
>
>
Masih ada calon yang tidak faham apa itu KPP01, KPP02, KPP03, ?

Dalam erti kata lain Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) ini mempunyai 3 peringkat , iaitu daripada proses permulaaan seorang calon mendaftar hingga ke proses akhir untuk mendapatkan lesen memandu kenderaan.

Tempoh keseluruhan ialah lebih kurang 3 bulan.