Friday 18 August 2017

ERTI MERDEKA ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sempena Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos 2017 nanti, tentu ramailah yang akan mencari erti kemerdekaan bagi konteks yang berbeza-beza. Di kedai-kedai pula telah mula berkibar bendera Malaysia bagi meraikan hari yang penuh bersejarah dan penuh emosi sambutan yang dilakukan pada tahun 1957 yang lalu. Hanya mereka yang bejuang, hanya mereka yang melakukan pengorbanan dapat merasai keperitan dan kepayahan dalam membebaskan negara kita dari belenggu penjajahan bangsa luar terhadap Malaya (pada ketika itu). Mereka itulah pahlawan bangsa, mereka itulah pemimpin bertauladan dan mereka itulah rakyat yang setia.

Kini,  setelah 60 tahun kita bebas membentuk pemikiran dan haluan kita sendiri. Adakah kita benar-benar menyedari hakikat kebebasan itu datang bersama satu tanggungjawab ? Setiap individu menggalas satu tanggungjawab. Tidak kira itukah orang melayu, atau orang cina atau india atau kaum-kaum yang lain nya. Kerana rakyat itu sendiri yang membawa keharmonian negaranya. Rakyat yang bertanggungjawab akan membentuk sistem. Itulah sistem pendidikan, sistem perumahan, sistem perniagaan dan lain-lain tidak terkecuali sistem jalan raya.

Saban tahun kita meraikan 31 Ogos. Kita melihat kalendar untuk mengetahui pada hari apakah 31 Ogos bakal jatuh pada... agar mudah kita merancang percutian, merancang kenduri, merancang aktiviti, merancang ke luar negara dan sebagainya. Tidak ada salahnya. Tetapi jangan lupa kemerdekaan yang harus disantuni terlebih dahulu ialah bermula dari diri kita sendiri adakah telah kita laksanakan? Adakah kita telah memastikan anak cucu kita, adik kakak kita, suami/isteri kita telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengguna jalan raya ?

Memastikan lesen memandu sentiasa dihidupkan adalah tanggungjawab individu.
Memastikan kita membawa kenderaan dengan kelas-kelas lesen memandu mengikut kenderaan yang dipandu adalah tanggungjawab individu.
Memastikan lesen kenderaan yang diperolehi adalah sah disisi undang-undang adalah tanggungjawab individu
Memastikan tiada denda, penalti atau saman dari pihak berkuasa semasa menggunakan jalan raya adalah tanguungjawab individu.

KESEMUA DI ATAS ADALAH TANGGUNGJAWAB SETIAP INDIVIDU ITU SENDIRI.
KITA BEBAS MENENTUKAN DESTINASI YANG DITUJUI  TETAPI TANPA TANGGUNGJAWAB, KITA MASIH BELUM MERDEKA

Seperti mana kemerdekaan negara kita diperjuangkan bukan dalam masa sehari. Begitu juga kita sendiri tidak mudah dalam memperjuangkan sesuatu. Pengorbanan masa kini dari segi masa, wang ringgit dan keringat adalah faktor utama untuk menjadi seorang individu yang bertanggung jawab. Namun kita telah aman pada hari ini. Kita jauh lebih bertuah dari negara lain yang bergolak, kita bertuah kerana anak-anak kita bebas bermain tanpa risau dibedil bom pihak musuh. Kita bebas makan semahunya apabila dalam masa yang sama ada insan-insan kecil yang berebutkan sekeping roti keras lagi kotor di jalanan. Kita bertuah negara ini subur dan hijau dengan hujan dan panas yang berganti-ganti apabila ada insan lain yang mati kekeringan dan kehausan tanpa air.

Maka apa yang kita perjuangkan ?
Pengorbanan itu tidak diukur besar kecilnya. Tetapi nilainya.
Masa, wang dan keringat menjadi faktor kesulitan di dalam pengorbanan kita. Adakah ia benar?
Atau sebenarnya ia adalah kerana ATTITUDE ??

..........................................................................................................................................................

Kami mengucapkan  'Selamat Hari Merdeka Yang ke 60'
Sila berhati-hati memandu di jalan raya. Semoga selamat sampai ke desrinasi ditujui.

Ikhlas dari semua warga kerja Safe Drive Enterprise
Safe Live & Drive Smart
Love,
Cikgu Nurul, Cikgu Efa, Cikgu Rahmat & Aishah