Wednesday 1 August 2018

GO! GO! LADIES...!!!


Ha begituuuuuu tajuk hari ini.

Salam tabik, salam hormat,
Pada wanita-wanita di luar sana yang  berhati cekal berani memandu kenderaan-kenderaan besar dan jentera berat seperti scania, bas ekspress, lori kontena, etc... Kini lebih ramai wanita mengisi jawatan kosong sebagai pemandu kenderaan berat terlatih.
Oh sudah tentu mereka ini mempunya Lesen kelas E.

Tidak dinafikan permintaan untuk memiliki Lesen E oleh kaum wanita menunjukkan tahap peningkatan pada setiap tahun. Kini lebih ramai wanita memiliki Lesen E berbanding pada tahun-tahun sebelum ini.

Woman empowerment is now in every headline of articles, news paper, mission in organisations and had been discussed globally. Woman empowers by education, skills and confidence to secure a job, create a healthy lifestyle and regain a home for themselves and their children.

Secara automatis persekitaran 'woman-friendly' terwujud dengan sendirinya bersama kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti gerabak keretapi khusus untuk wanita, kemudahan parkir kenderaan khusus untuk wanita dan banyak lagi kemudahan yang disediakan oleh pihak-pihak swasta atau persendirian untuk menjamin lebih keselesaan dan jaminan keselamatan khusus untuk para wanita di luar sana.

Bagi kami yang terlibat secara langsung di dalam industri pengangkutan ini, tentulah kami amat gembira dengan perkembangan kemudahan pengangkutan yang disediakan khusus untuk wanita. 'Riding Pink' menyediakan perkhidmatan pengangkutan alternatif kepada wanita untuk menaiki kenderaan awam. Ia dipandu oleh wanita dan hanya menerima penumpang wanita sahaja. Maklumat lanjut di www.ridingpink.com

Bukan itu sahaja, hasil kerjasama 2 orang sahabat baik iaitu Jaspreet Kaur 35 dan Kirajeet Gill 37, telah menubuhkan sebuah perkhidmatan kemudahan pengangkutan untuk wanita sahaja yang diberi nama 'Ladys Only Riders & Drivers (L.O.R.D). Mereka menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke lapangan terbang dan juga ke destinasi jarak jauh seperti Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh and Kuantan. Maklumat lanjut sila ke aplikasi facebook milik mereka.