Thursday 2 May 2019

LESEN L MATI


Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.

Bulan puasa lagi 2 hariiiiiiii. 😊
Semua umat islam akan bermula puasa pada hari Isnin ini iaitu 6hb Mei 2019, insyaallah.


Kepada semua umat Islam, kami di Safe Drive mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan ucapan banyakkan bersabar di jalan raya ketika memandu 😀.


Maklum sajalah bila perut lapar, emosi lekas teruji. Tetapi itulah tujuan kita berpuasa. Kita bukan sahaja sepatutnya berasa lapar malah emosi kita memang sepatutnya cepat terganggu. Tetapi disinilah kita benar-benar diuji untuk terus beradab sopan, terus bersangka baik, terus bersabar dengan ucapan- ucapan(zikir) yang harus dilatih keluar dari mulut kita. 

Bercakap mengenai latihan. Di dalam bidang pembelajaran pemanduan kenderaan, aspek latihan berada di tingkat paling atas sekali. Dengan latihan kita mampu mengendalikan kenderaan dengan baik. Dengan latihan juga kita berupaya mengenal pasti bagaimanakah sesuatu kemalangan boleh terjadi. 

Skop latihan tersangatlah luas. Ini juga termasuk latihan memperbaharui Lesen Memandu, Lesen Cukai Jalan dan Lesen Insuran Kenderaan.

Pengalaman pertama bagi seseorang itu memperbaharui lesen ialah memperbaharui Lesen L yang dipegangnya sendiri. 


Pada awalnya seseorang memperolehi Lesen L ini selepas lulus ujian komputer, betul kan?
Setelah dapat Lesen L ini, dia melihat pada kad tersebut tertulis tempoh tamat Lesen L pada sekian-sekian waktu. Lalu dia menyimpannya di dalam dompet. Lesen L ini wajib bersama pemandu sepanjang latihan dan mesti di dalam tempoh sah laku. Tanpa lesen L ketika latihan JPJ bole  memberi saman serta merta  kepada calon belajar memandu. Sebahagian tugasan penguatkuasa JPJ adalah melakukan serbuan tergempar pada bila-bila masa sahaja. 

Tiba-tiba sewaktu dia datang menjalani latihan kereta, sebelum mula latihan cikgu memandu akan semak dahulu lesen L pelajar memandu. Dan pada masa itu dia tersedar bahawa Lesen L nya telah mati pada 2,3 hari yang lepas. Jadi cikgu memandu menyuruhnya pulang sahaja dan kelas dibatalkan. Dia menjadi marah. Lalu dia memarahi pihak sekolah memandu dan memarahi pihak cikgu kerana mereka tidak 'aware' dengan lesennya yang telah mati. Dan dia bersikap marah-marah kerana pihak lain tidak memperbaharui lesen untuknya.

Tidakkah anda merasa pelik?
Sendiri yang pegang lesen tetapi orang lain pula yang perlu ingatkan anda bila lesen anda akan mati?
Orang lain yang dipersalahkan?

Tahukah anda........
untuk memperbaharui Lesen L, anda perlu membawa Lesen L yang telah tamat ( yg anda pegang ) iaitu lesen L asal (original) ke  JPJ atau Pejabat Pos untuk diperbaharui?
Perbaharui di JPJ rm30 untuk 3bulan
Perbaharui di pejabat pos rm32 untuk 3bulan
Tapi yang paling penting mesti bawa lesen ASAL lesen L tersebut. Tidak boleh “renew” guna salinan lesen L.

Jadi adalah sukar untuk pihak lain memperbaharui nya untuk anda melainkan anda menyerahkan Lesen L itu lebih awal kepada pihak sekolah memandu. Sudah tentu ia memakan masa, ada caj tambahan dan ia akan mengganggu jadual kelas anda.

Adalah lebih baik jika anda sendiri membuat pembaharuan Lesen L itu di JPJ/pejabat pos berdekatan. Lebih cepat dan menjimatkan. Hanya rm30 sahaja. Jika dikhuatiri terlupa, kuncilah reminder pada telefon pintar masing- masing.

Terdapat banyak kes dimana calon tidak sedar akan Lesen L nya telah tamat pada hari dia menduduki ujian QTI( pre test). Maka ujian tersebut terpaksa di batalkan. Ini merugikan masa dan kos kerana jadual QTI selalunya telah penuh ditempah.

Mengambil tanggung jawab memperbaharui Lesen L anda sendiri adalah satu latihan yang sangat baik supaya di masa akan datang anda sentiasa 'aware' dengan tamat tempoh untuk apa jua jenis lesen yang terlibat untuk diperbaharui.






Wednesday 10 April 2019

SHORTFORMS





Pada suatu hari, seseorang telah menelefon ke pejabat kami. Saya memanggilnya Encik B.

Encik B : Hai, Assalamualaikum.
Kami     : Hai, Waalaikumussalam. Ya, ada apa-apa saya boleh bantu?
Encik B : Ini Belajar Memandu PJ?
Kami     : Iya betul.
Encik B : Saya nak bertanya ni. Apa benda  CDL,PDL dan LDL tu...
Kami     : Oh... begini, CDL tu ialah Lesen Memandu Kompeten. Lesen penuh tu lah encik. Yang kita pegang selepas dapat lesen P selama 2 tahun tu..
Encik B : Lesen Memandu Kompeten? Habis tu kenapa CDL?? Kenapa bukan LMK?
Kami      : 😅 [jemm sekejap]
Encik B : Lepas itu yang GDL, PSV, SENDI, KEJUR tu apa pulak ??
Kami     : Oh, macam ini encik biar saya terangkan.
(Perbualan berakhir selama 45 minit 😆)

Encik B : Sekarang baru saya faham semua shortforms ni...
Kami     : Jadi Encik B berminat untuk ambil lesen yang mana satu?
Encik B : Saya tak mahu ambil apa-apa lesen pun. Saya nak tanya sahaja.
Kami     : Baik encik 😁

..............................
Lain padang lain belalang
Lain orang lain ragamnya

Mujurlah ada Encik B yang menelefon ke pejabat kami. Maka itulah saya tahu masih ada orang awam di luar sana yang keliru dengan singkatan- singkatan yang juga popular di dalam set ujian komputer JPJ ini.

Jadi, mari kita sama2 lihat apakah makna disebalik semua shortforms ini :

LDL   - Lesen Belajar Memandu
PDL   - Lesen Memandu Percubaan
CDL   - Lesen Memandu Kompeten
GDL   - Goods Driving License
PSV    - Public Services Vehicle
IDP    - International Driving Permit
RPK    - Rutin Pemeriksaan Kenderaan
RSM   - Rutin Sebelum Memandu
CITO  - Cermin,Isyarat,Titik buta,Olah Gerak
PTP    - Pelan Tindakan Pemanduan
POWDER - Panduan Pemeriksaan Komponen
KEJARA - Sistem Keselamatan Jalan Raya


*sila klik untuk link-link berkaitan

TERIMA KASIH

Assalamualaikum
And Helloo...

Oh! 2019 sudah pun memasuki bulan ke-empat iaitu bulan April bagi tahun ini.
Sekarang ialah tempoh masa yang sangat sesuai bagi anak-anak muda dan pelajar sekolah yang menunggu untuk memasuki ke IPT pilihan masing2 untuk belajar memandu kereta dan motor.
Di mana-mana sekolah memandu sekarang ini penuh dengan pendaftaran dari anak-anak muda lepasan SPM,STPM atau yang sedang bercuti semester.
Di tempat kami juga, jadual belajar memandu, jadual ceramah, jadual peperiksaan dan jadual QTI semakin sibuk.

Hampir semua dari kita mengejar waktu. Dengan harapan kita memiliki lesen yang sah pada waktu yang kita harapkan.
Namun, dengan pelbagai cabaran dan rintangan akhirnya kita dapat memiliki lesen kenderaan sendiri dengan sabar dan toleransi dengan banyak pihak.
Seperti yang kita tahu, proses untuk mendapatkan lesen pada masa kini tidak semudah 10-20 tahun yang lalu. Banyak pembaharuan dan pembaikan yang dilakukan oleh pihak berkuasa khususnya JPJ seiring dengan peningkatan bilangan kenderaan, bilangan kemalangan, bilangan calon dan banyak faktor lagi.
Maka kami sebagai 'service provider' turut sama perlu akur dengan syarat2 dan garis panduan yang disediakan oleh pihak berkuasa.
Selama 17 tahun dalam bidang ini, pengalaman saya bermula sebagai guru memandu pada usia yang muda. Pada masa itu kebanyakkan guru memandu rata-rata berusia 40 tahun ke atas. Saya pula baru tamat pengajian di universiti.
Kerana minat dalam bidang education[my own definition 😀) saya teruskan kerjaya sebagai guru memandu.
Masih ingat lagi... calon pertama saya ialah seorang budak lelaki. Saya telah mengajar beliau selama hampir 2 bulan hingga ke akhir. Setelah selesai hingga lulus ujian JPJ,... saya di datangi oleh seorang perempuan di pertengahan usia, beliau mendaftarkan anak lelakinya dengan saya. Rupanya calon yang baru mendaftar ini ialah adik kepada calon yang telah lulus pada hari yang sama. Barulah saya tahu mereka ini adik beradik. Selepas beberapa lama adik bongsu mereka pula datang mendaftar.
Begitulah cara perniagaan saya berkembang. Kebanyakkannya 'from mouth to mouth'. Dari recommendation mulut ke mulut. Dari jiran kepada jiran, dari rakan sekerja kepada rakan sekerjanya, dari keluarga ke kaum keluarga yang lain, dari anak pertama hingga anak kelima belajar dengan kami juga ☺.

Sekarang sudah ada internet, sudah ada kemudahan capaian maklumat di mana-mana2.. contoh nya blog ini.

17 tahun berlalu dengan penuh pengisian.
17 tahun yang lalu saya mengajar di Asia Jaya, Petaling Jaya. Hingga kini saya masih mengajar di tempat yang sama di sini.
Kini saya dibantu oleh beberapa tenaga pengajar yang lain dan kami membuka pejabat untuk urusan pendaftaran di Petaling Jaya. Pelajar-pelajar datang dari seluruh Klang Valley.

Saya sendiri dan seluruh anggota kerja di bawah SAFE DRIVE PJ ingin mengucapkan seribu penghargaan terima kasih kepada semua yang percaya kepada servis kami.
Terima kasih kerana berusaha bersama-sama kami untuk saling memahami proses-proses yang diperlukan sepanjang pembelajaran pemanduan ini.

Terima kasih atas sokongan dari pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan agama yang pernah menerima servis kami dan memperkenalkan kami kepada rakan-rakan yang lain.

Visi kami hanya satu :
MELAHIRKAN PEMANDU BERHEMAH DI JALAN RAYA.

Kerana, nyawa kita bernilai.