Thursday 11 February 2021

OPERASI INSTITUT MEMANDU DIBENARKAN


 ...............................DENGAN SOP KETAT.

Hi & Assalamualaikum Everyone.

Ini adalah berita baik !!

Oh, sebelum itu kami semua di Belajar Memandu PJ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Cina kepada semua pelajar-pelajar, calon memandu, instruktor dan semua viewers and readers blog ini yang menyambut perayaan ini.

Dengan ucapan semoga bergembira bersama keluarga terdekat, disamping itu jangan lupa.......

Kekalkan bersabar, kekalkan SOP, kekalkan menjaga kebersihan diri dan kekalkan sikap tanggungjawab kepada masyarakat walau di mana anda berada. Ini kerana sikap yang betul mampu mengubah perkara yang tidak betul.

Kita berharap tahun 2021 ini terus di mulakan dengan vibe yang positif. Dan ini adalah salah satu darinya apabila kerajaan telah memberikan kebenaran kepada Institut Memandu untuk beroperasi mulai hari ini.

What a great news 🙌

Seperti yang semua telah tahu. Sepanjang tempoh PKP 2.0 ini aktiviti belajar memandu terhenti sama sekali.
Ini kerana kami mengikut arahan dan saranan kerajaan supaya kita semua kekal berada di rumah sahaja kecuali essential services sahaja.

Namun kini kita diberi peluang sekali lagi. Jadi ayuh, jangan buang masa lagi. Kepada mereka yang masih dalam proses pengambilan lesen kenderaan. Ini masanya untuk bertindak. Jangan berlengah lagi dan bertangguh lagi. Fokuskan kepada proses lesen anda mengikut aturan sehingga selesai.

Luangkan waktu sedapat mungkin untuk sentiasa bersedia dengan tarikh ujian, tarikh QTI, tarikh belajar yang telah dipersetujui bersama antara calon dan pihak kami.

Ini bukannya masa untuk sewenangnya membatalkan sessi pembelajaran anda dengan alasan yang mampu anda atasi dari awal lagi sepatutnya.

Dalam sehari kita hanya ada 10 jam maksimum untuk belajar di litar, mengambil ujian atau menghadiri kelas. Sekiranya anda gagal hadir, giliran anda akan bermula dan berbaris dari belakang kerana calon-calon yang mengambil lesen adalah ramai yang juga terhenti sewaktu PKP dan semua orang mahukan penyambungan proses dengan cepat.

Jadi bagaimana sekiranya anda sendiri yang melambatkannya sedangkan kita semua berada dalam keadaan yang sama-sama sukar?

Fikirkan.

Bertindak segera.