Thursday 12 July 2018

Pemanduan di Waktu Malam

Assalamualaikum and Happy Friday,

Sekiranya kita merancang untuk perjalanan yang jauh, ada di antara kita memilih untuk memandu di waktu malam atas faktor keselesaan tidak panas dan sebagainya. Namun terdapat beberapa faktor yang perlu kita titik beratkan bagi pemanduan di waktu malam.

Memandu di waktu malam memerlukan kemahiran yang berbeza jika dibandingkan semasa memandu di waktu siang. Pemandu yang memandu di waktu malam tidak dapat melihat bahaya semudah yang dapat dilihat di siang hari. Kesannya pemandu tidak dapat bertindak dengan lebih cepat akibat bahaya yang datang dan dilihat secara tiba-tiba.

3 faktor yang menjadi masalah kepada pemanduan di waktu malam adalah faktor manusia, jalanraya dan kenderaan itu sendiri.

FAKTOR MANUSIA
A. Penglihatan Pemandu
- tidak dapat melihat dengan jelas selepas terkena cahaya lampu kenderaan yang datang dari arah hadapan.
- penglihatan pemandu kembali normal selepas 7 saat pada setiap kali berhadapan dengan cahaya lampu kenderaan.
- dalam tempoh di atas, pemandu-pemandu dalam keadaan tidak jelas dan membahayakan.

B. Kesihatan Pemandu
- memandu dalam keadaan mengantuk
- memandu dalam keadaan mabuk
- memandu dalam keadaan kesihatan tidak normal
- memaksa diri memandu dalam keadaan tidak bersedia

FAKTOR JALAN RAYA
Keadaan Dan Persekitaran Jalanraya
- pemandu mestilah dapat menyesuaikan diri dengan permukaan jalan raya, bentuk,saiz jalanraya dan lain-lain.
- memandu pada waktu malam di kawasan yang tidak terdapat lampu dan hanya semata-mata bergantung kepada lampu utama sesebuah kenderaan.
- cahaya lampu di waktu malam yang mencapah keluar daripada lampu papan iklan, lampu bangunan dan lampu di jalan raya kadang-kala mengelirukan pemandu.

FAKTOR KENDERAAN
A. Lampu Besar Hadapan dan Lampu-lampu Lain pada kenderaan
- lampu besar hadapan sangat penting bagi kenderaan bergerak di waktu malam.
- pelarasan tinggi rendah kedudukan daripada lampu besar hadapan hendaklah betul.
- lampu brek dan lampu isyarat hendaklah berfungsi dengan baik.
- lampu-lampu lain pada kenderaan seperti lampu pembalikan cahaya(lampu signal), lampu berhenti, lampu belakang, lampu kecemasan (hazard light) mestilah dalam keadaan bukan sahaja berfungsi malah dalam keadaan bersih!

B. Skrin hadapan/belakang ,Cermin Tepi Kiri Kanan
- debu-debu yang terdapat di skrin hadapan dan belakang yang tidak dibersihkan boleh menimbulkan cahaya yang menyilaukan apabila terkena cahaya daripada lampu kenderaan samada yang datang daripada hadapan atau belakang.
-keadaan pencuci cermin(wiper) yang tidak berfungsi dengan baik akan membahayakan pemandu ketika hujan di waktu malam.