Sunday 10 December 2017

UJIAN KPP 01 - COMPUTER TEST JPJ

Have a blessed long weekeend,

Terutama yang bercuti pada hari ini di Selangor sempena Hari Keputeraan Selangor.

Kita just hendak maklumkan terdapat satu portal/website yang sangat-sangat convenient dan sangat bermanfaat bagi mereka yang sedang membuat persiapan menduduki ujian komputer JPJ.

https://ujiankpp.com/


Para calon yang mengambil lesen memandu boleh terus membuat latihan di website ini dan boleh juga download aplikasi dengan pautan yang tersedia di dalam website ini.

Ia terbahagi kepada :

Bahagian A
Bahagian B
Bahagian C
Latihan Buta Warna
Simulasi ujian

Ujian komputer adalah syarat asas yang perlu calon ambil untuk pergi ke proses seterusnya sekiranya keputusan ujian KPP adalah lulus iaitu minimum passing marks is 42/50 dan ke atas.

Sekiranya anda telah gagal. Fret not!
Bayaran ulangan cuma RM30 sahaja dan boleh di ambil pada hari yang sama.
Tetapi anda dinasihatkan ambil masa dan buat latihan sekali lagi dan kenal pasti kelemahan anda di bahagian papan tanda kah? Bahagian Akta kah? atau di bahagian lain-lain.

Dengan membuat latihan berulang kali, anda pasti lebih yakin untuk diuji.




Selamat Berjaya!






Saturday 9 December 2017

SIKAP PEMANDU DAN CARA PEMANDUAN

Assalamualaikum Salam Maulidurrasul..

Musim cuti sekolah ini jalan raya penuh dengan kenderaan, pasar raya juga sesak, membeli coconut shake juga kena beratur, hendak membeli baju sekolah anak pun sering kehabisan size.
Sebagai manusia biasa apabila kita berhadapan dengan begitu banyak perkara dalam satu-satu masa sememangnya memenatkan. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk menguruskan kerja harian menuntut kita agar terus fokus semasa pemanduan di jalan raya.

Begitupun, mengawal emosi dengan baik semasa memulakan pemanduan bukanlah agenda utama kebanyakkan pemandu dan pengguna di jalan raya. Malah ketika memandu kita meluahkan perasaan yang marah dan kekecewaan terhadap rakan sekerja di pejabat, menghamburkan perasaan tidak puas hati atau menghempas perasaan kecewa kita kepada seseorang. Tanpa sedar rupanya kita telah melepaskan semua emosi negatif ketika sedang memandu di atas jalan raya. Habis semua kenderaan di hadapan kita marah dgn penuh emosi. Semua kenderaan kita tak puas hati. Baik si kancil, baik si kenari, baik dak almira, dak ford, dak city, abg lori, mat motor habis semua kita leterkan. Yang terhegeh2 keluar parking, yang salah lorong, yang tak bagi signal, yang lambat bagi signal, .. kita boleh pin point kan setiap kesalahan mereka. KERANA KITA YANG PALING BETUL.
Tapi yang kita bawa kereta macam orang hilang arah dan tak keruan itu, ada tak sesiapa bagitau kita?

Tahun 2017 semakin meninggalkan kita. Welcome 2018!!
Malaysia terus maju dengan infrastruktur yang berlingkar-lingkar pembangunannya. Kini LRT dan MRT berada di mana-mana. Sky bridge, cross bridge, tunnel, longest bridge... semuanya kita telah milikinya di Malaysia ini. Semuanya maju dan moden. Cuma yang masih tinggal untuk dimajukan ialah pemikiran kita. Ini kerana masih lagi ada mereka yang gemar memberi stigma (anggapan) terhadap kumpulan-kumpulan pemandu tertentu.

Antara stigma-stigma yang kita berikan kepada pengguna jalan raya yang lain ialah :

1) Lady Driver
- Mereka ini tidak tahu memandu dengan betul. Slow!

2) Lory Driver
- Mereka ini ganas dan tidak peduli akan kenderaan lain. Reckless driver!

3) Mat Motor
- Mereka ini hanya tahu nak berlumba sesama sendiri. Unethical!

4) Mat Kereta Mewah
- Mereka ini dikatakan berlagak dan tidak takut kepada undang-undang. Selfish!


Benarkah?
Tanpa kita sedari dengan 'pelekat-pelekat dahi' yang kita tampalkan pada golongan-golongan ini secara tidak langsung akan memberi tindak balas kepada tindakan yang akan kita ambil semasa kita memandu.
Sebagai contoh, Lady Driver tadi yang kita anggapkan tidak tahu memandu dengan betul. Maka dengan garangnya kita memintas keretanya dengan deruman enjin yang cukup kuat. Kerana terkejut dengan tindakan kita, beliau telah terlanggar seorang penunggang motosikal yang lain.

Contoh lain lagi, golongan Lory Driver. Kita menganggap mereka ini ganas dan tidak peduli. Maka semasa kita memandu dekat dengan sebuah lori, kita memintas dengan laju kerana takut dihalang oleh lori tersebut. Lori itu pula tidak sempat menekan brek kerana brek lori adalah brek angin. Ia memerlukan lebih masa untuk lori memperlahankan kenderaannya daripada kenderaan biasa. Akibatnya.....berlaku kemalangan yang sangat tragis disebabkan tindakan 'kecil' yang kita ambil.

Oleh itu adalah sangat penting untuk kita educate diri sendiri setiap kali kita akan memulakan pemanduan. Berfikirlah dengan jelas dan berupaya membayangkan apa yang akan berlaku sekiranya kita bersikap semata-mata tidak mahu mengalah semasa berada di jalan raya.

Kita sedia maklum sebuah bas yang panjang atau lori yang besar tentu akan mengalami impak yang besar sekiranya berlaku kemalangan walaupun dengan hanya sedikit pergeseran.
Apakah tindakan yang boleh diambil untuk mengelakkan kemalangan yang melibatkan kenderaan besar seperti lori dan bas ??

1) Pastikan jarak kenderaan yang selamat. Lebih jauh lebih selamat.
2) Beri masa dan laluan kepada lori/bas yang akan/sedang memotong
3) Sentiasa amalkan Peraturan Memotong 12 saat
4) Jangan memperlahankan kenderaan sekiranya lori/bas betul-betul berada di belakang kenderaan anda.
6) Kerap melihat cermin pandang belakang dan cermin sisi untuk memastikan kenderaan kita berada jauh dari jangkaan bahaya
5) Alert kepada kenderaan atau jentera berat yang berada bersama anda ketika di jalan raya.
Sekiranya anda alert maka secara automatisnya anda akan amalkan langkah-langkah di atas.

BE SAFE GUYS!












Wednesday 29 November 2017

Lesen Lori (E) @ GDL? PSV pula ??


Assalamualaikum dan selamat bercuti...


Lebuh raya utama ke utara mahupun ke selatan kembali sesak pada setiap hujung minggu. Destinasi percutian popular seperti Bandar Melaka, Cameron Highland, Pulau Pinang dan banyak lagi destinasi pilihan rakyat Malaysia kini sedang menerima kunjungan pelancong begitu banyak sekali.

Dalam kesesakkan jalan raya tiba-tiba ada pula beberapa buah lori di jalan yang sama. Terus hati kecil kita bersuara 'kenapa lah ada lori dalam sesak begini'. Iya tak? Apa yang sebenarnya kita rasakan ialah perasaan tidak selesa kerana kenderaan tersebut mempunyai saiz yang 2 kali ganda malah ada yang 4 kali ganda lebih besar dari saiz kereta biasa. Ia menghalang pandangan kita dan membuat kita merasa bimbang dan tak keruan. Apatah lagi berita-berita kemalangan yang biasa kita dengar melibatkan lori kebanyakkannya ialah kes kemalangan jiwa yang menyayat hati. Ini menyebabkan kita merasa tidak tenang dan tidak selesa berkongsi ruang jalan dengan lori-lori yang lain.

Namun hakikatnya disebalik lori-lori besar tersebut mereka juga ialah manusia biasa seperti kita yang tidak lepas dari melakukan kesalahan di jalan raya. Untuk mewujudkan persefahaman ini mari kita lihat dari sudut pandang yang lain pula.

 SIAPAKAH MEREKA YANG MEMANDU LORI ?

TAHUKAH ANDA BAGAIMANA PEMANDU-PEMANDU LORI INI MENDAPATKAN LESEN MEREKA?

Mereka wajib memiliki Lesen Kereta Manual (CDL) yang melebihi 1 tahun sebelum layak memohon lesen lori (E).  Yang masih mempamer sticker P (kereta) masih belum layak ye.... 

Mereka wajib menjalani Kursus KPP 02 (kursus penyelenggaraan kenderaan, keselamatan jln raya, undang-undang dan etika pemanduan). Dengan menduduki kursus tersebut mereka akan memperoleh Lesen L yang akan digunakan hanya untuk latihan belajar memandu lori iaitu Latihan Praktikal di litar memandu. Selepas cukup latihan dan layak diuji, mereka akan menduduki ujian praktikal oleh Pegawai JPJ.

Bagi pemandu kereta lazimnya pemandu wanita (yg paling ramai takut dgn lori). Kita menganggap semua pemandu lori adalah sama, mereka boleh memandu apa jenis lori pun. Anggapan ini salah. Kerana ia tidak semestinya begitu. Ini kerana lori yang juga dipanggil kenderaan perdagangan ini memerlukan lesen yang berbeza untuk memandu mengikut jenis lori yang berbeza muatan dengan berbeza tujuan. Maknanya seorang pemandu lori tidak semestinya memiliki setiap lesen utk memandu pelbagai jenis lori. 

Sebagai contoh:
Ahmad bekerja sebagai pemandu lori ais (3 tan). Beliau berusia 21 tahun.
Apakah jenis lesen yang Ahmad perlu miliki?
Lesen kereta CDL (yg dimiliki lebih 1 tahun) dan lesen GDL (Goods Driving License ) <--- inilah jawapannya.
Goods disini merujuk kepada barangan. Barangan itulah AIS yang nak dibawa Ahmad di dalam lorinya tadi kan...

Jadiiiiiiiiii nak memohon GDL, Ahmad perlu LULUS medical check up, menghadiri kursus dan LULUS ujian bertulis objektif. Dan paling penting, Ahmad telah berusia 21 tahun (syarat ambil GDL). Setelah lulus dan mendapat GDL (D) maka... kerjalah Ahmad sebagai pemandu lori ais yang sah disisi undang-undang.
Ahmad kini pemegang lesen :
D (CDL) - kereta
GDL (D) - lori yang bawa barangan bawah 3 tan
.
.
.
.
Setelah 1 tahun berlalu, Ahmad telah bosan menjadi pemandu lori ais, Ahmad mula mengintai peluang untuk berniaga. Iaitu menjadi pembekal ayam dan itik (hidup) menggunakan lori ayam (lebih 3 tan). Apakah Ahmad boleh terus membawa lori ayam tersebut dengan menggunakan lesen sedia ada ? TIDAK BOLEH! 
Ahmad perlu memohon Lesen E(lori) terlebih dahulu. Ahmad perlu menghadiri Kursus KPP 02 yang disediakan oleh Institut memandu, setelah selesai kursus tersebut barulah Institut Memandu boleh menguruskan lesen belajar memandu lori. Setelah mendapat lesen belajar, Ahmad perlu menjalani latihan praktikal selama 8jam (belajar memandu dan mengendali lori) dan sekiranya Ahmad LULUS ujian praktikal JPJ. Barulah Ahmad layak mendapat Lesen E(lori).  TIADA UJIAN UNDANG-UNDANG(komputer) lg sebab Ahmad sudah memiliki lesen D untuk kereta.

Bagaimana pula dengan lesen GDL yang telah dimilikinya sebelum ini? Adakah ia memadai kerana GOODS di sini merujuk kepada barangan itu ialah ayam/ itik. Jawapannya, masih tidak memadai.

Ahmad perlu memohon untuk menaik taraf lesen GDL(D) nya kepada GDL (E) iaitu KEJUR. Untuk melalui prosedur ini Ahmad hanya perlu LULUS medical check up dan menduduki kursus. TIADA UJIAN bertulis objektif lagi. Proses ini kita namakan naik taraf (upgrade) kelas GDL (D) kepada GDL (E). Setelah selesai kursus Ahmad akan memperolehi GDL (E). 
Ahmad kini pemegang lesen :
D (CDL) - kereta
GDL (E) - lori yang bawa barangan (KEJUR)
Lesen E  - lori yang bawa muatan lebih dr 3 tan
.
.
.
.
Setelah 2 tahun berlalu, ekonomi tidak begitu cantik maka perniagaan Ahmad merudum. Ahmad telah ditawarkan bekerja sebagai pemandu lori semula. Kali ini lori pasir. Sekali lagi soalan saya, adakah lesen yang telah dimilikinya melayakkan Ahmad memandu lori pasir di sisi undang-undang?

Jawapannya BOLEH. 

Bagaimana pula jika Ahmad ingin membawa lori kontena NOZOMI@EVERGREEN contohnya...

Jawapannya TIDAK BOLEH. 

Ahmad perlu upgrade lesen GDL (E) KEJUR kepada Lesen GDL (E) - SENDI. 
Ahmad perlu sekali lagi LULUS medical check up, menghadiri kursus dan LULUS ujian bertulis objektif . Selepas itu Ahmad perlu menjalani latihan praktikal memandu lori bersendi (lori kontena) dan LULUS UJIAN PRAKTIKAL oleh JPJ. 
Ahmad kini pemegang lesen :
D             - kereta
GDL (E) - lori yang bawa barangan (KEJUR)
Lesen E  - lori yang bawa muatan lebih dr 3 tan
GDL (E) - lori yang bawa barangan (SENDI)
.
.
.
.
Setelah 3 tahun berlalu, Ahmad tidak lagi berminat membawa lori pasir dan kontena. Ahmad ingin membawa bas persiaran pula. Membawa penumpang-penumpang ke destinasi yang mereka ingin lawati. Jadi adakah Ahmad layak membawa bas persiaran dengan lesen-lesen yang telah dimilikinya di sisi unang-undang?

Jawapannya MASIH BELUM LAYAK
Ahmad perlu memohon satu jenis lesen untuk membawa penumpang yang dipanggil Lesen PSV (Public Services Vehicles)Public di sini merujuk kepada PENUMPANG iaitu orang awam. Untuk memohon lessen ini Ahmad perlu LULUS medical check up, menghadiri kursus dan LULUS ujian bertulis objektif.  Selepas itu Ahmad perlu menjalani latihan praktikal memandu bas dan LULUS ujian praktikal oleh JPJ.
Ahmad kini pemegang lesen :
D             - kereta
GDL (E) - lori yang bawa barangan (KEJUR)
Lesen E  - lori yang bawa muatan lebih dr 3 tan
GDL (E) - lori yang bawa barangan (SENDI)
PSV        - bawa penumpang


                  **keputusan medical check up sah untuk tempoh 3 bulan sahaja.

Jelas disini menunjukkan tidak mudah untuk menjadi seorang pemandu lori. Mereka melalui pelbagai peringkat ujian oleh JPJ untuk mengembangkan lagi kerjaya mereka. Sama seperti kita yang mempunyai profession sebagai guru atau pekerja kilang. Kita melalui ujian2 di sekolah atau pun di kilang untuk kenaikan pangkat dengan peluang gaji yang lebih selesa. Bezanya pemandu lori bekerja di atas jalan raya sepenuh masa yang mendedahkan dirinya kepada bahaya kemalangan yang sangat tinggi. Maka ujian2 yang diatur oleh JPJ dan kursus yang disediakan telah mengambil kira faktor-faktor tersebut. 

Namun kemalangan jalan raya yang melibatkan lori masih menghiasi di dada akhbar. Tetapi adakah wajar kita meletakkan 100% kesalahan kepada kenderaan berat ini ?

Bagaimanakah kita dapat mengatasi keadaan ini ?

Sila ikuti entry seterusnya....

Tuesday 28 November 2017

Pendaftaran Lesen Memandu Di Petaling Jaya

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera.

Sebagai seorang guru memandu yang telah berada di dalam industri ini hampir 17 tahun sehingga sekarang. Kecintaan dan passion di dalam bidang ini adalah sama seperti seorang guru berjaya mendidik anak muridnya sehingga mereka tidak berjaya di dalam ujian yang mereka duduki.

Mendidik dan mengajar untuk sekolah memandu lain pula cabarannya kerana kami berhadapan dengan kepelbagaian latar belakang, kewarganegaraan, dialek, bangsa dan pelbagai peringkat usia dari seawal umur 16 tahun sehingga berusia ke berapa pun masih boleh mengambil lesen sekiranya layak. Ada kumpulan pelajar, kumpulan pekerja, kumpulan pekerja warga asing, kumpulan suri rumah, kumpulan orang-orang pencen ( tidak terkecuali ya), kumpulan profesional (yang bekerja di awan, di laut, di tengah laut, di bawah laut pun ada), kumpulan makcik-makcik (alasan mereka senang nak ke surau belajar agama...comel sangat tu), kumpulan OKU, kumpulan expatriate dannnnnnn golongan-golongan artis, insta fames dan selebriti. Bottom line is, selagi kita menggunakan jalan raya, keperluan untuk memiliki lesen kenderaan telah menjadi keperluan paling asas untuk setiap individu kini.

Hujung tahun 2017 kembali lagi. Di mana pelajar-pelajar sekolah telah pun bermula cuti sekolah pada minggu ini. Pelajar yang menduduki SPM dan PMR semua telah tamat menduduki ujian bagi tahun 2017.

Bagi ibu bapa yang merancang kemasukkan anak-anak ke sekolah memandu boleh lah membuat pendaftaran sekarang. Apakah dokumen yang diperlukan dan cara bayaran?

  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang
  • Salinan kelas lesen yg pernah ada
  • Bayaran pendaftaran dari RM500

Telefon kami di talian 019- 3878009 Cikgu Nurul
Senarai harga terkini seperti gambar di bawah




Tuesday 17 October 2017

Lesen Memandu Kini

Industri pendidikan permotoran khususnya dalam proses pengambilan lesen kereta dan motor telah mengalami perubahan yang sangat besar sejak dari tahun 50-an hingga kini. Pada masa dulu sekolah memandu masih tidak wujud. Bermakna untuk mendapatkan lesen memandu, calon hanya perlu ke Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menjalani ujian pemanduan. Manakala latihan memandu hanya menggunakan kereta sesiapa yang mempunyai kenderaan pada ketika itu. Harganya pula cuma RM20.

Apabila jalan raya mula dipenuhi kereta dan kenderaan-kenderaan lain, kerajaan mula mengambil inisiatif untuk mewujudkan Sekolah Memandu yang bertujuan untuk melatih lebih ramai calon yang ingin mengambil lesen kenderaan. Hanya itu yang dilakukan oleh sekolah memandu pada ketika itu. Melatih dan mengajar calon untuk menggunakan kenderaan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ.

Kini peranan Sekolah Memandu telah mengalami perubahan sejajar dengan kepesatan ekonomi yang menuntut lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki lesen memandu. Sehingga ia tidak lagi merupakan kehendak tetapi keperluan bagi setiap orang. Seawal umur 16 tahun, pelajar sekolah telah memiliki lesen motor dan pada umur 17 tahun telah ramai yang mula mendaftar untuk lesen kereta.

Jadi sudah tentulah peranan Sekolah Memandu lebih besar daripada setakat mengajar dan melatih.
Sekolah memandu dilantik oleh pihak JPJ untuk melatih dan menyediakan fasiliti pusat latihan.
Di mana hanya melalui Sekolah Memandu, calon boleh mendapatkan lesen mereka. Orang awam tidak dibenarkan lagi membuat lesen secara 'direct' dengan JPJ. Sekolah Memandu kini membuat semua proses permohonan lesen memandu dari pendaftaran hinggalah ke proses ujian akhir bersama JPJ. Pihak JPJ hanya manjalankan sessi ujian dan meluluskan pemohon yang layak.


Modul Pembelajaran untuk lesen memandu kereta kini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :

i) KPP01
   Ceramah & Ujian undang-undang

ii) KPP02
     RPK & RSM (Mengenali kenderaan, komponen dan penyelenggaraan)

iii) KPP03
     Ujian litar
          - Ramp(auto), bukit, parking, 3 penjuru, S course, Z course
    Ujian Jalan Raya

>
>
>
>
Masih ada calon yang tidak faham apa itu KPP01, KPP02, KPP03, ?

Dalam erti kata lain Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) ini mempunyai 3 peringkat , iaitu daripada proses permulaaan seorang calon mendaftar hingga ke proses akhir untuk mendapatkan lesen memandu kenderaan.

Tempoh keseluruhan ialah lebih kurang 3 bulan.

Friday 18 August 2017

ERTI MERDEKA ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sempena Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos 2017 nanti, tentu ramailah yang akan mencari erti kemerdekaan bagi konteks yang berbeza-beza. Di kedai-kedai pula telah mula berkibar bendera Malaysia bagi meraikan hari yang penuh bersejarah dan penuh emosi sambutan yang dilakukan pada tahun 1957 yang lalu. Hanya mereka yang bejuang, hanya mereka yang melakukan pengorbanan dapat merasai keperitan dan kepayahan dalam membebaskan negara kita dari belenggu penjajahan bangsa luar terhadap Malaya (pada ketika itu). Mereka itulah pahlawan bangsa, mereka itulah pemimpin bertauladan dan mereka itulah rakyat yang setia.

Kini,  setelah 60 tahun kita bebas membentuk pemikiran dan haluan kita sendiri. Adakah kita benar-benar menyedari hakikat kebebasan itu datang bersama satu tanggungjawab ? Setiap individu menggalas satu tanggungjawab. Tidak kira itukah orang melayu, atau orang cina atau india atau kaum-kaum yang lain nya. Kerana rakyat itu sendiri yang membawa keharmonian negaranya. Rakyat yang bertanggungjawab akan membentuk sistem. Itulah sistem pendidikan, sistem perumahan, sistem perniagaan dan lain-lain tidak terkecuali sistem jalan raya.

Saban tahun kita meraikan 31 Ogos. Kita melihat kalendar untuk mengetahui pada hari apakah 31 Ogos bakal jatuh pada... agar mudah kita merancang percutian, merancang kenduri, merancang aktiviti, merancang ke luar negara dan sebagainya. Tidak ada salahnya. Tetapi jangan lupa kemerdekaan yang harus disantuni terlebih dahulu ialah bermula dari diri kita sendiri adakah telah kita laksanakan? Adakah kita telah memastikan anak cucu kita, adik kakak kita, suami/isteri kita telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengguna jalan raya ?

Memastikan lesen memandu sentiasa dihidupkan adalah tanggungjawab individu.
Memastikan kita membawa kenderaan dengan kelas-kelas lesen memandu mengikut kenderaan yang dipandu adalah tanggungjawab individu.
Memastikan lesen kenderaan yang diperolehi adalah sah disisi undang-undang adalah tanggungjawab individu
Memastikan tiada denda, penalti atau saman dari pihak berkuasa semasa menggunakan jalan raya adalah tanguungjawab individu.

KESEMUA DI ATAS ADALAH TANGGUNGJAWAB SETIAP INDIVIDU ITU SENDIRI.
KITA BEBAS MENENTUKAN DESTINASI YANG DITUJUI  TETAPI TANPA TANGGUNGJAWAB, KITA MASIH BELUM MERDEKA

Seperti mana kemerdekaan negara kita diperjuangkan bukan dalam masa sehari. Begitu juga kita sendiri tidak mudah dalam memperjuangkan sesuatu. Pengorbanan masa kini dari segi masa, wang ringgit dan keringat adalah faktor utama untuk menjadi seorang individu yang bertanggung jawab. Namun kita telah aman pada hari ini. Kita jauh lebih bertuah dari negara lain yang bergolak, kita bertuah kerana anak-anak kita bebas bermain tanpa risau dibedil bom pihak musuh. Kita bebas makan semahunya apabila dalam masa yang sama ada insan-insan kecil yang berebutkan sekeping roti keras lagi kotor di jalanan. Kita bertuah negara ini subur dan hijau dengan hujan dan panas yang berganti-ganti apabila ada insan lain yang mati kekeringan dan kehausan tanpa air.

Maka apa yang kita perjuangkan ?
Pengorbanan itu tidak diukur besar kecilnya. Tetapi nilainya.
Masa, wang dan keringat menjadi faktor kesulitan di dalam pengorbanan kita. Adakah ia benar?
Atau sebenarnya ia adalah kerana ATTITUDE ??

..........................................................................................................................................................

Kami mengucapkan  'Selamat Hari Merdeka Yang ke 60'
Sila berhati-hati memandu di jalan raya. Semoga selamat sampai ke desrinasi ditujui.

Ikhlas dari semua warga kerja Safe Drive Enterprise
Safe Live & Drive Smart
Love,
Cikgu Nurul, Cikgu Efa, Cikgu Rahmat & Aishah




Friday 11 August 2017

APA KELAYAKKAN UNTUK MENDAPAT LESEN MEMANDU GDL dan PSV ??

Assalamualaikum abang-abang, kakak-kakak...


Tahun 2017 ini kami menyaksikan begitu ramai yang mendaftar untuk lesen Kelas E, PSV dan GDL. Seronok mendengar antara mereka ada yang akan membawa muatan jualan telur, berniaga selipar, jual bawang, food truck dan pelbagai lagi.
Namun dari sesi pertanyaan dan persoalan sebelum pendaftaran dibuat, ramai lagi yang masih keliru akan peraturan yang ditetapkan dalam proses pengambilan lesen-lesen ini.

SYARAT PERMOHONAN LESEN VOKASIONAL INI (PSV & GDL)
  1. Mempunyai lesen memandu D-CDL
  2. Berumur 21 tahun ke atas.
  3. Sihat tubuh badan yang disah kan oleh doctor melalui pemeriksaan kesihatan (medical check-up). Perlu isi borang JPJ L8A ini dan perlu ditandatangan dan cop oleh doctor yang memeriksa kita di 3 bahagian di dalam borang ini. WAJIB. Boleh download borang JPJ L8A di sini.
  4. Warganegara Malaysia dan penduduk tetap.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

  1. Borang medical
  2. Resit bayaran Klinik/Hospital( original)
  3. Salinan kad pengenalan
  4. Salinan lesen sedia ada

Nota : kos rawatan pemeriksaan hendaklah dibayar sendiri oleh calon direct kepada klinik/hospital berkenaan


Antara soalan-soalan dan pertanyaan yang kami terima....

Kes 1 :Abang Prime Mover
'Saya HANYA mempunyai lesen kereta *(D-CDL) sahaja. Di masa akan datang saya dikehendakki untuk membawa lori jenis 'prime mover'. Bolehkah saya memohon untuk mendapatkan Lesen GDL -(bersendi) untuk tujuan tersebut?

Jawapan : PERTAMA, anda mesti memohon kelas lesen E terlebih dahulu. Selepas memiliki lesen E anda boleh memohon lesen GDL sendi.

Kes 2 :Bakal Pemandu Berhemah Bas Persiaran
'Saya HANYA mempunyai lesen kereta *(D-CDL). Kini saya dikehendakki memandu bas persiaran. Bolehkah saya memohon Lesen PSV?

Jawapan : Boleh. Tetapi anda mesti  memohon lesen kelas E terlebih dahulu kerana bas persiaran mempunyai berat tanpa muatan melebihi 7500kg. Dan kemudian barulah boleh memohon untuk lesen PSV.

Nota :D-CDL - maknanya bukan lagi memegang lesen kategori (L) dan Percubaan (P)

                ............................................................................

Okay, sebelum semua orang pun pening dengan flow dan kelayakkan mengambil lesen lori,van, bas, teksi, traktor dan sebagainya ini. Marilah kita kenali dahulu jenis kenderaan ini tergolong di dalam  kategori lesen apa.. ??


GDL - Good's Driver License
             Maksudnya apa?
                  Maksudnya Lesen Kenderaan Barangan. (bawak BARANG shj)
                  Contohnya : Lori kargo, Lori tangki, Loader, Timber Jinker, Lori kontena, Lori
                  Minuman Botol, Lori Poe Type, Lori Refrigerated, Lori Sampah, Lori Simen Mixer,
                  Lori Membawa Kenderaan dan Lori Najis.

PSV - Public Services Vehicle
                Maksudnya Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam. (bawak MANUSIAAAAA shj)
                Contohnya : Teksi, kereta sewa, teksi mewah(limousine),bas berhenti-henti(jarak
                tambang tidak lebih 32km),bas ekspress, bas kilang, bas mini,bas persiaran, bas 
                sekolah, kenderaan pekerja.



Okay, faham tak sampai sini?
Yang kita bincang kat atas ni tadi ialah JENIS lesen, kan? Terdapat 2 jenis Lesen Vokasional iaitu GDL dan PSV , betul? 
OK betul.
Now kita nak bincang pulak pasal KELAS-KELAS lesen.

KELAS-KELAS LESEN SELAIN LESEN D,B2 DAN LAIN-LAIN ADALAH SEPERTI BERIKUT :
Kelas E - Motokar BTM melebihi 7500kg [KEJUR/SENDI]
Kelas E1- Motokar BTM tidak melebihi 7500kg
Kelas E2 - Motokar BTM tidak melebihi 5000kg
Kelas F - Jentera Bergerak Ringan (Beroda) BDM tidak melebihi 5000kg eg: forklift
Kelas G - Jentera Bergerak Ringan (Berantai) BTM melebihi 5000kg eg: steamroll
Kelas H - Jentera Bergerak Berat (beroda) BTM melalui 5000kg eg: traktor
Kelas I - Jentera Bergerak Berat (berantai) BTM melebihi 5000kg eg: escavator

Seperti yang kita dapat lihat di sini Berat Tanpa Muatan (BTM) sesebuah kenderaan dan jenis kenderaan adalah sangat penting untuk kita peka di sini. Di mana ia menentukan kelayakkan permohonan bagi lesen tambahan yang kita mahukan.

Perbezaan GDL [Kejur] & [Sendi]
Kejur ialah kenderaan yang kepala dan badan lori membawa 1 nombor plate yang sama
Sendi ialah kenderaan yang mempunyai nombor plate yang berbeza pada badan dan kepala lori.



Saturday 22 July 2017

5 TIPS PENJAGAAN KERETA AUTOMATIK



Dengan kesibukkan dan kesesakkan luar biasa yang sering terjadi apabila perubahan cuaca atau perubahan musim cuti sekolah dan perayaan. Menyebabkan ramai dari kita memilih untuk memiliki kereta automatic agar perjalanan tidak bertambah letih dengan menekan klac. Namun apa yang ramai tidak tahu ialah apabila gear box kenderaan rosak, kita tercari-cari apakah punca kerosakkan tersebut. Disini kami ingin berkongsi sedikit tip-tip penjagaan kereta automatik anda.


TIPS JAGA KERETA AUTOMATIK

Gear R digunakan selepas brek untuk mengundur
Apabila kita hendak masuk ke petak parking kebiasaannya gear D(ke depan) dan gear R( kebelakang) sering kali digunakan begitu cepat dan kasar sekali. Elakkan perkara ini. Berilah masa sekurang-kurangnya selepas anda menekan brek kenderaan terlebih dahulu sebelum menggunakan gear R dan kembali menggunakan gear D.

Gear N masa menunggu lampu isyarat
Terkadang ramai yang malas untuk menukar gear D kepada gear N, fikirnya 'ah sekejap saje'. Dalam 1 hari ke tempat kerja berapa kalikah anda sedang menunggu lampu isyarat? Dengan menukar ke gear Neutral adalah lebih baik untuk ketahanan system gear anda. Selain menjimatkan tenaga.

Gear P digunakan hanya apabila kereta telah berhenti
Awas!! Sekiranya anda meletakkan gear P pada kenderaan yang masih bergerak, lama kelamaan anda akan merosakkan satu pin yang bertindak sebagai mengunci gear supaya kenderaan tidak bergerak. Pastikan kereta anda benar-benar telah berhenti kemudian barulah anda tukar ke gear P.

Gear D Kuasai had laju
Ada antara kita yang gemar menekan-nekan minyak(ram) di gear N dan terus menukar ke gear D untuk mendapatkan kelajuan yang diingini. Malangnya perbuatan 'berlagak laju' ini akan berakhir dengan kos pembaikan yang tinggi kerana gearbox automatic anda akan haus dan rosak.

Gear apa semasa turun bukit?
Gear N? supaya jimat minyak? Tak perlulah fikir begitu sekali. Perbuatan ini mendatangkan risiko bahaya kerana kita akan hilang penguasaan pada kenderaan ditambah lagi pada jalan yg berbelok-belok sebagai contoh; seperti turun dari Cameron Highland. System kenderaan kita sudah tersedia automatic untuk menjimatkan tenaga tanpa perlu letak di gear N.

Gear-gear lain
Kebanyakkan pemilik kereta auto jarang sekali menggunakan gear L dan S. 'Tak perlu digunakan maka saya tak menggunakannya'. Pandangan ini jelas salah. ini kerana menurut Datuk Ir Mohamad Bin Dalib, Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ sesekali kita harus menggunakan gear-gear lain ini semasa memandu untuk sekejap sahaja. Ini penting bagi menjaga system gear automatic anda. Caranya adalah dengan menukar dari gear D kepada gear L atau S semasa pemanduan untuk tempoh 2 ke 3 minit sahaja dan kembali menggunakan gear D seperti biasa.

Kami berharap perkongsian ini dapat membantu serba sedikit.

Terima kasih.

Friday 21 July 2017

DAFTAR LESEN MEMANDU

Assalamualaikum dan Salam Hujung Minggu

Puasa pun sudah, raya pun sudah.
Event yang akan datang lagi dalam masa terdekat ini ialah sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Qurban bagi umat islam. Masa begitu pantas berlalu dengan tidak sedikitpun terlupa akan setiap sambutan hari bersejarah nya atau hari kebesaran bagi setiap agama.

Namun adakah kita telah menunaikan kewajipan sebagai pengguna jalan raya yang dituntut oleh undang-undang yang ditetapkan di dalam Negara yang tercinta ini? Setelah tahun berganti tahun masihkah kita orang yang sama yang telah memandu tanpa lesen tanpa ada rasa salah dan ingin berubah?

Bagaimana pula dengan ibu-ibu dan bapa-bapa yang masih membiarkan anak-anak menunggang motosikal tanpa lesen? Ia jelas membahayakan nyawa anak itu sendiri sekaligus membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Dengan mendaftar di sekolah memandu, calon akan diberi ujian dan latihan memandu secara formal. Mereka akan diajar undang-undang trafik dan kesalahannya, pemanduan defensive, teknik pemanduan yang betul dan mengenal tanda jalan. Tahukah anda pemandu/penunggang tanpa lesen direkodkan antara penyumbang utama peningkatan kemalangan jalan raya di Negara kita pada setiap tahun??

Daftarlah lesen memandu hari ini.



Setiap pakej adalah bersesuaian dengan tahap permulaan pemanduan calon.
Setiap pakej diberi jam belajar memandu yang berbeza. Sebagai contoh:

Aini : Saya ingin mengambil lesen kereta auto. Berapakah harganya?
Safe Drive: Kami menawarkan harga dari RM1,998 untuk pakej biasa(basic). Aini sudah boleh memandu sikit-sikit atau memang tak tahu langsung?
Aini : Saya memang tak tahu langsung. Saya agak penakut dan tidak yakin saya boleh memandu. Saya juga takut gagal di dalam ujian computer nanti kerana pernah gagal pada masa sebelum ini.
Safe Drive : Baiklah, jika begitu kami mencadangkan agar Aini mengambil pakej Auto Medium.  Pakej tersebut menawarkan 22 jam belajar berbanding 16jam belajar di pakej basic. Aini akan mendapat lebih latihan dan lebih yakin untuk peperiksaan JPJ. Kami juga menawarkan 2 kali ujian computer F.O.C. di dalam pakej medium itu.
Aini : Baiklah! Saya ingin mendaftar di bawah pakej Auto Medium RM2,298 kan?
Safe Drive : Ya betul. Terima kasih.


Masih tiada lesen memandu ??

Salam Aidilfitri Dan Salam Sejahtera

Hari Raya Aidilfiti bakal berakhir beberapa hari lagi... Yang pulang ke kampung untuk bersama keluarga meraikan bulan mulia ini,  rata-rata semuanya telah kembali ke bandar untuk urusan harian iaitu hadir di tempat kerja, sambung kuliah, hantar anak-anak sekolah, berniaga dan bermacam-macam lagi urusan di bandar.

Semuanya memerlukan kita bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain untuk menyelesaikan urusan harian tersebut. Kita bergerak menggunakan kenderaan awam, atau pun memandu sendiri. Tentulah lebih mudah memandu sendiri daripada menggunakan kenderaan awam yang memerlukan kita untuk berjalan lebih jauh ke stesen berkenaan. Ia mudah saja bagi pemilik kenderaan yang mempunyai lesen memandu yang sah. Namun masih terdapat juga mereka yang berani memandu tanpa lesen. Terdapat seramai lebih kurang 1.2 juta rakyat Malaysia yang memandu kenderaan tanpa lesen di rekodkan oleh JPJ pada tahun 2016. Fakta ini telah dilaporkan oleh Berita Astro Awani di laman mereka.



 Memandu tanpa lesen adalah kesalahan besar yang akan mengakibatkan pemandu terus didakwa dan dihadapkan ke mahkamah. Kesalahan berat ini telah diambil tindakan tegas dengan keseluruhan pasukan penguatkuasa JPJ atau PDRM untuk sentiasa melakukan sekatan jalan raya baik di jalan raya yang sibuk mahupun di lorong-lorong kecil.

Pemandu-pemandu yang tidak mempunyai lesen kebiasaannya akan menggunakan aplikasi lalu lintas untuk mengesan lokasi-lokasi yang terdapat operasi sekatan jalan raya. Jadi mereka menggunakan laluan alternatif. Kadangkala mereka terlepas. Namun, dengan kemodenan teknologi terkini pihak penguasa juga telah dapat menyembunyikan lokasi operasi mereka daripada di kesan oleh sebarang aplikasi mudah alih. Apabila anda tertangkap, tiada lagi bual bicara atau belas kasihan. Anda akan terus diberi tarikh naik ke mahkamah dan didakwa serta merta. Manakala kenderaan yang dinaiki tersebut akan terus disita dan dikenakan kompaun untuk melepaskan kenderaan terbabit.

Oleh itu, segeralah mendapatkan lesen memandu yang sah dari mana-mana sekolah memandu yang bertauliah. Lakukan hari ini kerana proses bagi mendapatkan lesen memandu tidaklah semudah mendapatkan lesen pada 10 tahun yang lalu. Proses siap lesen juga memakan tempoh masa. Jadi jangan buang waktu lagi. Segeralah mendaftar !!

Kami di SAFE DRIVE bersedia menjawab persoalan anda. Lokasi kami ialah sekitar Petaling Jaya.

Cikgu Nurul 019-3878009 call/whatsap/msg atau

Hantarkan persoalan anda di Facebook : belajar memandu pj

Terima kasih kerana melawati laman blog kami.



Tuesday 2 May 2017

LANGKAH YANG PERLU DI AMBIL JIKA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malang tidak berbau.

Sekiranya ia dapat dihidu tentulah kita dapat mengetahui bilakah kemalangan akan berlaku. Walau bagaimana pun terdapat pelbagai langkah keselamatan yang dapat di ambil untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Kita akan membincangkan topik itu di dalam entry yang lain.
Untuk entry ini kita akan membincangkan tentang apakah langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya kita terlibat di dalam kemalangan jalan raya.

Situasi : Anda sedang memandu kereta di lorong tengah dan tiba-tiba dang!!!! anda tersedar anda terlibat di dalam kemalangan.

1. Jika kawasan kemalangan sunyi dan tidak selamat cuba kenal pasti jenis kereta dan no pendaftaran kenderaan yang berlanggar. Setelah pasti kawasan kemalangan selamat dan anda pun selamat (ditakuti kemalangan yang dirancang- tujuan merompak dan sebagainya) barulah anda keluar dari kenderaan untuk memeriksa keadaan kenderaan anda. Jika ada rasa curiga terus ke balai polis berdekatan.

2. Nyalakan lampu hazard kenderaan dan meletakkan segitiga keselamatan dalam jarak 20m dari kawasan kemalangan.

3. Ambil gambar kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan. Di bahagian depan, sisi kanan, sisi kiri dan belakang kenderaan. Ambil gambar roadtax dan juga kad pengenalan dan lesen memandu pemandu kenderaan yang terlibat.

4. Sekiranya kereta anda mengalami kerosakkan teruk dan tidak dapat mengerakkan kereta, hubungi tow truck yang disediakan oleh syarikat insurans kenderaan anda. Anda boleh mendapatkan nombor telefon tersebut pada sticker yang dibekalkan oleh syarikat insurans anda untuk menampal roadtax kereta atau hubungi syarikat insuran anda untuk khidmat tow truck so pastikan anda tahu apakah syarikat insuran kenderaan anda. khidmat tersebut adalah percuma oleh syarikat insuran. Bila berlaku kemalangan selalu sangat banyak offer tow truck dari entah mana2 datangnya...jadi hati2 sebab akan ada charge tambahan jika ambil tow truck yang bukan dari syarikat insuran kenderaan anda.

5.  Pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan kemalangan yang berlaku bagi pihak anda.


Nota kaki : 

  • Sekiranya kereta anda boleh digerakkan, tolong alihkan ke bahu jalan untuk berbincang atau mengambil gambar kecederaan kenderaan anda. Demi mengelakkan kesesakkan lalu lintas. 
  • Bagi yang tidak terlibat dalam kemalangan tolong jangan berhentikan kenderaan untuk melihat kejadian jika tiada niat untuk membantu.
  • Bagi mereka yang suka mengambil kesempatan di atas kesulitan orang lain, contohnya mencuri wallet mangsa, telefon bimbit, jam tangan, duit...  Hentikan lah perbuatan kejam ini.!!

Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak panduan kepada kita semua agar keadaan panik dan cemas dapat diatasi dengan info-info yang telah dikupas disini.










Friday 21 April 2017

TEKNIK PARKING LORI


TEKNIK PARKING LORI - khusus untuk ujian JPJ

Cara-cara parking

  1. Undur cari tiang no.1 selari dengan 1/2 body lori. Jumpa berhenti.
  2. Pusing ke kiri 2X undur lagi. Cari kon putih di belakang lori. Jumpa berhenti.
  3. Pusing ke kanan 2X undur sampai tiang no.1 selari dengan cermin sebelah kiri. Jumpa berhenti.
  4. Pusing ke kanan 1 1/2 - stereng. Pusingan undur lagi sampai nampak garisan kuning depan lori. Berhenti
  5. Luruskan lori. Mara ke depan dan berhenti. Roda depan pastikan lurus. Angkat tangan kanan.


BILA HENDAK KELUAR PETAK

  1. Pusing ke kiri 1 1/2 pusingan, undur sampai nampak garisan kuning tadi di hadapan lori. Berhenti.
  2. Pusing ke kanan 2 1/2 pusingan dan terus keluar dari petak.
  3. Guna gear 2.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wednesday 19 April 2017

PROSES MENGAMBIL LESEN GDL /PSV

Tahukah anda lesen GDL hanya boleh dimiliki oleh warga negara malaysia dan taraf penduduk tetap yang berumur 21 tahun ke atas sahaja ?

Tahukah anda lesen GDL hanya boleh diperolehi sekiranya anda telah memiliki lesen kelas D terlebih dahulu ?

Anda bercita-cita membawa lori ? Kini masanya untuk anda mengorak langkah.
Hubungi kami  Nurul Amir 019- 3878009

Ikuti proses mengambil lesen GDL di bawah:


Wednesday 12 April 2017

TIPS-TIPS LULUS UJIAN KOMPUTER KPP01 : BAHAGIAN II


Apa khabar semua....

First of all, ucapan tahniah buat calon-calon yang telah lulus Ujian JPJ Bahagian II & II kereta manual dan auto yang diadakan baru-baru ini. Tahniah kepada Yujing, Elankish, Aina Fariha,Anis Shahirah, Imran, Hal Man dan yang lain-lain. ( nama yang kami tak tulis tu jgn kecil hati ye kang entry ni jadi tajuk lain plak...hihihi )

Ok, entry kali ini ialah tips-tips lulus ujian komputer yang telah di share sendiri oleh calon-calon yang telah berjaya dengan score cemerlang 45 ke atas drpd 50 soalan.

Kita mempunyai ramaiiiiii calon yang mengambil lesen kereta dan motor sepanjang tahun. Rata-rata setiap orang memberi komen yang sama mengenai 1 perkara asas tentang ujian komputer. Iaitu Mesti Baca Buku dan Rajin buat latihan

'Kak, saya dah baca dan buat latihan banyak kali, tapi masih gagal. Help me, kak'

Mengapa ada calon masih gagal walaupun telah mengulang kaji?
Jawapannya : Cuai, careless, terburu-buru, over/under estimateconfusion.

Sebagai salah seorang penceramah KPP01, kerap kali para penceramah memberi penekanan tentang topic-topic penting secara lisan sahaja di dalam kelas ceramah. Di kesempatan ini, saya juga nak share secara bertulis dan menampakkan lebih jelas panduan-panduan yang berguna untuk kemudahan calon-calon peperiksaan KPP01.

Bagaimana pula untuk menghadapi ujian pada hari tersebut?
Jawapannya ialah Bersedia. 

Apa yang nak disediakan ?? OK itulah yang akan kita gariskan point-point nya di bawah.


1) SOALAN PERANGKAP


- berhati-hati dengan perkataan kecuali
    - jangan keliru dengan perkataan pilih jawapan yang  salah/betul sahaja
 - berhati-hati dengan perkataan minima/maksima



2) BAHAGIKAN MASA


- baca dahulu kesemua pilihan jawapan sebelum memilih yang mana paling tepat
-tandakan jawapan yang benar-benar pasti
- ambil lebih masa kepada soalan yang keliru
- peruntukkan lebih masa kepada soalan yang panjang
- ambil sedikit masa untuk menyemak kesemua jawapan sebelum submit / tamat ujian



3) SOALAN FAMOUS


Soalan panas adalah daripada topic-topic penting yang sering di bincangkan atau di highlight oleh penceramah sewaktu sessi ceramah dijalankan di class room.

Contohnya : Berapakah mata demerit bagi kesalahan memandu tanpa membawa Lesen P ? Jawapannya 5 markah
Contohnya : Berapakah mata demerit bagi kesalahan tidak mempamerkan sticker P ? Jawapannya 10 markah. So jangan fikir jawapan ikut logik akal semata atau agak2 bole kena main tembak jer especially section C berkenaan mata demerit sebab ia fakta  so kena hafal ....

Jadi, tumpukan lebih perhatian semasa mendengar ceramah di dalam kelas. Catat point-point penting yang penceramah share.

Kesemua tips-tips sudah kita bincangkan di entry ini dan di entry Tips-Tips Lulus Ujian Komputer KPP01 : Bahagian I

Tolong amalkan dan fahamkan. Kejayaan tentu bersama anda.

Selamat membaca!





Sunday 9 April 2017

Tips-tips Lulus Ujian Komputer KPP01 : Bahagian I


Assalamualaikum...

Tahniah kepada calon-calon bulan Mac yang menduduki ujian computer dengan keputusan LULUS. Maknanya lepas ni bermulalah kelas memandu anda ye...

Calon yang ingin mengambil lesen kenderaan wajib LULUS Ujian Komputer KPP01 dengan markah minimum 42/50. Masa menjawab diberikan ialah 45 minit. Sekiranya anda mendapat kurang dari markah 42 tesebut, anda boleh buat ulangan dengan bayaran ulangan sebanyak RM30 setiap kali. Sehingga anda LULUS.

 Soalan : Berapa banyak kali boleh ambil ujian computer sekiranya gagal? 
 Jawapan : Tiada had maksima tetapi mesti di dalam tempoh tidak melebihi 1 tahun dari tarikh kehadiran kursus KPP01.

Sepanjang pengalaman kami mengendalikan pelajar-pelajar sekolah memandu bukannya satu perkara yang asing sekiranya calon gagal di dalam ujian computer untuk kali pertama. 12 kali ambil periksa pun ada. Yang penting anda tidak berputus asa. Kerana memiliki lessen memandu adalah sangat penting dan ia telah menjadi perkara asas di dalam kehidupan masa kini tidak kiralah anda memiliki kereta sendiri atau pun tidak.

MAKA.......
Kami akan gariskan tips-tips untuk kita berdepan dengan soalan-soalan sebanyak 50 bilangan itu. Hmmm...apa yang susah sangat ye sehingga ujian computer begitu ditakuti. Hinggakan ada yang menyerah sebelum kalah? Mari kita kaji sama-sama.

 8 soalan untuk rabun warna
15 soalan untuk papan tanda di jalan raya
25 soalan untuk panduan berhemat ( mencegah kemalangan)
10 soalan untuk Akta undang-undang dan system demerit

JADI.....
berdasarkan maklumat di atas. Perkara pertama ialah kita sasarkan bahagian mana yang kita terror. Yakin itu penting ye adik-adik. Perasan sikit takpe...

Katakanlah kita yakin pada mata kita memang 'super crystal clear' kata orang putih. Maka, jangan langsung melakukan kesalahan di bahagian rabun warna. So, dah 8 markah full mark di situ.

Atau kita jenis yang suka pada grafik, symbol atau apa-apa yang bergambar. Maknanya otak kita cepat menangkap kalau tengok gambar daripada ayat yang meleret-leret. Maka, dah full mark 15 markah di situ.

ATAU... kita jenis yang suka matapelajaran sejarah, maka kita tentu akan score di bahagian Akta undang-undang jalan raya dan fakta-fakta mengenai perundangan jalan raya di Malaysia. Dah full mark 10 markah bahagian ini.

Tinggal lagi 25 markah untuk soalan-soalan panduan berhemat (defensive driving).Yang bahagian ini adalah kebiasannya soalan-soalan panjang, soalan mengenai pencegahan kemalangan dan agak susah. Kerana ia sedikit megelirukan. Jadi peruntukkan lebih masa di bahagian ini untuk memahami betul-betul soalan yang diberikan. Memang tiada petua lain untuk bahagian ini selain KENA BACA !!!! KENE BUAT LATIHAN BERULANG KALI. KALAU TAK BACA DAN TIADA LATIHAN CONFIRM AKAN GAGAL. CONFIRM!!!

Ha.. Nampak tak penekanan tu.
' kitorang nak buat latihan kat mana, kak? '
Kat mana lagi adik-adik oii. Kat dalam buku latihan yang diberikan tu. Di dalam buku itu telah siap dengan jawapan sekali. TINGGAL FAHAMKAN DAN HAFAL AJE LAGI.

' kami nak buat latihan yang sebijik-sebijik sama macam keluar dalam ujiam computer JPJ nanti kak '
Ohh ada... 99.9% sama seperti ujian computer JPJ kelak.
Klik pautan ni --------->     http://jpjkpptest.com/

Ada lagi soalan?
' kami nak buat latihan dalam handphone. Maklumlah telefon kami canggih-canggih'
Ada.... Dalam handphone korang ada google play/ apple store kan? Type KPP Test. Pilih yang version lama atau baru. Lebih kurang aje. Download.
Sila buat latihan berulang kali sampai yakin. Tak susah pun. Baca dan klik-klik je sambil duduk atas katil, sambil makan chips pun boleh.

Telah banyak tips-tips yang diberikan oleh cikgu-cikgu di sekolah memandu anda, tips di dalam blog-blog/fb/insta atau dari kawan-kawan. But the most tips of all tips is 'No pain No gain' . Tiada usaha maka susah lah nak berjaya.

Buat adik-adik yang telah mendaftar dengan kami dan akan menduduki ujian computer minggu hadapan. Good Luck ! Begitu juga selamat maju jaya kepada adik-adik di sekolah memandu yang lain.



Salam sayang
- Cikgu Nurul Amir

Saturday 1 April 2017

KPP TEST JPJ ONLINE



Salam Semua....

Hari ini kami nak kongsikan tentang KPP01 iaitu computer test. Ujian computer ini adalah the very first step to obtain a Malaysian driving license.
Markah lulus minima ialah 42/50. Sekiranya anda mendapat markah 41/50 ia bermakna anda telah pun gagal!

Selain daripada buku ujian computer yang dibekalkan oleh institute memandu. Kini,  pelajar-pelajar juga boleh belajar secara online. Di mana software KPP01 test JPJ online ini mengandungi lebih dari 1000 soalan, sangat interaktif dan menyerupai ujian sebenar 99.99%.

Sila klik pautan ini untuk membuat ujian secara online     http://jpjkpptest.com/

Jangan berputus asa sekiranya anda mendapat markah yang rendah daripada 42/50. Ini kerana anda berpeluang untuk melakukan ujian ini berulang kali di dalam aplikasi ini. Lakukan seberapa banyak kali yang boleh, kerana latihan yang mencukupi akan membuatkan anda yakin untuk menduduki ujian yang sebenar. Ujian yang sebenar nanti cuma 1 kali sahaja ye... Jika gagal, anda boleh membuat ujian ulangan dengan bayaran tambahan.

Kini terdapat juga software KPP01 yang boleh didapati di dalam telefon bimbit masing-masing. Anda cuma perlu pergi ke Google Store dan taip kpp test. Ada beberapa pilihan disediakan. Click dan download.


Selamat mencuba!!


Bagaimana Untuk Mendapatkan Lesen Memandu Kereta 2017

Assalamualaikum and hi to all..

How to obtain a car driving license in this current year ?

Proses mengambil lessen kereta telah banyak mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Ia tidak lagi sama seperti 10 tahun yang lalu dan pelbagai perubahan akan terus dilakukan untuk meningkatkan kualiti pemanduan dan kepatuhan kepada undang-undang jalan raya di Malaysia.

To secure a car driving license, one must be a 17 years old and above. After registration been done with us, you are require to attend 6 hours theory course (KPP01) which will be held on Saturday/Sunday only. Later on, do some revision to seat a computer test conducted in either English or Bahasa with minimum score of 42/50 to pass the exam. If you pass, you will get the Learner's Driving Licence (LDL=L) . If you failed, you may reseat the exam for a cost of RM30 only.

Once LDL is ready, KPP02 will take place for the 5 1/2 hours course where candidates are taught the Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) and Rutin Sebelum Memandu (RSM)

For the next is KPP03 course where a total minimum of 10 hours practical lessons is conducted to do all bahagian II - slope, side parking, 3 point turn, S course, Z course, going uphill and bahagian III - road driving or jalan raya.

Candidates then has to go through  the Qualifying Test (QTI) or pra ujian test with the internal testers before the real driving test by JPJ officials. After the exam date with JPJ has confirmed, be prepared and steady to be tested on the exact date. Passed in bahagian II and bahagian III will get you a Probational Driving License (PDL).

PLEASE BEAR IN MIND......
YOUR PDL MUST BE CONVERT INTO COMPETENT DRIVING LICENSE (CDL) WITHIN A YEAR ONCE IT EXPIRED. FAIL TO DO SO, YOU ARE IN BIG TROUBLE BECAUSE YOU MUST RESEAT EVERYTHING FROM BEGINNING TO GET BACK YOUR PDL.

We have covered the car licence topic in this article. We will continue to the next entry for more topics.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui email di :  safedrive.ent@gmail.com

atau wasap/call/msg di :

                019- 3878009 Cikgu Nurul


atau datang ke pejabat di :

                                NO. 30 GERAI ANEKA MPPJ,
                     PJS 2C TAMAN MEDAN,
                     46000 PETALING JAYA
                  

  

TANYA KAMI



Kami sering mendapat pertanyaan-pertanyaan tentang kemusykilan prosedur pengambilan lesen memandu. Begitu juga masalah-masalah teknikal yang dihadapi semasa,sebelum dan selepas proses mengambil lesen dilakukan.

Kami ingin membantu anda dengan menjawab seberapa banyak permasalahan yang anda alami. Ada 4 cara untuk anda menyampaikan 1001 persoalan anda. Dari pilihan-pilihan di atas, anda punya banyak cara untuk menanyakan soalan kepada kami.

Jangan malu dan segan-segan untuk bertanya. Kemusykilan anda boleh menjadi satu penyelesaian untuk orang lain apabila kami share kan pertanyaan-pertanyaan ini.

Selamat memandu dengan selamat dan cermat kepada semua pemegang lesen kenderaan.


Monday 20 March 2017

LESEN KERETA AUTOMATIK

Memiliki lesen kereta ialah perkara yang WAJIB anda dapatkan untuk memiliki kereta idaman. Lesen automatik atau lesen manual? Ia sepenuhnya bergantung pada pilihan anda.

Biar kami membantu anda untuk membuat pilihan dengan membuat perbandingan dan mengetahui perbezaan antara kedua-dua lesen ini.

1. Harga
Lesen kereta manual = RM1,398
Lesen kereta automatic = RM1,998
* perbezaan rm600 lebih murah kereta manual

2. Silibus Ujian
Lesen kereta manual mempunyai 5 bahagian
Lesen kereta automatic mempunyai 6 bahagian
*penambahan silibus untuk lesen kereta auto

3. Pemegang Lesen
Pemegang lesen manual berkelayakkan memandu kereta automatik
Pemegang lesen auto tidak berkelayakkan memandu kereta manual.
*adalah satu kesalahan sekiranya pemegang lesen auto memandu kereta manual

Kelebihan mengambil Lesen Auto :
1. Anda tidak perlu fikir tentang fungsi clutch kaki
2. Anda tidak berasa panik untuk membuat imbangan minyak dan cluch. Hanya fokus kepada pemanduan.
3. Sekiranya anda ialah pengguna kereta auto untuk kegunaan harian selepas memiliki lessen memandu nanti.

Friday 17 March 2017

Mari Belajar Memandu Semula ( REFRESH)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Adakah anda telah memiliki lesen memandu kereta tetapi masih tidak boleh memandu kerana faktor-faktor tertentu?

Jangan bimbang. Kini anda boleh memandu semula dengan mengikuti 'Kelas Memandu Semula'  atau yang dipanggil 'refresher' khusus untuk mereka yang sudah lama tidak memandu, fobia (ketakutan melampau) untuk memandu atau tidak yakin  untuk memandu lagi.

Kami menyediakan seorang guru wanita yang berkemahiran dalam mengendalikan pelbagai permasalahan calon memandu selama 15 tahun pengalaman di dalam bidang ini. Dengan usaha dari pihak puan-puan dan tuan-tuan sekalian bersama tenaga pengajar yang bersedia membantu di sini. Insyaallah objektif untuk memandu semula akan menjadi kenyataan.      

Pelan pembelajaran bagi Kelas Memandu Semula adalah mengikut keberanian dan kecekapan calon mengendalikan kereta dengan selamat. Tempoh masa yang disyorkan ialah minima 2 jam kelas memandu. Di mana anda boleh menggunakan kereta sendiri atau menggunakan kereta pihak kami iaitu kereta Axia.

                          Berikut adalah harga Kelas Memandu Semula :

                              1 jam = RM 70.00 menggunakan kereta kami (Axia Auto)
                              1 jam = RM 60.00 menggunakan kereta kami (Axia Manual)
                              

Berminat sila hubungi 

Nurul 019-3878009










Friday 17 February 2017

KELAS MEMANDU KERETA GURU WANITA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Adakah anda mencari-cari seorang guru wanita untuk belajar kelas memandu kereta?

Ya, kami menyediakan perkhidmatan guru wanita untuk kelas memandu kereta manual dan auto. Anda hanya perlu request sahaja.

Pusat memandu terletak di Petaling Jaya. Mempunyai kemudahan LRT yang begitu hampir dengan litar sekolah memandu iaitu perhentian LRT Asia Jaya. Perkhidmatan bas percuma juga disediakan bagi penduduk Petaling Jaya iaitu PJ City Bus yang beroperasi seawal 6.30 pagi setiap hari.

Untuk keterangan dan pertanyaan sila hubungi :

                                            NURUL AMIR 019-3878009

                                     
                                        No. 30 Gerai Aneka MPPJ
                               PJS 2C, Taman Medan,
                               46000 Petaling Jaya

SYARAT LULUS UJIAN MEMANDU KERETA MANUAL

Syarat lulus ujian memandu telah banyak mengalami perubahan semenjak 10 tahun yang lalu. Ini kerana pihak JPJ telah menaik taraf mutu dan kualiti pengguna jalan raya agar statistik kemalangan jalan raya dapat diminimumkan.

Rutin Sebelum Memandu atau yg dipanggil 'RSM' ini dan Rutin Pemeriksaan Kenderaan atau ringkasannya 'RPK' ini merupakan antara modul yang penting sebagai syarat lulus ujian memandu.
Di mana calon yang menduduki ujian memandu diwajibkan melakukan gerak tangan, gerakan fizikal, pemeriksaan kenderaan dan penerangan secara lisan (bercakap).

Jadi apabila nama calon telah mendapat tarikh ujian, maka pada hari ujian tersebut, RSM dan RPK anda akan diuji oleh pegawai pemeriksa JPJ.

Sila ikuti nota di bawah untuk memahami apa itu RSM dan RPK ini.

Rutin Sebelum Memandu (RSM)
1. Calon masuk ke dalam kereta. Tarik brek tangan.
2. Tekan cekam kaki (clutch) dan laras tempat duduk
3. Luruskan pergelangan tangan ke hadapan stereng (untuk menentukan kedudukan tangan) dan laras     tempat penyandar belakang
4. Laras 3 cermin iaitu cermin pandang belakang, cermin sisi kanan dan cermin sisi kiri
5. Gear bebas (di N untuk auto), hidupkan enjin kereta

6. Pastikan semua penunjuk pada panel instrumen berfungsi dengan baik (bacakan) :
    a) Tolok bahan bakar (paras petrol)
    b) Bacaan ODO
    c) Lampu amaran brek tangan
    d) Lampu amaran bateri

7. Bacakan :
    a) Meter kelajuan
    b) Lampu amaran tekanan minyak enjin -kiri bawah
    c) Lampu amaran suhu - 3 dari kiri

8. Di bahagian kanan stereng - tolak panel lampu isyarat ke bawah-kanan-atas-kiri
9. Putar hujung panel lampu isyarat ke depan 1 kali untuk buka lampu rendah, putar ke depan 2 kali    untuk buka lampu tinggi, tolak ke depan untuk buka lampu besar
10. Di bahagian kiri stereng- tarik panel wiper ke belakang untuk mengeluarkan air pencuci cermin.  Dan menguji pengelap cermin (wiper)
11. Menguji lampu kecemasan (hazard light)
12. Membunyikan hon sekejap
13. Pakai tali pinggang dan menguji fungsinya dengan menyentap tali tersebut hingga keadaan 'lock' kemudian baru menarik dengan lembut dan 'buckle up"

Tamat 13 perkara di dalam RSM.

Jangan malas atau sengaja meninggalkan kesemua rutin-rutin ini. Setiap darinya mengandungi markah yang akan dikira oleh pemeriksa JPJ.

Kita sambung RPK pula di next entry 😀

Tuesday 24 January 2017

CAMPAIGN : NO TEXTING WHILE DRIVING

Hello friends and all readers,

Please, enjoy this comic......




Kinda weirdo type of comic rite? Scary and absolutely not enjoyable. But still... someone has sketched this. WHY? Simply because people were dying because of self centered human beings.

Having a hard time to recall yourself as one of the person who texting while driving ??? Well that is a good news. Keep up the good deed to save lives. More lives....

Cheers~

Wednesday 18 January 2017

BELAJAR MEMANDU KERETA MANUAL

Salam sejahtera dan assalamualaikum,

Terima kasih kerana mengunjungi page kami.

Kepada semua calon yang telah tamat menduduki ujian JPJ pada tahun 2016 yang lalu dan telah mendapat lesen penuh, TAHNIAH kami ucapkan berserta slogan di bawah 😃


Kepada mereka yang masih mencari-cari kelas memandu kereta manual di tahun 2017 ini, kami bersedia membantu anda. Kereta yang digunakan ialah perodua axia.Guru yang disediakan untuk mengajar memandu iaitu guru wanita dan lelaki.

Daftar segera tanpa berlengah lagi. Kami menunggu panggilan dari anda. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
               
                                                         0193878009  NURUL
                                                                 PEJABAT :
                                                  NO. 30 GERAI ANEKA MPPJ,
                                                     PJS 2C , TAMAN MEDAN,
                                                       46000 PETALING JAYA,
                                                   SELANGOR DARUL EHSAN