Friday 19 October 2018

PAKEJ MEMANDU GERENTI LULUS

Assalamualaikum warga Malaysia semua..
And Hello!

Sebagai pengguna yang bijak, kebanyakkan dari kita akan membuat research terlebih dahulu sebelum membuat keputusan final untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan. Apatah lagi harga barangan atau perkhidmatan tersebut boleh dikategorikan sebagai mahal.

Semestinya pakej-pakej menarik yang ditawarkan oleh pihak penjual akan memberi lebih tarikan dan godaan seperti tawaran diskaun , potongan harga istimewa, atau harga promosi. Namun apa yang perlu diingatkan ialah sejauh mana jaminan dan tawaran hebat ini adalah benar?

Kami menerima bukan sedikit pertanyaan tentang pakej gerenti lulus bagi lesen memandu kereta. Acapkali, itulah pertanyaan yang paling sering didengari. Lalu kami terus bertanya,

Apakah yang ingin di gerenti itu?

'Janji lulus!' - jawab mereka ini.

Tidak kurang juga, ada yang datang kepada kami untuk menyambung semula latihan memandu dari tempat lain kerana tidak berpuas hati di tempat lama. Mereka dikatakan telah ditipu. Setelah ditanya,

'Apa yang anda telah ditipu oleh pihak tersebut?'

'Saya telah gagal ujian memandu. Tetapi saya telah membuat bayaran penuh untuk Pakej Gerenti Lulus'

--END--

Secara jujurnya, sebagai seorang instruktor memandu selama 17 tahun, isu lesen gerenti lulus, lesen terbang dan macam-macam nama yang diberikan ini adalah isu 'overrated'. Daripada iklan-iklan atau flyers atau dari mulut ke mulut ia kedengaran begitu 'tempting' sekali oleh public. Caranya mudah dan murah (bg yg mampu).

Lojiknya, siapalah yang tidak mahu tawaran hebat itu kan?. Namun, adakah sesuatu yang mudah dan murah itu lojik?
Tidak semestinya.
Bukan semua perkara boleh diberi nilai dengan wang.

TAKUT GAGAL??
TIADA MASA??
BENDA MUDAH??
KITA SANGAT ISTIMEWA??

Why must we hope the environment suits us. We were supposed to fit in the environment.


BAHAGIAN 1: Calon wajib duduki ujian komputer
Jika calon gagal ujian komputer HANYA RM30 diperlukan untuk mengambil ujian semula. 10 kali gagal sekali pun jumlah yang perlu dibayar baru rm300 sahaja. Banyak aplikasi di play store yang boleh membantu untuk latihan ini. Taip sahaja KPP01 test di play store dan download. In fact, kita tak perlu re-take sampai 10 kali pun. Jika kita telah gagal sebanyak 3 kali, bawa ketiga-tiga keputusan gagal tersebut ke ibu pejabat JPJ negeri untuk memohon ujian lisan.
Proses ini memang akan mengambil masa lebih panjang dan sedikit lambat untuk mendapatkan tarikh ujian lisan namun berbaloi untuk kita tunggu and go thru all the process sebab dengan ujian lisan ini biasanya akan terus lulus. JPJ memang akan bantu dan kita jimat wang tak perlu nak spent extra money and the most important kita ikut saluran yang betul. Hati pun senang.

BAHAGIAN 2:  Ujian litar
Semasa latihan, calon akan memandu di dalam kawasan litar yang digunakan oleh JPJ untuk hari ujian sebenar. Latihan demi latihan diberikan pada setiap kali kelas memandu dijalankan. Jika masih rasa lemah, kita boleh tambah jam latihan.
Jika anda gagal bahagian ini, bayaran ulangan RM200 untuk menduduki semula ujian di bahagian 2 ini.
Kadang kala pada hari ujian perasaan kita memang tak sama sewaktu latihan. Ia normal...tetapi dengan pengalaman ia memberikan keyakinan dan pasti kita boleh lulus sewaktu sesi ulangan ini. . cuma tips semasa ujian praktikal tidak kira anda duduki untuk pertama kali atau menduduki ulangan adalah be calm, always take a deep breath and do your best...

BAHAGIAN 3 : Ujian jalan raya
Semasa latihan, calon akan dilatih berulang kali melalui jalan yang sama seperti mana di masa ujian oleh JPJ nanti. Calon akan diberi penekanan hal-hal mandatori yang boleh membuat anda gagal serta merta dan calon perlu menitik beratkan kepentingan keselamatan untuk semua pengguna jalan raya yang lain. Calon perlu menerapkan sikap tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya yang berhemah.
Jika calon dapat mengekalkan cara pemanduan yang baik sepertimana sewaktu latihan... anda pasti boleh lulus. Instruktor memandu akan berusaha mempersiapkan calon sehingga mereka bersedia untuk menduduki ujian JPJ tersebut. Yang empunya diri apatah lagi kan, mestilah nak lulus. JPJ sendiri pun memang akan meluluskan calon yang memang layak.
Penilaian penguji hanya SATU. Selepas anda lulus kelak anda tidak membahayakan diri anda dan pengguna jalan raya yang lain.
Ladies and gentlemen always remember jika anda gagal sekali bukan bererti kita gagal seterusnya jangan menyerah kalah. Menduduki ulangan memang ada harganya tapi nilai perjuangan itu lebih mahal jika pemanduan kita di masa akan datang dapat menyelamatkan banyak nyawa.

Kesimpulan daripada prose-proses di atas ini,
Jumlah wang tambahan( untuk ulangan)  yang anda perlu sediakan adalah sebenarnya seperti jumlah-jumlah yang telah saya sebutkan di atas ini sahaja (might vary from other) Masa yang diambil untuk keseluruhan proses lesen ini lebih kurang 3 bulan dan semua orang melalui proses yang sama dalam mengambil lesen (kecuali bukan di bandar). Proses lesen ini tidaklah terlalu sukar dan tidaklah begitu mudah. Ia adalah proses pembelajaran tak kira berapa usia anda sewaktu pendaftaran dibuat. Jadi mengapa kita perlu ke saluran 'janji manis' yang menjanjikan ia mudah pada peringkat awalnya tetapi pada akhirnya ia menyusahkan kita semula.

Berbaloikah kita rasa cemas dan berpeluh setiap kali road block kerana kita sendiri tidak yakin dengan lesen yang kita pegang ??

TAK BERBALOI.