Wednesday 29 November 2017

Lesen Lori (E) @ GDL? PSV pula ??


Assalamualaikum dan selamat bercuti...


Lebuh raya utama ke utara mahupun ke selatan kembali sesak pada setiap hujung minggu. Destinasi percutian popular seperti Bandar Melaka, Cameron Highland, Pulau Pinang dan banyak lagi destinasi pilihan rakyat Malaysia kini sedang menerima kunjungan pelancong begitu banyak sekali.

Dalam kesesakkan jalan raya tiba-tiba ada pula beberapa buah lori di jalan yang sama. Terus hati kecil kita bersuara 'kenapa lah ada lori dalam sesak begini'. Iya tak? Apa yang sebenarnya kita rasakan ialah perasaan tidak selesa kerana kenderaan tersebut mempunyai saiz yang 2 kali ganda malah ada yang 4 kali ganda lebih besar dari saiz kereta biasa. Ia menghalang pandangan kita dan membuat kita merasa bimbang dan tak keruan. Apatah lagi berita-berita kemalangan yang biasa kita dengar melibatkan lori kebanyakkannya ialah kes kemalangan jiwa yang menyayat hati. Ini menyebabkan kita merasa tidak tenang dan tidak selesa berkongsi ruang jalan dengan lori-lori yang lain.

Namun hakikatnya disebalik lori-lori besar tersebut mereka juga ialah manusia biasa seperti kita yang tidak lepas dari melakukan kesalahan di jalan raya. Untuk mewujudkan persefahaman ini mari kita lihat dari sudut pandang yang lain pula.

 SIAPAKAH MEREKA YANG MEMANDU LORI ?

TAHUKAH ANDA BAGAIMANA PEMANDU-PEMANDU LORI INI MENDAPATKAN LESEN MEREKA?

Mereka wajib memiliki Lesen Kereta Manual (CDL) yang melebihi 1 tahun sebelum layak memohon lesen lori (E).  Yang masih mempamer sticker P (kereta) masih belum layak ye.... 

Mereka wajib menjalani Kursus KPP 02 (kursus penyelenggaraan kenderaan, keselamatan jln raya, undang-undang dan etika pemanduan). Dengan menduduki kursus tersebut mereka akan memperoleh Lesen L yang akan digunakan hanya untuk latihan belajar memandu lori iaitu Latihan Praktikal di litar memandu. Selepas cukup latihan dan layak diuji, mereka akan menduduki ujian praktikal oleh Pegawai JPJ.

Bagi pemandu kereta lazimnya pemandu wanita (yg paling ramai takut dgn lori). Kita menganggap semua pemandu lori adalah sama, mereka boleh memandu apa jenis lori pun. Anggapan ini salah. Kerana ia tidak semestinya begitu. Ini kerana lori yang juga dipanggil kenderaan perdagangan ini memerlukan lesen yang berbeza untuk memandu mengikut jenis lori yang berbeza muatan dengan berbeza tujuan. Maknanya seorang pemandu lori tidak semestinya memiliki setiap lesen utk memandu pelbagai jenis lori. 

Sebagai contoh:
Ahmad bekerja sebagai pemandu lori ais (3 tan). Beliau berusia 21 tahun.
Apakah jenis lesen yang Ahmad perlu miliki?
Lesen kereta CDL (yg dimiliki lebih 1 tahun) dan lesen GDL (Goods Driving License ) <--- inilah jawapannya.
Goods disini merujuk kepada barangan. Barangan itulah AIS yang nak dibawa Ahmad di dalam lorinya tadi kan...

Jadiiiiiiiiii nak memohon GDL, Ahmad perlu LULUS medical check up, menghadiri kursus dan LULUS ujian bertulis objektif. Dan paling penting, Ahmad telah berusia 21 tahun (syarat ambil GDL). Setelah lulus dan mendapat GDL (D) maka... kerjalah Ahmad sebagai pemandu lori ais yang sah disisi undang-undang.
Ahmad kini pemegang lesen :
D (CDL) - kereta
GDL (D) - lori yang bawa barangan bawah 3 tan
.
.
.
.
Setelah 1 tahun berlalu, Ahmad telah bosan menjadi pemandu lori ais, Ahmad mula mengintai peluang untuk berniaga. Iaitu menjadi pembekal ayam dan itik (hidup) menggunakan lori ayam (lebih 3 tan). Apakah Ahmad boleh terus membawa lori ayam tersebut dengan menggunakan lesen sedia ada ? TIDAK BOLEH! 
Ahmad perlu memohon Lesen E(lori) terlebih dahulu. Ahmad perlu menghadiri Kursus KPP 02 yang disediakan oleh Institut memandu, setelah selesai kursus tersebut barulah Institut Memandu boleh menguruskan lesen belajar memandu lori. Setelah mendapat lesen belajar, Ahmad perlu menjalani latihan praktikal selama 8jam (belajar memandu dan mengendali lori) dan sekiranya Ahmad LULUS ujian praktikal JPJ. Barulah Ahmad layak mendapat Lesen E(lori).  TIADA UJIAN UNDANG-UNDANG(komputer) lg sebab Ahmad sudah memiliki lesen D untuk kereta.

Bagaimana pula dengan lesen GDL yang telah dimilikinya sebelum ini? Adakah ia memadai kerana GOODS di sini merujuk kepada barangan itu ialah ayam/ itik. Jawapannya, masih tidak memadai.

Ahmad perlu memohon untuk menaik taraf lesen GDL(D) nya kepada GDL (E) iaitu KEJUR. Untuk melalui prosedur ini Ahmad hanya perlu LULUS medical check up dan menduduki kursus. TIADA UJIAN bertulis objektif lagi. Proses ini kita namakan naik taraf (upgrade) kelas GDL (D) kepada GDL (E). Setelah selesai kursus Ahmad akan memperolehi GDL (E). 
Ahmad kini pemegang lesen :
D (CDL) - kereta
GDL (E) - lori yang bawa barangan (KEJUR)
Lesen E  - lori yang bawa muatan lebih dr 3 tan
.
.
.
.
Setelah 2 tahun berlalu, ekonomi tidak begitu cantik maka perniagaan Ahmad merudum. Ahmad telah ditawarkan bekerja sebagai pemandu lori semula. Kali ini lori pasir. Sekali lagi soalan saya, adakah lesen yang telah dimilikinya melayakkan Ahmad memandu lori pasir di sisi undang-undang?

Jawapannya BOLEH. 

Bagaimana pula jika Ahmad ingin membawa lori kontena NOZOMI@EVERGREEN contohnya...

Jawapannya TIDAK BOLEH. 

Ahmad perlu upgrade lesen GDL (E) KEJUR kepada Lesen GDL (E) - SENDI. 
Ahmad perlu sekali lagi LULUS medical check up, menghadiri kursus dan LULUS ujian bertulis objektif . Selepas itu Ahmad perlu menjalani latihan praktikal memandu lori bersendi (lori kontena) dan LULUS UJIAN PRAKTIKAL oleh JPJ. 
Ahmad kini pemegang lesen :
D             - kereta
GDL (E) - lori yang bawa barangan (KEJUR)
Lesen E  - lori yang bawa muatan lebih dr 3 tan
GDL (E) - lori yang bawa barangan (SENDI)
.
.
.
.
Setelah 3 tahun berlalu, Ahmad tidak lagi berminat membawa lori pasir dan kontena. Ahmad ingin membawa bas persiaran pula. Membawa penumpang-penumpang ke destinasi yang mereka ingin lawati. Jadi adakah Ahmad layak membawa bas persiaran dengan lesen-lesen yang telah dimilikinya di sisi unang-undang?

Jawapannya MASIH BELUM LAYAK
Ahmad perlu memohon satu jenis lesen untuk membawa penumpang yang dipanggil Lesen PSV (Public Services Vehicles)Public di sini merujuk kepada PENUMPANG iaitu orang awam. Untuk memohon lessen ini Ahmad perlu LULUS medical check up, menghadiri kursus dan LULUS ujian bertulis objektif.  Selepas itu Ahmad perlu menjalani latihan praktikal memandu bas dan LULUS ujian praktikal oleh JPJ.
Ahmad kini pemegang lesen :
D             - kereta
GDL (E) - lori yang bawa barangan (KEJUR)
Lesen E  - lori yang bawa muatan lebih dr 3 tan
GDL (E) - lori yang bawa barangan (SENDI)
PSV        - bawa penumpang


                  **keputusan medical check up sah untuk tempoh 3 bulan sahaja.

Jelas disini menunjukkan tidak mudah untuk menjadi seorang pemandu lori. Mereka melalui pelbagai peringkat ujian oleh JPJ untuk mengembangkan lagi kerjaya mereka. Sama seperti kita yang mempunyai profession sebagai guru atau pekerja kilang. Kita melalui ujian2 di sekolah atau pun di kilang untuk kenaikan pangkat dengan peluang gaji yang lebih selesa. Bezanya pemandu lori bekerja di atas jalan raya sepenuh masa yang mendedahkan dirinya kepada bahaya kemalangan yang sangat tinggi. Maka ujian2 yang diatur oleh JPJ dan kursus yang disediakan telah mengambil kira faktor-faktor tersebut. 

Namun kemalangan jalan raya yang melibatkan lori masih menghiasi di dada akhbar. Tetapi adakah wajar kita meletakkan 100% kesalahan kepada kenderaan berat ini ?

Bagaimanakah kita dapat mengatasi keadaan ini ?

Sila ikuti entry seterusnya....

Tuesday 28 November 2017

Pendaftaran Lesen Memandu Di Petaling Jaya

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera.

Sebagai seorang guru memandu yang telah berada di dalam industri ini hampir 17 tahun sehingga sekarang. Kecintaan dan passion di dalam bidang ini adalah sama seperti seorang guru berjaya mendidik anak muridnya sehingga mereka tidak berjaya di dalam ujian yang mereka duduki.

Mendidik dan mengajar untuk sekolah memandu lain pula cabarannya kerana kami berhadapan dengan kepelbagaian latar belakang, kewarganegaraan, dialek, bangsa dan pelbagai peringkat usia dari seawal umur 16 tahun sehingga berusia ke berapa pun masih boleh mengambil lesen sekiranya layak. Ada kumpulan pelajar, kumpulan pekerja, kumpulan pekerja warga asing, kumpulan suri rumah, kumpulan orang-orang pencen ( tidak terkecuali ya), kumpulan profesional (yang bekerja di awan, di laut, di tengah laut, di bawah laut pun ada), kumpulan makcik-makcik (alasan mereka senang nak ke surau belajar agama...comel sangat tu), kumpulan OKU, kumpulan expatriate dannnnnnn golongan-golongan artis, insta fames dan selebriti. Bottom line is, selagi kita menggunakan jalan raya, keperluan untuk memiliki lesen kenderaan telah menjadi keperluan paling asas untuk setiap individu kini.

Hujung tahun 2017 kembali lagi. Di mana pelajar-pelajar sekolah telah pun bermula cuti sekolah pada minggu ini. Pelajar yang menduduki SPM dan PMR semua telah tamat menduduki ujian bagi tahun 2017.

Bagi ibu bapa yang merancang kemasukkan anak-anak ke sekolah memandu boleh lah membuat pendaftaran sekarang. Apakah dokumen yang diperlukan dan cara bayaran?

  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang
  • Salinan kelas lesen yg pernah ada
  • Bayaran pendaftaran dari RM500

Telefon kami di talian 019- 3878009 Cikgu Nurul
Senarai harga terkini seperti gambar di bawah