Tuesday 2 May 2017

LANGKAH YANG PERLU DI AMBIL JIKA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malang tidak berbau.

Sekiranya ia dapat dihidu tentulah kita dapat mengetahui bilakah kemalangan akan berlaku. Walau bagaimana pun terdapat pelbagai langkah keselamatan yang dapat di ambil untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Kita akan membincangkan topik itu di dalam entry yang lain.
Untuk entry ini kita akan membincangkan tentang apakah langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya kita terlibat di dalam kemalangan jalan raya.

Situasi : Anda sedang memandu kereta di lorong tengah dan tiba-tiba dang!!!! anda tersedar anda terlibat di dalam kemalangan.

1. Jika kawasan kemalangan sunyi dan tidak selamat cuba kenal pasti jenis kereta dan no pendaftaran kenderaan yang berlanggar. Setelah pasti kawasan kemalangan selamat dan anda pun selamat (ditakuti kemalangan yang dirancang- tujuan merompak dan sebagainya) barulah anda keluar dari kenderaan untuk memeriksa keadaan kenderaan anda. Jika ada rasa curiga terus ke balai polis berdekatan.

2. Nyalakan lampu hazard kenderaan dan meletakkan segitiga keselamatan dalam jarak 20m dari kawasan kemalangan.

3. Ambil gambar kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan. Di bahagian depan, sisi kanan, sisi kiri dan belakang kenderaan. Ambil gambar roadtax dan juga kad pengenalan dan lesen memandu pemandu kenderaan yang terlibat.

4. Sekiranya kereta anda mengalami kerosakkan teruk dan tidak dapat mengerakkan kereta, hubungi tow truck yang disediakan oleh syarikat insurans kenderaan anda. Anda boleh mendapatkan nombor telefon tersebut pada sticker yang dibekalkan oleh syarikat insurans anda untuk menampal roadtax kereta atau hubungi syarikat insuran anda untuk khidmat tow truck so pastikan anda tahu apakah syarikat insuran kenderaan anda. khidmat tersebut adalah percuma oleh syarikat insuran. Bila berlaku kemalangan selalu sangat banyak offer tow truck dari entah mana2 datangnya...jadi hati2 sebab akan ada charge tambahan jika ambil tow truck yang bukan dari syarikat insuran kenderaan anda.

5.  Pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan kemalangan yang berlaku bagi pihak anda.


Nota kaki : 

  • Sekiranya kereta anda boleh digerakkan, tolong alihkan ke bahu jalan untuk berbincang atau mengambil gambar kecederaan kenderaan anda. Demi mengelakkan kesesakkan lalu lintas. 
  • Bagi yang tidak terlibat dalam kemalangan tolong jangan berhentikan kenderaan untuk melihat kejadian jika tiada niat untuk membantu.
  • Bagi mereka yang suka mengambil kesempatan di atas kesulitan orang lain, contohnya mencuri wallet mangsa, telefon bimbit, jam tangan, duit...  Hentikan lah perbuatan kejam ini.!!

Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak panduan kepada kita semua agar keadaan panik dan cemas dapat diatasi dengan info-info yang telah dikupas disini.