Sunday 15 July 2018

LET THEM WIN..

Assalamualaikum,

Hari ini adalah kebahagian buat penyokong tegar bola France atas kemenangan negara itu menentang Croatia malam tadi. World Cup yahhh.. Always leave us memories once in 4 years. They have won. 

Tetapi ada juga jenis 'pertandingan' yang kita tak perlu menang. 

We are in competition everyday. Bertanding siapa yang lebih cepat, siapa yang lebih bijak, siapa yang lebih tepat, siapa yang lebih betul, siapa yang lebih berkuasa, siapa yang lebih dahulu dapat info, siapa yang lebih effisyen,.... and what not.

But none of these determine who we are when we decided to compete on the road. Because it is useless. It could risk your life and others too.

So, be cool. Give ways.
Let them win...

Thursday 12 July 2018

Pemanduan di Waktu Malam

Assalamualaikum and Happy Friday,

Sekiranya kita merancang untuk perjalanan yang jauh, ada di antara kita memilih untuk memandu di waktu malam atas faktor keselesaan tidak panas dan sebagainya. Namun terdapat beberapa faktor yang perlu kita titik beratkan bagi pemanduan di waktu malam.

Memandu di waktu malam memerlukan kemahiran yang berbeza jika dibandingkan semasa memandu di waktu siang. Pemandu yang memandu di waktu malam tidak dapat melihat bahaya semudah yang dapat dilihat di siang hari. Kesannya pemandu tidak dapat bertindak dengan lebih cepat akibat bahaya yang datang dan dilihat secara tiba-tiba.

3 faktor yang menjadi masalah kepada pemanduan di waktu malam adalah faktor manusia, jalanraya dan kenderaan itu sendiri.

FAKTOR MANUSIA
A. Penglihatan Pemandu
- tidak dapat melihat dengan jelas selepas terkena cahaya lampu kenderaan yang datang dari arah hadapan.
- penglihatan pemandu kembali normal selepas 7 saat pada setiap kali berhadapan dengan cahaya lampu kenderaan.
- dalam tempoh di atas, pemandu-pemandu dalam keadaan tidak jelas dan membahayakan.

B. Kesihatan Pemandu
- memandu dalam keadaan mengantuk
- memandu dalam keadaan mabuk
- memandu dalam keadaan kesihatan tidak normal
- memaksa diri memandu dalam keadaan tidak bersedia

FAKTOR JALAN RAYA
Keadaan Dan Persekitaran Jalanraya
- pemandu mestilah dapat menyesuaikan diri dengan permukaan jalan raya, bentuk,saiz jalanraya dan lain-lain.
- memandu pada waktu malam di kawasan yang tidak terdapat lampu dan hanya semata-mata bergantung kepada lampu utama sesebuah kenderaan.
- cahaya lampu di waktu malam yang mencapah keluar daripada lampu papan iklan, lampu bangunan dan lampu di jalan raya kadang-kala mengelirukan pemandu.

FAKTOR KENDERAAN
A. Lampu Besar Hadapan dan Lampu-lampu Lain pada kenderaan
- lampu besar hadapan sangat penting bagi kenderaan bergerak di waktu malam.
- pelarasan tinggi rendah kedudukan daripada lampu besar hadapan hendaklah betul.
- lampu brek dan lampu isyarat hendaklah berfungsi dengan baik.
- lampu-lampu lain pada kenderaan seperti lampu pembalikan cahaya(lampu signal), lampu berhenti, lampu belakang, lampu kecemasan (hazard light) mestilah dalam keadaan bukan sahaja berfungsi malah dalam keadaan bersih!

B. Skrin hadapan/belakang ,Cermin Tepi Kiri Kanan
- debu-debu yang terdapat di skrin hadapan dan belakang yang tidak dibersihkan boleh menimbulkan cahaya yang menyilaukan apabila terkena cahaya daripada lampu kenderaan samada yang datang daripada hadapan atau belakang.
-keadaan pencuci cermin(wiper) yang tidak berfungsi dengan baik akan membahayakan pemandu ketika hujan di waktu malam.










Monday 9 July 2018

Jaga Jarak Jaga Jarak Jaga Jarak

Kenapa kita kena jaga jarak?
Kenapa jaga jarak itu penting?
Benarkah jarak yang selamat dapat mengelak daripada kemalangan?

Jika menjaga jarak ini tidak penting, tentulah syllibus ini tiada dalam sukatan pelajaran di dalam kelas latihan memandu. Tajuk syllabus itu ialah Peraturan Jarak.

JARAK MENGEKORI
Jarak diantara kenderaan yang dipandu dengan kenderaan yang berada di hadapan di panggil jarak mengekori.
Peraturan yang paling selamat diamalkan semasa mengekori sesebuah kenderaan adalah dengan tidak mengekori terlalu rapat dengan kenderaan yang berada di hadapan.
Semua kenderaan memerlukan masa dan jarak untuk berhenti. Oleh itu jumlah jarak berhenti adalah jarak yang diambil dari mula bertindak untuk berhenti dan jarak mula membrek untuk berhenti.

KAEDAH 2 SAAT
Bagi mengelakkan kemalangan sewaktu mengekori kenderaan di hadapan, satu kaedah yang dikenali sebagai Kaedah 2 saat boleh diamalkan.

Kaedah untuk mengamalkan adalah seprti berikut :
- lihat kepada kenderaan yang sedang bergerak di hadapan
- pilih satu objek yang tidak bergerak seperti tiang lampu
- sebaik sahaja kenderaan di hadapan melintas tiang lampu,mulakan mengira dengan 'SATU RIBU SATU, SATU RIBU DUA'
(masa yang diambil untuk menyebut perkataan di atas adalah lebih kurang menyamai masa dua saat)

Sekiranya sebutan satu ribu satu,satu ribu dua belum habis dikira, sedangkan pada masa itu kenderaan yang sedang anda pandu itu sudah melepasi tiang lampu, ini menunjukkan jarak mengekori adalah terlalu rapat. Tindakan mengurangkan kelajuan hendaklah diambil supaya dapat menjauhkan jarak mengekori dengan kenderaan di hadapan.

JARAK MEMBREK
Jarak yang diambil untuk memberhenti daripada mula pedal brek ditekan.
Jarak berhenti bagi kenderaan yang menggunakan brek angin (cth: lori) memerlukan masa yang lebih lama dan jarak berhenti yang lebih jauh jika dibandingkan dengan kenderaan yang menggunakan brek hydraulic.

Kesimpulannya, lebih laju kenderaan yang dipandu, lebih jauh jarak yang diperlukan untuk memberhentikan sesebuah kenderaan.









Saturday 7 July 2018

Nilai nyawa di jalan raya

Very Good Evening Gentleman and Ladies,

Isu mengenai keselamatan dan risiko di jalan raya tidak pernah bosan menghiasi tajuk akhbar di Malaysia ini. Ramai orang kehilangan orang tersayang kerana kemalangan jalan raya. Ramai juga yang mendapat kecederaan kekal seumur hidup akibat daripada kemalangan yang pernah dilaluinya di jalan raya.

Jalan raya menghubungkan manusia kepada setiap destinasi yang ingin kita tujui. Bayangkan bagaimana masyarakat di pedalaman atau masyarakat yang tinggal di kawasan pergunungan. Mungkin dalam setahun mereka menggunakan jalan raya tidak lebih dari 10 kali. Jauh bezanya dengan kehidupan kita di bandar. Jalan raya tidak pernah gagal menghubungkan kita dengan semua keperluan kehidupan. Jalan raya adalah 'rezeki' dalam pelbagai bentuk.

Begitu pun wujudnya jurutera sivil untuk membangunkan infrastruktur jalan raya yang terbaik. Wujudnya arkitek untuk melukis pelan jambatan paling efisyen, wujudnya pegawai perancang jalan untuk merancang rangkaian jalan raya yang mesra alam dan cekap, wujudnya pakar perundingan trafik dan....... semua  kepakaran dan kajian itu adalah untuk memastikan sistem jalan raya di Malaysia adalah yang terbaik. Namun statistik kemalangan jalan raya di Malaysia pada setiap tahun tidak pula menunjukkan penurunan peratusan kemalangan. Bagaimana pula begitu?

Tidakkah kita sebagai individu dapat melestarikan kemudahan dan memahami sistem jalan raya yang dibangunkan ini?

Apakah sekolah memandu tidak memainkan peranan dalam melahirkan pemandu berhemah?

Apakah Jabatan Pengangkutan Jalan Raya tidak kerap melakukan operasi dan pemeriksaan?

Apakah polis trafik tidak kerap bertugas?

Untuk mencari salah siapa dan pihak mana yang patut bertanggung jawab atas faktor kemalangan yang sering berlaku ini adalah suatu usaha yang paling panjang dan sia-sia. We will never have the ending story of why our valued life seems worthless on the road. 

Maka adalah lebih mudah dan lebih bijak sekiranya sesuatu usaha itu kita mulakan dengan satu gerakan yang paling kecil dan paling dekat iaitu dengan diri kita sendiri.
Pengguna jalan raya yang bijak ialah ops! That means us. You and me. That makes us. Diri kita sendiri. Oleh itu kita sepatutnya...

Saya sepatutnya memahami 'nature' sesebuah kenderaan yang berkongsi jalan raya bersama dengan saya pada waktu yang sama.  Contohnya saya memahami bahawa sebuah motosikal bersifat ringan, kecil dan laju, mempunyai dua roda (body balance required), penunggangnya terdedah kepada risiko kecederaan fizikal secara direct.

MAKA
Saya perlu lebih bertolak ansur.

Saya sepatutnya memahami akan risiko yang lebih besar sekiranya saya berkongsi jalan raya dengan kenderaan-kenderaan berat seperti lori, treler, we call them 'jentera berat'. Jelas ia bermaksud berat. Sebab besar and berat (again!). sesuatu yang berat bersifat tidak mudah alih, tidak flexible, tidak ringan, dan memerlukan masa dalam peralihan. So we understood that is not easy for them (lorry,treller etc) to taking over another vehicles on the road. So why not us, whose driving a car give them way, give them space to make a turn.

MAKA
Saya perlu lebih bertolak ansur.

Bukan semua perkara adalah tentang siapa betul atau siapa salah. Bukan semua perkara adalah mengenai peraturan dan garis panduan semata-mata. It is more about common sense literally!






Medical Check Up - Untuk Lesen Vokasional

Assalamualaikum and very good evening to all,

Kami menerima begitu banyak calon yang akan mengambil lesen GDL iaitu lesen vokasional untuk memandu kenderaan awam seperti bas dan lori. Perkara pertama yang paling penting di dalam pengambilan lesen ini ialah dengan mengambil pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang menyediakan perkhidmatan for basic medical check up.

Kepada semua calon yang datang mendaftar di sini, we always recomended Poliklinik Noraizi. Caj yang dikenakan sangat berpatutan (bawah rm50).

Poliklinik Noraizi
No.15, Jalan 9, Taman Dato' Harun,
Jalan Klang Lama,
46000 Petaling Jaya
03-7781 9962