Assalamualaikum & Hi to everyone.
Di dalam kesibukkan musim perayaan yang sedang berlangsung sekarang ini, begitu penting berita pemberitahuan ini ya. Memandangkan ramai yang bertanya. Jadi sambil makan kuih raya, bolehlah sambil membaca. 😀
📢📢 TIADA LAGI EXAM ATAU UJIAN BERTULIS OBJEKTIF bagi Lesen GDL dan PSV.
Hanya hadir kursus sahaja dengan syarat lulus ujian kesihatan daripada klinik atau hospital.
* Syarat lain : Berusia 21 tahun ke atas.
* Pemegang Lesen Kelas D (GDL).
* Pemegang Lesen Kelas D/DA ( Layak untuk PSV E-Hailing).
* Pemegang Lesen PDL adalah TIDAK layak memohon.
* Bebas dari senarai hitam JPJ.
Harga Terkini PSV : RM160 (Kursus & Buku rujukan)
Harga Terkini GDL : RM195 (Kursus & Buku rujukan)
Add info : Bayaran ujian pemeriksaan kesihatan tidak termasuk di dalam harga di atas.
Maklumat Kursus :
Kursus : PSV Setiap Sabtu. (tertakluk tarikh oleh JPJ)
: GDL Setiap Isnin. (tertakluk tarikh oleh JPJ)
Tempat : Trainning Centre Petaling Jaya
Masa : 7.30 pagi hingga 5 petang.
Cara Memohon :
🚩Buat medical check up dengan membawa borang JPJ8A ke klinik/hospital. (Borang JPJ8A sebanyak 9 muka surat. Muat turun dari internet atau minta dari kami melalui whatsApp)
🚩Serahkan kepada kami borang JPJ8A yang telah disahkan oleh doktor bersama resit bayaran original daripada klinik. Beserta bayaran kursus PSV RM160 atau kursus GDL RM195. Buku rujukan akan dibekalkan.
🚩Seterusnya, kami akan membuat permohonan di JPJ dan mendapatkan tarikh kursus sekiranya calon bebas senarai hitam (mysikap).
🚩Jika gagal hadir kursus, bayaran penalti dikenakan sebanyak RM175(GDL) & RM110(PSV) untuk memohon semula tarikh baru.
3 hari selepas hadir kursus, calon boleh ambil sijil kehadiran kursus dan borang medical di tempat kursus. Sila bawa bersama Sijil Kursus dan Gambar Lesen 2 keping (background putih) untuk mendapatkan lesen fizikal tersebut di JPJ cawangan atau negeri (JPJ di UTC tak boleh) dengan membuat bayaran kad debit SAHAJA sebanyak RM20 di kaunter JPJ.
Mudah, kan?
Perubahan tentang tiada peperiksaan untuk lesen GDL & PSV ini telah diumumkan oleh kerajaan semenjak April 2023 lagi. Ini ialah langkah inisiatif oleh pihak kerajaan untuk membantu dan memudahkan orang awam memiliki lesen ini. Tapi masih ramai yang belum cakna dengan makluman ini. Jadi kami cuba maklumkan di sini seberapa detail yang boleh agar dapat membantu lebih ramai orang memiliki lesen-lesen ini.
Dengan harga yang 'mesra kocek' ini, jika ada yang berniat untuk mengambil lesen ini, janganlah ditangguhkan lagi kerana kita tidak tahu apa perubahan lain yang akan berlaku selepas ini. Mungkin lepas ini akan ada exam balik, kan? Ha siapa tahu.... 😉
Hubungi kami untuk mengambil lesen.
Cikgu Nurul 019-3878009
Pejabat 016-9163009