Friday 3 June 2022

Branding : Cikgu Nurul Belajar Memandu PJ

Assalamualaikum and Hi to everyone.

 Bila tiba Hari Guru, doa dan ucapan terima kasih saya terima dari student-student saya dan juga dari orang yang mengenali kerjaya saya yang memang bermula sebagai Instraktor Memandu.

Pada 20 tahun yang lalu selepas tamat Ijazah di sebuah IPT tempatan, saya mencari peluang pekerjaan tanpa begitu terlalu selektif. Saya membeli surat khabar dan memulakan pencarian. Saya terlihat jawatan kosong sebagai instraktor memandu. Saya tertarik mencuba peluang pekerjaan ini yang di lihat sebagai ‘pekerjaan orang-orang tua’ at least pada zaman itu.

Namun ia menarik minat saya untuk mencuba. Saya hadir ke temuduga dan ditemuduga oleh Bos di situ. Saya diterima bekerja secara sambilan dan tidak lama selepas itu saya serius bekerja sepenuh masa pula. Waktu bekerja dari awal pagi hingga lewat petang adalah perkara biasa. Dan dalam masa yang sama saya juga menjaga ibu saya yang sakit terlantar. Walau bagaimana pun saya tetap memberikan komitmen yang tinggi sepanjang tahun. Hinggalah pada akhirnya saya berjumpa Bos dan menyatakan niat saya untuk berhenti.

Beliau kaget seketika. Namun saya bertekad untuk berhenti dan memulakan perniagaan sendiri di bidang yang sama. Selepas mendengar alasan untuk saya berhenti, Bos saya itu tanpa halangan menyokong niat saya. Beliau adalah seseorang yang saya kagumi hingga ke hari ini. Semangat jati diri dan kebaikan beliau menjadi sumber inspirasi untuk saya contohi.

Kini telah 18 tahun saya menguruskan perniagaan saya sendiri. Rasa seperti baru semalam segalanya bermula. Sering saya menjawab panggilan telefon….

 

‘‘Hello ini Cikgu Nurul?”

  Ya saya Cikgu Nurul.

 

Saya juga tidak tahu dari mana mereka kenal nama ini. Setelah berbual seketika rata-rata mengatakan mereka direkomendasi oleh jiran mereka, oleh kawan sepejabat, oleh anak saudara, oleh kawan kepada kawan….and this route continuously going from somewhere to somewhere really. Semakin ramai yang mengenali nama Cikgu Nurul. Semakin saya berpesan pada diri sendiri lakukanlah yang terbaik untuk pastikan semua pelanggan yang mendaftar mendapat info yang betul terlebih dahulu. Kemudian berkomunikasi yang jelas untuk mengelakkan salah faham. Kemudian telus dan jujur dalam setiap urusniaga.

Saya berterima kasih pada ramai pelanggan yang percaya pada khidmat saya. Penghargaan saya kepada ramai pelanggan-pelanggan lama especially yang berhubung kembali untuk mendaftar anak yang seterusnya. Ada pula yang menghubungi saya semula setelah berbelas tahun untuk pasangannya pula mendaftar lesen memandu. Mereka masih ingat saya dan mencari saya  kerana saya masih di tempat yang sama for all this years pun. Saya bukanlah sempurna tetapi saya suka membuat sesuatu hingga habis!





No comments:

Post a Comment