Thursday 2 May 2019

LESEN L MATI


Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.

Bulan puasa lagi 2 hariiiiiiii. 😊
Semua umat islam akan bermula puasa pada hari Isnin ini iaitu 6hb Mei 2019, insyaallah.


Kepada semua umat Islam, kami di Safe Drive mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan ucapan banyakkan bersabar di jalan raya ketika memandu 😀.


Maklum sajalah bila perut lapar, emosi lekas teruji. Tetapi itulah tujuan kita berpuasa. Kita bukan sahaja sepatutnya berasa lapar malah emosi kita memang sepatutnya cepat terganggu. Tetapi disinilah kita benar-benar diuji untuk terus beradab sopan, terus bersangka baik, terus bersabar dengan ucapan- ucapan(zikir) yang harus dilatih keluar dari mulut kita. 

Bercakap mengenai latihan. Di dalam bidang pembelajaran pemanduan kenderaan, aspek latihan berada di tingkat paling atas sekali. Dengan latihan kita mampu mengendalikan kenderaan dengan baik. Dengan latihan juga kita berupaya mengenal pasti bagaimanakah sesuatu kemalangan boleh terjadi. 

Skop latihan tersangatlah luas. Ini juga termasuk latihan memperbaharui Lesen Memandu, Lesen Cukai Jalan dan Lesen Insuran Kenderaan.

Pengalaman pertama bagi seseorang itu memperbaharui lesen ialah memperbaharui Lesen L yang dipegangnya sendiri. 


Pada awalnya seseorang memperolehi Lesen L ini selepas lulus ujian komputer, betul kan?
Setelah dapat Lesen L ini, dia melihat pada kad tersebut tertulis tempoh tamat Lesen L pada sekian-sekian waktu. Lalu dia menyimpannya di dalam dompet. Lesen L ini wajib bersama pemandu sepanjang latihan dan mesti di dalam tempoh sah laku. Tanpa lesen L ketika latihan JPJ bole  memberi saman serta merta  kepada calon belajar memandu. Sebahagian tugasan penguatkuasa JPJ adalah melakukan serbuan tergempar pada bila-bila masa sahaja. 

Tiba-tiba sewaktu dia datang menjalani latihan kereta, sebelum mula latihan cikgu memandu akan semak dahulu lesen L pelajar memandu. Dan pada masa itu dia tersedar bahawa Lesen L nya telah mati pada 2,3 hari yang lepas. Jadi cikgu memandu menyuruhnya pulang sahaja dan kelas dibatalkan. Dia menjadi marah. Lalu dia memarahi pihak sekolah memandu dan memarahi pihak cikgu kerana mereka tidak 'aware' dengan lesennya yang telah mati. Dan dia bersikap marah-marah kerana pihak lain tidak memperbaharui lesen untuknya.

Tidakkah anda merasa pelik?
Sendiri yang pegang lesen tetapi orang lain pula yang perlu ingatkan anda bila lesen anda akan mati?
Orang lain yang dipersalahkan?

Tahukah anda........
untuk memperbaharui Lesen L, anda perlu membawa Lesen L yang telah tamat ( yg anda pegang ) iaitu lesen L asal (original) ke  JPJ atau Pejabat Pos untuk diperbaharui?
Perbaharui di JPJ rm30 untuk 3bulan
Perbaharui di pejabat pos rm32 untuk 3bulan
Tapi yang paling penting mesti bawa lesen ASAL lesen L tersebut. Tidak boleh “renew” guna salinan lesen L.

Jadi adalah sukar untuk pihak lain memperbaharui nya untuk anda melainkan anda menyerahkan Lesen L itu lebih awal kepada pihak sekolah memandu. Sudah tentu ia memakan masa, ada caj tambahan dan ia akan mengganggu jadual kelas anda.

Adalah lebih baik jika anda sendiri membuat pembaharuan Lesen L itu di JPJ/pejabat pos berdekatan. Lebih cepat dan menjimatkan. Hanya rm30 sahaja. Jika dikhuatiri terlupa, kuncilah reminder pada telefon pintar masing- masing.

Terdapat banyak kes dimana calon tidak sedar akan Lesen L nya telah tamat pada hari dia menduduki ujian QTI( pre test). Maka ujian tersebut terpaksa di batalkan. Ini merugikan masa dan kos kerana jadual QTI selalunya telah penuh ditempah.

Mengambil tanggung jawab memperbaharui Lesen L anda sendiri adalah satu latihan yang sangat baik supaya di masa akan datang anda sentiasa 'aware' dengan tamat tempoh untuk apa jua jenis lesen yang terlibat untuk diperbaharui.






No comments:

Post a Comment